Tuesday, August 28, 2012

SAHAM FELDA!!! Ingatkan percuma, datang surat bank baru terbeliak biji mata

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kegembiraan peneroka menyangkakan bahawa 800 unit saham Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) yang ditawarkan kepada mereka adalah percuma bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terpaksa membayar hutang bank bagi membolehkan mereka memiliki saham tersebut.
 
Kebanyakkan peneroka yang terpaksa menanggung hutang ini hanya menyedari kewujudan pinjaman ini apabila menerima surat bayaran semula pinjaman bernilai balik hutang berjumlah RM3,630 untuk pembelian 800 unit saham FGVH terlibat dari pihak bank baru-baru ini.
 
Demikian beritahu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika dihubungi TVS hari ini.
 
“Kebanyakkan mereka tak menyedari ada antara borang yang mereka tandatangani itu adalah pinjaman bank untuk beli 800 unit saham FGVH, sebab peneroka ini tidak diberikan penerangan yang jelas sebelum turunkan tandatangan.
 
“Rata-rata peneroka atau waris yang menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH mereka dapat itu percuma.

“Mereka keliru kerana istilah yang digembar gemburkan adalah durian runtuh dan menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit,” kata Mazlan.
 
Malah menurut Mazlan, isu ini tutut menimbulkan perbalahan antara ahli keluarga sebilangan peneroka dan waris mereka.
 
“Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yangg nak ambil tanggungjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru-baru ni.
 
“Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria-iya dulu suruh sain adalah adik beradik,” katanya lagi.
Menurut Mazlan, pinjaman yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus itu dicah secara harian.
 
Jelas Mazlan, caj faedah harian tersebut berterusan meningkat selagi bayaran pinjaman tidak dijelaskan oleh peneroka terbabit.

20 comments:

Amuraria said...

KESIAN KENA KELENTONG HIDUP-HIDUP PAKCIK-MAKCIK FELDA OLEH SEKUTU GEROMBOLAN UMNO-APCO ! AWAT LA TAK BINCANG DULU DOK PI SERBU BILA DENGAR SAHAM FREE ! NIE TAK KA NAYA ? ABU JANGAN LUPA PENYELAMAT RAKYAT & NEGARA!

albert magic said...

sesetengah peneroka felda ni memang syok sangat kena tipu oleh gerembolan boleh lah mereka bersyukur kerana telah ditipu

Anonymous said...

BN tak sedar, inilah satu puinca kejatuhan bilangan undi warga FELDA untuk BN. mlm ni najib umumkan dapat dividen 400 dalam masa 2 bulan... kat mana diaa ambik duit nak bagi dividen tuuu?

amizan said...

Umno bn menzalimi.rakyat..
Wajib hentikan kezaliman ini!!

Suasana Politik Malaysia said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin buat rakan seperjuangan sekeluarga.

Ucapan yang sama juga kepada semua pengunjung di sini.

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Ha..ha...ha...Dah terkena tempias HARAMJADAH...

Anonymous said...

Korang mcm tak biasa je dapat saham free...memang la kena buat loan dari panel bank, kalau nak untung cepat jual saham tu..bayar loan..ambik untung...kalau nak untung tersimpan sampai anak cucu..bayar loan tu sikit2 sampai abis...3k lebih je..pastu ambik keuntungan sampai anak cucu...saham memang akan turun naik,sebab diniagakan..bukan macam saham piramid.Jangan nak kelirukan pemikiran orang Felda..patut kita bagi cara2 camna diorang boleh buat duit dari saham tu..kalau tak boleh untung takkan PAS Kedah pun beli....banyak pulak tu!

Anonymous said...

Kedah pun dah jual , tara untung punya semakin menjunam

Militia Buruh said...

Waduh, buta2 je org2 DELDA kena tipu. Lain kali baca surat perjanjian dulu sebelum sain. Kalau org2 bank tu tak aksi baca, jgn sain. Habis cerita.

Jangan terima saham yg diberi secara hutang. Banyak cantik punyer UMNO-APCO. Dahlah masukkan tanah2 FELDA milik peneroka dalam bursa saham.Pastu nak kasi saham secara hutang.

Anonymous said...

Memang betul la dapat DURIAN RUNTUH,nah sebijik jatuh atas kepala...rasakan penangan DURIAN RUNTUH BN hehehe...