Tuesday, August 21, 2012

PRU 13!!! PR tidak mampu tawan Pahang, hanya mampu menang 14 kerusi DUN?

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/pahang.jpgPahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13. 

Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.

Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung  iaiatu Kelantan dan Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.

Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang. Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus. 

PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi Melayu.

Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.



Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN.

DAP dijangka mudah mengekalkan kemenangan di Triang dan Tras, malah akan menambah kerusi di Bilut, Ketari , Sabai dan Mentakap yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%. DAP juga dijangka menang di Tanah Rata yang sebelum ini dimenangi calon bebas.

DAP juga berpeluang menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Raub yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%.

Isu Lynas yang panas di Kuantan memberi peluang besar kepada PKR untuk menang di kerusi Dun Semambu dan Teruntum , serta mengekalkan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR memberi peluang kepada PKR di kerusi Dun Ceka dan Benta dalam parlimen Lipis, Damak dalam parlimen Jerantut , Lanchang dalam parlimen Temerloh serta Jenderak dalam parlimen Kuala Krau. PKR juga dijangka menang di Parlimen Bentong.

Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR juga akan membantu PAS menang di kerusi Dun Tanjung Lumpur dalam parlimen Kuantan, mengekalkan kerusi Dun Baserah dalam parlimen Indera Mahkota dan Kuala Semantan dalam parlimen Temerloh. Begitu juga parlimen Temerloh, Lipis, Bera.

Kemenangan di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi PAS banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS sendiri . Walaupun bertanding di kawasan felda, PAS mempunyai kekuatan sokongan Melayu yang hampir setanding dengan UMNO di beberapa kerusi Dun dan parlimen. 

Antara kerusi Dun yang PAS berpeluang menang ialah Inderapura dalam parlimen Kuantan ,Jengka dan Kerdau dalam parlimen kuala Krau, Guai dalam parlimen Bera, Padang Tengku dalam parlimen Lipis, Tahan dalam parlimen Jerantut serta parlimen Kuala Krau dan Jerantut.

PAS mampu menang di kerusi-kerusi ini memandang ada di antara kerusi-kerusi pernah dimenangi PAS semasa PRU 1999.

Berdasarkan faktor jumlah pengundi Cina, isu Lynas, sokongan pengundi Melayu dan majoriti PRU12. PR berpeluang cerah menang 14 daripada 42 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen daripada 14 kerusi parlimen.

6 kerusi Dun yang DAP ada peluang cerah untuk menang :
1.   Triang
2.   Tras
3.   Tanah Rata
4.   Sabai
5.   Ketari
6.   Bilut

3 kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Damak
2.   Teruntum
3.   Semambu

5 kerusi Dun yang PAS ada peluang cerah untuk menang :
1.   Baserah
2.   Kuala Semantan
3.   Tanjung Lumpur
4.   Inderapura
5.   Jengka

5 kerusi parlimen yang PR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Kuantan
2.   Indera Mahkota
3.   Bentong
4.   Cameron Highlands
5.   Temerloh

Manakala PR juga ada peluang untuk menang di 9 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen tetapi tidak secerah kerusi di atas. 

1 kerusi Dun yang DAP ada peluang untuk menang :
1.   Mentakap

4 kerusi Dun yang PKR ada peluang untuk menang :
1.   Ceka
2.   Benta
3.   Jenderak
4.   Lanchang

4 kerusi Dun yang PAS ada peluang untuk menang :
1.   Padang Tengku
2.   Guai
3.   Tahan
4.   Kerdau

5 kerusi parlimen yang PR ada peluang untuk menang :
1.   Raub
2.   Jerantut
3.   Bera
4.   Lipis
5.   Kuala Krau

Hanya jika menang kesemua kerusi di atas barulah PR boleh membentuk kerajaan dengan 23 daripada 42 kerusi Dun. Keadaan sukar inilah yang menyebabkan ramai yang tidak menjangkakan Pahang mampu ditawan PR dalam PRU 13. 

Tulahan

14.html

5 comments:

bunbinban said...

Analisa yg agak keterlaluan. Di Kerusi Parlimen Temerloh contohnya, PKR akan mengalami kekalahan yg lebeh teruk jika masih mengekalkan calon yg sama bertanding PRU12. Faktor calon tak turun padang dan mengabaikan ahli2 dan pengundi2, sifat kedekut dan tidak buat kerja kecuali bila DSAI dtg ke Temerloh atau sekitarnya membuatkan ramai ahli2 dan pebundi meluat begitu juga dgn YB PAS yg menang di dun semantan pada PRU12 yg dok asyik beli kereta baru dan tak berfungsi di Dewan Undangan Negeri. Jika PKR dan PAS berharap utk menawan Parlimen Temerloh dan Dun2 yg berada di dlm Parlimen Temerloh maka letaklah calon2 yg betul2 berjuang utk rakyat, rapat dgn rakyat bkn yg perasan elit. Sayang sekali kalau PAS kalah kepada UMNO di Dun Semantan hanya faktor tersilap calon kerana nama2 yg bakal UMNO calonkan juga tidak di sukai oleh majoriti pengundi. UMNO pasti akan menang di Parlimen Temerloh jika masih Mengekalkan Datuk Saifuddin sebagai calon di Parlimen namun jika UMNO meletakkan selain dr Datuk Saifuddin dan PKR masih lagi mengekalkan Ahmad Nizam Abdul Hamid sebagai calon kekalahan adalah pasti buat PKR walau sape pun calon UMNO. Kenapa? sbb majoriti pengundi Temerloh mengundi calon bkn parti. Pengundi melihat keperibadian calon terutamanya calon2 PR dan jika calon2 yg di ketengahkan PR perangainya lebeh kurang sama atau mungkin lebeh teruk maka buat apa pangkah, buat sakit hati je.

Anonymous said...

jangan risau,berkat doa ibu azmin, Mak Tom, setelah azmin derhaka tak balik rumah tapi sanggup beraya dengan Kekasih hati, anuwar, pakatan mungkin mampu menawan pahang

Anonymous said...

orang pahang tak suka pada anak derhaka. yang suka pada anak derhaka org pas je

Anonymous said...

anon pencacai umporno yg meroyan ni adalah orang yg sama berak merata tak basuh macam MCA. harap maaf jika terbaca komennya kerana anon ini ada masalah mental

Anonymous said...

Masalah xda air ketika musim perayaan kat kawasan Jengka ni bukan masalah baru. Kat Jengka 12, tempat keluarga aku tinggal, masalah ni terjadi dah berpuluh2 tahun dah. Raya tahun ni pun mcm tu juga, bahkan lagi teruk, sebab ada pulak saluran paip pecah. Raya pertama dan kedua, langsung xda air. Susah betul, sampai nak ambik air sembahyang pun xdak air. Aku terpaksa ke masjid Bandar Jengka(14km) atau Jerantut (45km) semata-mata nak mandi. Dah bermcm laporan dibuat selama berpuluh tahun ni, masuk TV pun banyak x dah, masalah x selesai2 juga...xdak siapa ambik peduli. 3 atau 4 tahun lepas,sebelum pilihanraya 2008, tak tau siapa punya idea, diorang pasangkan tangki air extra, kononya nak bagi selesaikan masalah air. Selepas pilihanraya, terus senyap sunyi projek tangki air tu, sampai sekarang. Tangki tu pun dah xda, hilang entah ke mana. Aku x tau, ADUN UMNO kononya pembela Melayu ni kat tempat aku buat apa.99.999% penduduk jengka 12 ni Melayu. Hampir 99% penyokong UMNO. Tp masalah xda air ni, dibiarkan berpuluh2 tahun xmpa penyelesaian. Bahkan Adun Tahan, Wan Amizan tu orang Jengka 12, rumah keluaga dia pun di Jengka 12. Tapi masalah air ni, x selesai2 juga. Maybe ADUN2 UMNO konon pembela melayu ni sedang sibuk memfaraidkan tanah,projek & perniagaan, pasir, balak, dan lain2 sumber negeri atas nama Melayu agaknya, sebagaimana lazimnya ADUN2 UMNO kononya pembela Melayu di seluruh negara. Sebab tu xda masa nak tau apa2 ttg msalah rakyat. Dioarang ni ingat kita lantik diorang jadi Adun masa pilihanraya supaya senang mereka berniaga,dpt projek dan dapat dato' agaknya?