Wednesday, July 4, 2012

TERKINI!!! Bekas Adun UMNO Batu Kurau tawar hati dengan UMNO, muncul di majlis ceramah Anwar

 
Mesra disapa Cikgu Manan,mungkin ramai yang mengenalinya khususnya masyarakat di sekitar DUN Batu Kurau,Parlimen Larut dan negeri Perak.Nama penuhnya ialah Haji Abdul Manan bin Haji Ali.
 
Beliau adalah veteran Umno yang juga merupakan anak kelahiran Selama,Perak.Cikgu Manan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ADUN Batu Kurau selama 3 penggal,dan kini beliau merupakan Orang Besar 32 negeri Perak..

Untuk pengetahuan pembaca,baru-baru ini Cikgu Manan dilihat muncul dalam satu program ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang berlangsung di Perkarangan Pejabat KeADILan Batu Kurau.
 
Tindakannya itu telah mengejutkan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di majlis tersebut.Dikhabarkan tujuan beliau hadir di majlis itu adalah untuk menterjemahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat setelah dirinya mula berasa tawar hati dengan Umno.
 
Penulis tak pasti apakah sebabnya yang membuatkan cikgu Manan berasa tawar hati dengan Umno?

Hadir dengan berpakaian serba hijau dan berkopiah putih(gambar),beliau telah diberikan tempat duduk sebaris dengan penceramah undangan serta pimpinan KeADILan dan PAS kawasan Larut di pentas utama.Sebelum beredar,beliau dilihat sempat membisikkan sesuatu ke telinga DSAI.

InsyaAllah,selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Thamrin Ghafar seorang lagi veteran Umno di negara kita akan mengambil langkah serupa.Sama-sama kita doakan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Tidak perlu menunggu Umno untuk memecatnya ekoran daripada tindak-tanduknya yang dilihat mula menunjukkan kecenderungan terhadap PR.Umno sudah tentunya tidak akan berani bertindak demikian kerana Umno kini bukanlah sebuah parti yang kuat dan gagah seperti dahulu.
 
Tindakan memecat mana-mana ahli hanya akan merugikan mereka,lebih-lebih lagi untuk memecat cikgu Manan,satunya-satunya bekas pemimpin Umno yang masih kuat pengaruhnya di negeri Perak.
 
Kalau tidak masakan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil itu terpaksa memecat dirinya sendiri daripada Umno..Hehe Akhir kata,Umno memang penakut..PersepsiKitaBerbeza

8 comments:

Anonymous said...

mana pakaian serba hijau, dah ada gambar pun nak kelentong?

Anonymous said...

cikgu manan yang pakai kain pelikat tu

Anonymous said...

Tak payah le seronok sangat. Puak tu kalau UMNO panggil dan bagi permit pasir ke atau apa-apa imbuhan, nescaya mereka berpatah balik....begitulah selalunya.

Menyertai pembangkang bila dah tak laku atau dipinggirkan. Lainlah kalau benar-benar mahu berubah......

Anonymous said...

pancacai umporno buta warna

janggutsemanggol said...

Selalunya sebelum solat subuh di Masjid Al-Kurawi,beliau minta saya urutkan badannya. Katanya dah tua. Oarang tak mahu dah....

Anonymous said...

untuk pengetahuan pencacai PR sekalian..cikgu manan tu dah uzur dah, fikiran pun tak macam dulu2...jadi takde beza pun kalau dia sokong pas ke pkr ke dap ke.jadi janganlah mendabik dada pula ye...

Anonymous said...

Dia tersalah masuk...dia nak pi ceramah umi...kami org batu kurau tau perangai umma....

Anonymous said...

Jiran aku tu..