Saturday, August 25, 2012

MAI BACA!!! Mahatihir kata "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah,"

NONEMantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.


Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.


Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.


"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam
tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya.

10 comments:

bunbinban said...

korang jgn seronok sgt dgn statement org tua nyanyuk nih. Nnt 'backfire' kat korang gak. hahaha....x caya?. korang bkn tak tau manusia jenis apco nih.

Anonymous said...

eloklah tu UMNO/BN tu Parti Syaitan.....geng yahudi apco yg nak meruntuhkan Masjid Al-Aqsa utk persediaan menyambut kedatangan dajjal.....buat pengetahuan mahathir malaikat adalah makhluk yg dijadikan oleh Allah yg sentiasa sujud dan rukuk kpd Allah......terjemahan kitab mana yg dia belajor tu......agaknyer itulah terjemahan yg dibuat oleh kepala hotak mahathir...yg asyik menunding jari atau menyalahkan org sajer.......sampaikan malaikat pun nak disalahkannyer....giler punyer manusia......

Mohd Shubhi Abdul said...

Bongok punya orang tua nyanyok, ada ka Malaikat boleh buat salah...mana dia belajar ilmu sesat ni, majlis agama kena tangkap hukum ajaran sesat macam tu

Kutty Yoyo said...

Bangang punya kutty

Anonymous said...

Sudah jahanam Rukun Iman Mahathir.

Paria said...

Malaikat pun difitnah dek mamak mathir nih.

gabanX said...

Korang ni xfhm sindiran tun ni. "Malaikat" yg dimaksudkn tu adalah pembangkang cam korang ni, trip je lebih tp adalah syaitan btopengkan malaikat. Huhuhu

Anonymous said...

Akhirnya Firaun Mahathir mengaku yang kerajaan peninggalan dia adalah KERAJAAN SYAITAN... Akibat lama sangat pimpin KERAJAAN SYAITAN ni, MALAIKAT pon dituduh boleh buat silap... Itulah MAHATHIR si Kepala Syaitan Pencen...

Anonymous said...

Kenapa pulak nak sokong setan.... apa la madey ni...ajak orang masuk neraka ke? Hanya yang bodoh lagi bahlol ygsokong setan... dah pencen pun masih nak ajak sokong setAn.. umno memang setan...kahkk...ptuih....

Anonymous said...

Kenapa pulak nak sokong setan.... apa la madey ni...ajak orang masuk neraka ke? Hanya yang bodoh lagi bahlol ygsokong setan... dah pencen pun masih nak ajak sokong setAn.. umno memang setan...kahkk...ptuih....