Monday, September 17, 2012

KANTOI LAGI!!! Perhatikan betul-betul gambar majlis raya Najib di Pekan

Nampaknya syaitan yang dikenali buat onar lagi.

Semasa merasmikan persidangan tahunan Umno-APCO Pekan yang ketua bahagiannya kebetulan perdana menteri Najib, akhbar pencacai dari Kumpulan Media Prima, The New Straits Times didapati mengedit sekeping gambar yang dimuatkan di dalam laman webnya pada 16 September 2012 (semalam).


Gambar yang diedit ini kemudian dimuatkan dalam laman web akhbar berkenaan sebagai tajuk berita utama.


Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!


Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.


Dengan angkuhnya, Najib  berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.


(Imej lebih jelas sebagai perbandingan dengan gambar yang dimuatkan di laman web NST)

Dengan nada marah bercampur geram, Najib menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.


Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu.


JALAN PULANG

19 comments:

Yong said...

Salam PASPB

Syaitan kan boleh menyerupa! Sebab tu ada duplikasi. Hehehe!

Anonymous said...

Berhentilah kejap tulis artikel remeh temeh ni. Nabi dan agama ko dihina, takkan ko diam je? Serius paspb, aku dah masuk bnyk blog pakatan, tp takde pun yg tulis artikel pasal filem yg menghina Nabi Muhammad dan Islam. Member aku yg pakatatan cakap, dpt arahan dari org atasan. Antara alasan yg diberi, tidak disukai oleh ketua umum. Kenapa pulak mcm tu?

Anonymous said...

Citer kecik2 ni tinggalkanlah dulu. Ko cuba amek contoh blog pro umno, gerakan anti pkr. Dia pun mengulas pasal isu filem hina nabi ni, dan mengajak umat Islam bersatu bila nabi sendiri dihina. Aku cadangkan ko abaikan je arahan dari ketua umum pakatan dan mencontohi pendirian pucuk pimpinan pas dan umno dlm isu ini.

Aku nak tanya ko, ko dpt keredhaan abg nuwar atau nak dpt keredhaan Allah? Tepuk dada tanya iman bro

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

DEPA PUN HINA NABI..KAN TOK GURU DEPA KATA TAK PAYAH SAMBUT MAULUD? NABI MUHAMMAD MASA LAHIR SAMA MACAM MAMAT KAMPUNG DIA. KAN MENGHINA TU?

JADI HANG NAK HARAP APA NON...

rakab said...

Pas sekarang mana ada perjuangkan Islam lagi. Orang Islam dimurtadkan pun tak dipedulikannya. Cakap lebih, Hasan Ali kena pecat !!

Yahudi hina nabi pun Pas tak kisah.
Perkara remeh temeh yang diutamakannya. Bangsat betul penyokong Pas sekarang ni !!

Lebih nak jaga hati Anwar si ejen zionis dan si kafir DAP.

Anonymous said...

Kecewa betul aku dgn paspb ni. Lebih membesarkan anuwar daripada nabi sendiri. Nanti dkt akhirat nanti, ko mintaklah syafaat dari ketua umum ko tu

nora91,UKM said...

Pas berjuang lebih kepada politik parti daripada pertahankan kesucian agama Islam.

Itulah hakikatnya.

Anonymous said...

Ape lah lu RAKAB, yg bayar APCO tu bukan ke umporno parti idola lu ke? haprak kelas pertama lah lu ni. RAKAB....

JKKK Utara said...

Kepada penyokong UMNO sekalian.Dah masuk blog orang,tolong jaga adabnya ya.Semua umat islam marah tentang isu Penghinaan Nabi Muhammad.Tapi Saya nak tanya la..tatkala Pemimpin Korang Hina Sunnah Nabi,Ulama Pewaris Nabi,kenapa korang DIAM.Ada tak keluar RTM,TV3,Utusan,Berita Harian dll???Tolong Perjelaskan..tak tau @ buat2 tak tau..

Anonymous said...

cantiklah JKKK Utara...lu smash slamber jer.......sampai tak terambik penyokong UMNO/BN yg meroyan bangang ....hihihihihi

JKKK Utara said...

Geng PAKATAN hujah guna AKAL,FAKTA dan ILMU.Tapi geng UMNO hujah guna akal dan nafsu shj.tu yg penuh dengan kebencian

Anonymous said...

Respect jkkk utara. Kita hanya perlu patuh pd arahan anuwar dan pkr supaya tidak mengajak umat Islam bersatu mengecam filem yg menghina Nabi Muhammad. Mendpt keredhaan anuwar lbh penting drpd mendpt keredhaan Allah.

Anonymous said...

Umat Islam umno dan pas pd waktu ini mesti bersatu mengutuk filem yg menghina Nabi Muhammad. Kalau anuwar dan pkr tak mahu turut serta, biarkan mereka. Syurga Allah lbh nikmat drpd segala janji dan ganjaran yg anuwar dan pkr blh tawarkan didunia

JKKK Utara said...

Saya nak mintak tolong kat saudara,tak payahlah duk ulang ayat yg sama.nak tau,pi tanya sendiri kat empunya badan sampai saudara puas ati.tapi jangan lupa jawab persoalan yang di tanya.jangan buat2 lupa tatkala duk asyik burukkan orang lani..

rakab said...

JKKK utara,

Hina sunnah nabi ??..tak pernah !!..itu cuma mainan politik jahat Pas saja.

Hina ulamak pewaris nabi ??..pun tak pernah !!...tapi mengutuk ulamak Pas yang mementingkan kerusi pilihanraya dan kuasa dunia, itu memang wajar dilakukan.

rakab said...

JKKK utara,

Ni aku pun nak tanya,...Karpal singh terang-terang tolak hudud, menentang perlaksanaan hukum Allah tapi Pas masih bersekutu dengan DAP dalam PR.

Sekarang ni penyokong Pas nak patuh perintah Karpal Singh ker atau nak patuh perintah Allah ??

Anonymous said...

JKKK Utara,

Usah layan geng2 syaitan nie..depa ckp xhina Nabi,Rasul,hukum Allah bagai..hang p tnye tun apa dia ckp...karpal tolak hudud..MCA tolak hudud..UMNO tolak hudud..karpal mca tolak hudud tahan lagi r..tu pun spatutnya MCA xpatut ckp camtu..sbb dh lama duk bwh BE END..nie umngok tolak hudud tu sndri...

rakab said...

Umno tolak hudud Pas, yang menghukum orang Islam sahaja..bukan menolak hudud Allah !!

jangan nak putar belit !!


Kenyataan Tun itu telah di 'spin' oleh Pas,..itu semua orang yang waras, tahu.

Anonymous said...

pas dah jauh terpesong..balik lah kejalan yg benar lupakan politik,tegakanlah islam..pas-umno-bersatu confirm malaysia jdi negara islam yg digeruni dan terpuji,sbnrnya orang yahudi ney ckup tkut klau orang islam bergabung..ayuh! Orang islam bergabung kalahkan yahudi laknat,,politik tolak tepi,owner blog sudah2lah mencari silap org menaibkan org fitnah org tak takut dosa ke tak takut azab allah???