Monday, August 13, 2012

UTUSAN EJEN FITNAH!!! Kerana 49.77 % saham utusan dikuasai UMNO



KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Akhbar Utusan Malaysia yang telah membuat beberapa laporan kontroversi mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengamalkan cara hidup gay dalam masyarakat majoriti Muslim dipunyai oleh Umno telah menyalahgunakan kuasa, kata Mahkamah Tinggi hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu hari ini memberitahu mahkamah Umno menggunakan dananya untuk menjadikan akhbar terbabit sebagai alat menyebarkan propaganda demi motif politik.


Ahli politik berusia 65 tahun itu hari ini memberikan keterangan terhadap pendakwaan kepada akhbar tersebut, yang pada Januari lalu telah menuduhnya sebagai seorang gay, dan menuduh beliau mengakuinya di TV ketika temuramah bersama British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini.

 

Anwar berkata “49.77 peratus. Apa lagi nak disangsikan?” katanya merujuk kepada penguasaan Umno terhadap akhbar tersebut berdasarkan laporan tahunan 2010 Utusan.

Beliau memberikan jawapan balas kepada soalan peguambela Utusan Datuk Firoz Hussein ketika sesi soal jawab sama ada beliau bersetuju “lebih separuh” daripada senarai 30 pemegang saham adalah “jelas bukan ahli Umno.”


Anwar juga terus menyambung keterangannya dan berkata syarikat berhad tidak memerlukan pemilikan 100 peratus, sebelum bersetuju terdapat pemegang saham lain selain Umno.


Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju Umno tidak menguasai lebih dari 50 peratus pegangan saham, Anwar membantah dan menegaskan calonnya turut mempunyai kaitan dengan parti pemerintah.


Kemudiannya, apabila ditanya peguamnya, N. Surendran, Anwar berkata pemegang saham dengan penguasaan “lebih 30 peratus” akan “menguasai syarikat.”


Anwar menambah ahli lembaga pengarah Utusan adalah “bukti jelas Umno menguasai sepenuhnya” syarikat itu, dan berkata ahli lembaganya semua “daripada Umno.”


Anwar turut ditanya bagaimana beliau boleh mengetahui Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, yang merupakan ahli lembaga pengarah adalah wakil perdana menteri.


Anwar menjelaskan, Sharifuddin adalah pegawai media yang “dipercayai dengan tugas-tugas penting”, dan berkata beliau telah menjadi saksi dalam menandatangani perjanjian APCO.


“Beliau berada di dalam lembaga pengarah walaupun tidak memegang sebarang jawatan,” katanya kepada mahkamah.


Anwar pada Januari telah memfailkan saman, berjumlah RM50 juta terhadap Utusan sebagai akibat untuk menghalang Utusan dan editornya daripada mengeluarkan kenyataan yang sama.


Pada 18 Julai, Anwar mendakwa mahkamah “diketahui umum” Utusan Malaysia adalah milik Umno dan menerima arahan daripada Presiden parti.


Ketika sesi pendengaran sama, Anwar bersetuju homoseksualiti perlu diharamkan bagi memelihara kesucian perkahwinan, namun menjelaskan undang-undang purba perlu disemak bagi mengelakkan mereka yang tidak bersalah dihukum.


Awal tahun ini, Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan apabila mahkamah memutuskan pendakwa tidak mempunyai bukti kukuh Anwar telah meliwat Saiful.

Sehari kemudian, Utusan Malaysia di muka depannya menggunakan tajuk “Anwar ulas isu gay”, dan mendakwa beliau berkata kepada BBC undang-undang homoseks di Malaysia ini bersifat “purba” dan tidak “relevan.”

Dalam dua artikel yang dikeluarkan Utusan, bekas pemimpin PAS Dr Hasan Ali turut dilaporkan memetik BBC menyelar Anwar kerana dikatakan menggesa homoseksualiti disahkan di negara ini.
 
  
Utusan board of directors work as Umno’s reps



azlan

No comments: