Tuesday, August 14, 2012

PARIT BUNTAR!!! 500 terima sumbangan Ramadhan PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 12 Ogos : Seramai 500 orang fakir miskin dan guru al-Quran DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah menerima sumbangan Ramadhan anjuran PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar. 
 
Pengarah program Ehya Ramadhan, Ahmad Azhar Shahrin yang juga NYDP PAS Parit Buntar berkata, majlis penyampaian sumbangan berkenaan diadakan secara berasingan mengikut DUN. 
 
" Seramai lebih 500 orang fakir miskin dan guru-guru al-Quran telah menerima sumbangan berbentuk beras, barangan dapur, kitab tafsir al-Quran dan wang tunai. 
 
" Penyampaian sumbangan telah disempurnakan Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, calon PAS DUN Titi Serong yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin serta pimpinan PAS Parit Buntar. 
 
Ahmad Azhar berkata, majlis penyampaian sumbangan di DUN Titi Serong berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong. Manakala bagi DUN Kuala Kurau di Markas MTD Kuala Kurau, Batu 14. 
 
" Majlis di DUN Kuala Kurau turut dihadiri ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari.
" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbangkan derma mereka dalam menjayakan program ini." katanya
 
Menurutnya, sumbangan penderma pada tahun ini telah mencecah lebih RM90,000 berjaya diperolehi untuk dana Ramadhan. 
 
" Saya ucapkan terima kasih terutama kepada Dr. Mujahid dan Ust. Abu Bakar Husin yang telah berusaha mengumpul dana Ramadhan bersama jawatankuasa PAS Kawasan, pemuda, cawangan, Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.
 
" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya. MKA
 















 

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah, dapat jugak sumbangan dari pas. harap lepas ni pas dapat menyalurkan hak harta anak yatim keluarga memali yang pas kaut sebelum ni. berdosa woo makan harta anak yatim