Tuesday, July 24, 2012

TERKINI! Lagi ADUN BN keluar parti!

http://4.bp.blogspot.com/-VtP80_8K2hA/T_QbHrud41I/AAAAAAAAKPE/Ioecv0K4Itg/s1600/Sarawak+09+Map+1.pnghttp://1.bp.blogspot.com/-_NNUjm8r3tQ/Tawfsgxs9oI/AAAAAAAAMy8/KFEl9fgMP-A/s1600/SARAWAK%2Bparlimen.jpgMalang bertimpa-timpa buat Barisan Nasional ibarat sudah jatuh ditimpa tangga!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.


Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini.


“Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), William Mawan dan Timbalannya, Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.


“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post.


Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.


Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.


“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.


Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011.


Beliau menyertai SPDP pada 2003.


DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban.


Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

JALAN PULANG

No comments: