Tuesday, August 7, 2012

MASA UNTUK BELASAH DUIT RAKYAT!!!Saman trafik RM2,000, K’jaan ambil kesempatan rakyat musim raya

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/540299_395207123861214_1310163184_n.jpgKUALA LUMPUR 7 Ogos: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. 

Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu.

“Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja.

“Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana,” katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani ‘akujanji’ untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34055

11 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,takpajuga kerana itu hasil kerajaan tapi kes tabung memali tu macam mana dan hasil untuk siapa? PAS hingga hari ini tak jawab pun tentang Tabung Memali tu,kenapa?

Anonymous said...

hasil kerajaan tengkorak kau......hasil itu akan dibagi kronilah bodoh....tak faham2....

Anonymous said...

Memang patut pun. Ramai sangat yang kurang ajar atas jalan. Dah cukup la mendidik, tak nampak hasil pun. Tak payah la nak politik isu ni. Ikut je undang undang jalan raya elak kena saman.

Anonymous said...

Bangang bahlul betul "Anonymous 07 August, 2012 16:51"... Hati ko dah macam hati Binatang..

Anonymous said...

Satu komen yang agak dangkal dari seorang MP, bercakap utk mencari mileage politik tanpa melihat sesuatu secara positif. Biar berjuta orang balik bukan isunya tetapi orang yang melanggar undang-undang itu yang akan dikenakan saman.Atau apakah kerana politik YB ini sanggup membiarkan undang-undang dilanggari? Sanggup melihat beribu mati akibat memandu laju>Macam mana jika pemandu laju mengakibatkan kematian anggota keluarga YB ini,agak-agak disalahkan siapa.....

Anonymous said...

Sebenarnya AES ni ok dipasang kalo tepat@ kna tempatnya..maksudnya dipasang pd tempat yg kerap berlaku kmlangan..tp kalau stiap 2 km nk padang bnda ni,ini dipanggil bodoh namanya...

Anonymous said...

Aku doakan supaya ramai UMNO/BN yang disaman dalam saman trafik kali ini. Semoga engkau makbulkan doaku ini Ya Allah.

Penyokong Pakatan Rakyat tak payah pandu laju-laju, jangan kita kayakan kroni UMNO/BN yang dilaknat Allah tu.

Untuk pengetahuan Kad Keahlian UMNO laku dan sah untuk diskaun saman dan pembelian petrol di tempat-tempat terpilih. Kalau percaya bangang sangatlah UMNO/BN tu.

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

ORANG BAYAQ SAMAN PASAI LANGGAR UNDANG UNDANG . TAK LANGGAQ TAK KENA. PAS TIAP TIAP MALAM KUTIP TAK PULAK TIMBOI KESIAN KA ..APA KA....

NIK AZIZ TIAP TIAP TAUN TUKAQ KRETA. MERS SPORT LAGI..

Anonymous said...

ko tak puasa kot luncai, fitnah meraban

Anonymous said...

pas tibai duit 'makan malam dana akhirat' apa citer? penyata kira-kira bila nak keluar? ke takut kantoi duit tu kasi kroni ke?

Anonymous said...

Luncai jealous sebab ceramah PAS dapat sambutan walaupun yang datang dengar ceramah dengan hati yang ikhlas keluarkan duit untuk derma pada jihad fisabilillah.

Ceramah UMNO kadang-kadang tak dapat sambutan, bukan duit derma yang penganjur dapat, sebaliknya kena keluarkan duit minimum RM 30 satu kepala, makan minum tahap mentekedarah lagi, t-shirt, bas percuma angkut dari depan rumah, tak cukup dengan tu kena sediakan cenderahati lagi.... manalah si Luncai tak 'cedera hatinya' melihat ceramah PAS.

Nik Aziz pakai kereta sport? Baguihlah kalau betul... bolehlah SPRM serbu Pejabat Menteri Besar. Aku pun dok tunggu-tunggu juga berita tu masuk dalam akhbar UNTUT-SAN dan Busuk Hati (BH)... atau pun mana-mana TB.... sebab kami nak lihat Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional (edisi kantoi)