Thursday, August 30, 2012

JANJI DEMOKRASI!!! 10 000 dibelasah Jamal Ikan Bakar


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan,"

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.


Itu adalah kata-kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang juga merupakan pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Md Yunus.. di (
SINI )

Malam ni dia ada dimana? dah berapa ramai yang kena belasah dengan si Jamal ni??


Takkanlah 68,000 ahli yang dia ada tu seekor pun tak mampu dikerahnya untuk menghalang dan membelasah peserta 'Janji Demokrasi' kot...


Kalau setakat nak bercakap.. siapapun boleh..

**************************************

Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan 

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR:
Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.


Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.


"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.


"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.


Berikut adalah gambar-gambar mereka.

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

Lagi gambar dan laporan berkaitan sila baca di  SINI 
 
ASD 

1 comment:

Anonymous said...

tak tau ke,jamal ikan bakar buka resort dan hotel kat sekinchan selangor,tak bengkrap lah datuk neh,..tengok kat bagan sekinchan.