Sunday, August 26, 2012

KANTOI!!! The Guardian pecat Kolumnis Pro-Israel yang diupah Najib ?


Akhbar terkemuka British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika, Joshua Trevino sebagai koresponden Amerika Syarikat mereka kerana didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan sebuah laman web yang menyerang Anwar Ibrahim dan kepentingan pembangkang lain di sini.

Dalam kenyataan pendek hujung minggu lalu, akhbar tersebut mengatakan bahawa baru-baru ini mereka mengetahui bahawa Trevino “adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan bahawa dia menguruskan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters (Perihal Malaysia). Selaras dengan kod editorial Guardian, ini sepatutnya telah didedahkan.”


Trevino baru-baru ini telah diupah oleh The Guardian untuk menjadi kolumnis konservatif di Amerika Syarikat.


Pelantikannya menyebabkan bantahan daripada aktivis liberal selepas beliau menggesa Israel untuk menembak konvoi kemanusiaan pada tahun 2011 yang mahu memecahkan sekatan tentera laut Gaza.


Apabila bot yang membawa aktivis awam tidak bersenjata cuba pada bulan Jun 2011 untuk memecahkan sekatan Gaza, Trevino menulis di laman Twitter kepada tentera Israel: “Kepada IDF: Jika anda akhirnya menembak mana-mana rakyat Amerika yang berada dalam flotila Gaza baru — baik, kebanyakan rakyat Amerika tidak bermasalah dengan itu. Termasuk saya.”


Trevino juga dilaporkan menggelar flotilla tersebut sebagai “konvoi Nazi”.


The Guardian tidak menyebut apa-apa kritikan, sebaliknya menegaskan tentang hubungan Trevino dengan “agensi” yang tidak dinamakan tetapi dikatakan FBC Media, syarikat yang kini tidak lagi berfungsi di tengah-tengah skandal penetapan berita Malaysia melibatkan BBC dan CNBC tahun lalu.


“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya telah diberitahu sebelum tulisan diterbitkan dalam usaha untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami,” kata Janine Gibson, ketua editor bagi The Guardian bagi rantau Amerika.


Sebagai tindak balas Trevino berkata: “Saya bersungguh-sungguh menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang tidak beretika dilakukan dan saya bersikap terbuka dengan Guardian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, garis panduan Guardian semestinya bersifat luas, dan saya bersetuju bahawa mereka mesti dihormati seperti itu.”


Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran Presiden George W Bush.


Beliau telah melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Liwat II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.


Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Post.


FBC Media, syarikat yang dikatakan dirujuk oleh The Guardian, telah membuat lapan program untuk BBC mengenai Malaysia gagal untuk mengisytiharkan ia telah dibayar £17 juta (RM82.6 juta) oleh kerajaan Malaysia bagi “komunikasi strategik antarabangsa” termasuk liputan positif tentang kontroversi industri minyak sawit Malaysia.


BBC juga menggunakan FBC untuk membuat dokumentari tentang kebangkitan “musim bunga” di Mesir tanpa mengetahui firma itu telah dibayar untuk melakukan kerja perhubungan awam untuk bekas rejim diktator Hosni Mubarak.


BBC telah dipaksa untuk membuat permohonan maaf mengenai perkara tersebut.


FBC juga telah didedahkan membesar sehingga dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Najib Altantuya dan telah dibayar berjuta-juta pound untuk menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”.


Tetapi kontrak RM94 juta di antara Putrajaya dengan FBC telah ditamatkan tahun lepas, yang bermula pada tahun 2007, selepas didedahkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia kerap muncul dalam program TV kerana membayar.


The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini bahawa Perdana Menteri Najib Altantuya telah memberikan kontrak untuk strategi perhubungan awam, termasuk kepada APCO Worldwide, untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di dalam negara dan seluruh dunia.


Akhir tahun lalu kerajaan berkata syarikat perunding imej FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94 juta untuk tiga tahun yang bermula pada 2007.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa syarikat media berpengkalan di London, yang sedang menghadapi kebankrapan, “menyokong usaha pemimpin kerajaan dan menteri-menteri” untuk menaikkan imej negara di luar negara.


JALAN PULANG 

No comments: