Monday, August 13, 2012

SAMAN PAS!!! UMNO gagal lagi


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu tahun lalu.

Hakim Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.


Di bawah seksyen itu, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.


Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Abdul Rauf Jusof selaku Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membawa kes.


Hakim turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.


Plaintif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, pengarangnya Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.Turut dinamakan ialah Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.


Mustafa ketika dihubungi berkata, hakim memutuskan bahawa pihak plaintif tiada "locus standi" untuk membawa kes tersebut.


"Hakim memang ada mengatakan bahawa ada unsur-unsur fitnah, tetapi pihak plaintif tiada locus standi untuk membawa kes," kata beliau.


Dipetik Harakahdaily, Mustafa berkata, kes saman telah selesai.


"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.


"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.


Defendan diwakili oleh Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Mohd Hafarizam Harun (peguam Umno yang dikaitkan dengan skandal Emrail iaitu projek landasan keretapi Ipoh-Padang Besar).


Pada 14 September lalu, Mohd Zin memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Zin berkata Mustafa pada 15 Ogos 2011 telah ditemuramah oleh Khairul di mana Setiausaha Agung Pas itu didakwa telah memfitnah Umno berkaitan dengan wadah dan perjuangan politik mereka.

No comments: