Tuesday, August 21, 2012

MCA KEDAH DAH TAK SOKONG HUDUD!!! Pagi sokong, petang dah nafi . Itulah BN semua tolak hudud



Pagi setuju, petang tarik balik!


Itulah yang dilakukan MCA Kedah hari ini menafikan laporan Sinar Harian yang mengatakan mereka menyokong undang-undang hudud dilaksanakan sekiranya PAS bergabung dengan Umno.


Pengerusinya, Chong Itt Chew (gambar) berkata, kenyataannya telah diputarbelitkan oleh wartawan Sinar Harian.


"Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno untuk pilihan raya akan datang dan apa pendirian MCA dalam hal ini.


"Saya menjawab jika ada parti mahu menyertai Barisan Nasional (BN), ia perlu mendapat sokongan dari pucuk pimpinan BN dan menerima perlembagaan BN."


"Tetapi pendirian MCA dalam hal ini sangat jelas. Kami tidak menyokong hudud.


"Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.


Beliau berkata laporan Sinar Harian "berbeza" dengan kenyataannya.


"Saya sebagai pengerusi MCA sudah beberapa kali membantah PAS Kedah mengenai hukum hudud.


"Niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu kita sudah nampak, apabila semasa sambutan tahun baru, mereka mengarahkan lelaki dan wanita diasingkan.


"Dan adalah sangat tidak tepat jika mengatakan kita menyokong hukum hudud sebab kami lantang mengkritik isu ini," katanya lagi.


Beliau juga berkata bahawa beliau tidak menyebut tentang DAP.


"Ya, saya tidak menyebut apa-apa tentang DAP. Saya rasa DAP yang menyokong hudud kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri.


"Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara," katanya apabila ditanya tentang DAP.


Dalam laporan Sinar Harian hari ini pengerusi MCA negeri Kedah itu dikatakan menyokong hudud kerana "secara rasionalnya hudud tidak melibatkan orang bukan Islam."


Chong berkata beliau tidak tahu bagaimana kenyataan beliau boleh diputarbelit.


"MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," katanya.
 
JALAN PULANG

MCA Kedah sokong hudud - 21 Ogos 2012 8:38 pagi


MCA Kedah hari ini secara terbuka menyokong hukum hudud dilaksanakan di negeri Kedah.


Menurut pengerusi MCA negeri Kedah, Chong Itt Chew, rasionalnya kerana hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.


“Sekiranya pelaksanaan undang-undang hudud membawa kebaikan kepada negara, ia tidak akan menjadi masalah termasuk kepada bukan beragama Islam.


“DAP juga tidak perlu membantah,” katanya lagi yang dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.


Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, PAS harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP menolak hudud.


“PAS perlu buat keputusan dengan meninggalkan PR.


“Selagi dengan PR, PAS tidak akan berjaya melaksanakan hukum hudud.


“MCA Kedah akan setuju jika PAS ingin bekerjasama dengan Umno dalam perjuangannya.


“Saya lihat gabungan Umno dan Pas adalah tindakan terbaik demi masa depan rakyat dan negara,” beliau dilapor berkata.


Di sebalik kelantangan MCA pusat menolak sebarang cadangan hukum hudud, MCA negeri menongkah arus dengan bersetuju dengan undang-undang Islam itu.


Bekas perdana menteri, Mahathir berkata, Umno boleh melaksanakan hukum hudud sekiranya PAS sedia bergandingan dengan Umno untuk membangunkan negara Islam.


“Pelaksanaan hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya PAS menyertai Umno untuk menggubal perundangan Islam,” kata bekas presiden Umno itu.


Sementara itu, pengerusi Umno negeri Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun Umno tidak pernah mencadangkan hukum hudud, namun parti itu tidak pernah menolak hukum hudud.


“Kita serahkan kepada Pusat dalam membincangkan hal ini, mereka lebih arif dalam hal perundangan hudud ini,” kata Ahmad Bashah lagi.


Baru-baru ini, presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata DAP menentang hudud, tetapi Umno menolak hukum Islam itu.

6 comments:

Anonymous said...

MCA kejap tolak, kejab sokong, UMNO tak tau mana satu, MIC tetap GUGUP, tak tau apa-apa....

Anonymous said...

ustaz nasharuddin vs karpal singh. nak sokong yang mana satu? kalau sokong ustaz nasharuddin mempertahankan Islam, akan mendapat keredhaan Allah. tapi kalau sokong karpal singh, akan mendapat meredhaan DAP untuk ke putrajaya.

Anonymous said...

ustaz nasharuddin sekarang sedang berjihad melawan parti sekular pas, yang menolak negara Islam tapi memperjuangkan negara kebajikan. semoga Allah meredhai usaha ustaz nasharuddin

Anonymous said...

teruskan perjuangan ustaz nasha. pas yang dahulu sudah mati. pas yang memperjuangkan Islam telah pupus. pas yang ada sekarang adalah pas yang diresapi fahaman sekularisme, pleuralisme dan komunisme. pas jugak mengamalkan nepotisme dan kronisme. semoga pas tersungkur pada pilihanraya akan datang.

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. sokong Islam anda selamat, sokong pas yang menolak hudud, anda sesat. wassalam

Anonymous said...

anon pencacai umporno orang yang sama berak tak basuh mcm MCA