Tuesday, September 11, 2012

LANGAT 2!!! Kerajaan Pusat " Jangan Langgar Lari "



LANGAT 2 : Jangan Salahkan Kerajaan Negeri Jika Perlaksanaan Tertunggak


SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajaan Negeri mengeluarkan peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai pembinaan loji rawatan air Langat 2 bahawa projek tersebut masih tidak mendapat kelulusan Selangor.


Oleh itu, pemaju, kontraktor, perunding dan sesiapa yang mengambil bahagian di dalam projek tersebut diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan negeri apabila perlaksanaan projek itu tergugat.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa berhubung perlaksanaan projek tersebut walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskannya.


Kuasa Kerajaan Negeri antaranya meliputi kelulusan merancang dan memasuki tapak projek.


“Kita ingin mengingatkan kepada pemaju, kontraktor mahupun Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab sepertimana yang dijamin Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.


“Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri akan menjaga tanggungjawab ini,” jelasnya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco.


Peringatan itu dibuat susulan penyiaran iklan tender Langat 2 di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini.


Tender tersebut dikeluarkan walaupun projek tersebut masih tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.


Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan undang-undang bagi menjelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri mengenai projek ini.


“Mereka perlu sedar dan jelas tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka akan beberapa perkara apabila berurusan atau berhadapan dengan Kerajaan Negeri,” katanya.


Sementara itu, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sesiapa yang menyertai projek tersebut harus berdepan dengan risiko akibat dari percanggahan pendirian Kerajaan Pusat dan Negeri.


“Andaikata mereka masih ingin menyertai tender, kemudian menang ‘bidding’ namun perlaksanaan tertunggak, jangan datang saman (Kerajaan Negeri).


“Kerana kita sudah memberi penjelasan dan peringatan berkenaan perkara ini,” tegas beliau ketika ditemui.


Kerajaan Negeri sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan Langat 2, dan mahu ia dirunding bersama dengan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor.


Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.




Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Menurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan - tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Menurutnya, butiran mengenai lawatan tapak akan diumumkan dalam taklimat tersebut.

Kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kelulusan untuk projek Langat 2 atas alasan ia mesti dirundingkan bersama dengan langkah penstrukturan semula air di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkeras bahawa dua isu tersebut perlu dibincangkan secara berasingan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada bulan Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk pergi meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memberitahu jawatankuasa itu untuk meneruskan tender tersebut walaupun ditentang oleh Selangor.

Selangor menentang projek itu, yang termasuk bekalan air paip dari Pahang, kerana ia berpendapat bahawa negeri itu mempunyai bekalan air yang lebih daripada mencukupi.

Projek Langat 2 dianggarkan menelan kos RM8.7 bilion dan akan digunakan untuk merawat air yang disalurkan dari Pahang melalui terowong sepanjang 45km.

Selangor cuba untuk menguasai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyusun semula syarikat itu sebelum menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan.Kedahkini

2 comments:

Anonymous said...

confirm lanun2 syaitan nie nak buat mcm die merampas negeri perak dulu....pinda undang2 utk menyebelahi dia orang..... haramjadah betul

Anonymous said...

Memang haram pun pangkah BeEnd.