Monday, September 24, 2012

MAHATHIR KANTOI !!! NGO diketuai anak Mahathir turut terima Dana George Soros

Soros juga dikatakan membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia yang pernah diketuai oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir.
Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.
Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.
Ketua pengkritik Soros adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu “dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.
Wakil MAC dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.
“Ya, MAC juga menerima dana asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu tentang AIDS dan HIV serta program-program lain,” kata wakil MAC yang enggan namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.
Oraganisasi tersebut memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu) bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS dan HIV.
Minggu lalu, pertikaian dana asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mereka menuduh pembiayaan sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.
Antara NGO yang menjadi sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan ketakstabilan politik negara.
SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki  “akaun yang mengelirukan”.
NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.
Malahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.
“Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita,” kata Dr Mahathir kepada pemberita Ahad lalu. _TMI

19 comments:

Ajib said...

salam,

adakah bantuan kewangan beliau tuk tujuan yg tidak baik...sekiranya ia bertujuan ke arah kebaikan tiada mslh..xkesah lar NGO pro pembangkang ke..pro kerajaan ke yg menerimanya..sm shj...klu mereka2 menerima bantuan kewangan dr tok dari kerajaan ke.pr ke.imam masjid ke..jkkk ke..utk tujuan yg tidak baik..itu baru tidak boleh..jgnlah duk memnimbulkan isu2 yg tidak matang..klu stkt pemikiran geng2 menteri2 umngok dan be end ni mcm ni..aku rase aku jauh lbh baik kot..berkhidmatlah dgn ikhlas dan krn Allah..bkn kerana pangkat dan kebendaan..

saif al mansur said...

http://islamreturn.blogspot.com/2012/09/terkini-rakyat-sabah-saman-petronas.html

Unknown said...

Umno kata soros biayai bersih tapi sampai sekarang tiada bukti..

Anonymous said...

Adoi.. Ko ni bodoh ke paspb. Marina ni org kuat ambiga. Ko tak ingat ke dia sama2 kita join bersih dulu? Nanti kalau ambiga marah sbb artikel ko ni, mcmana?

Ko rujuk ambiga dulu tak sblm tulis artikel ni? Ke ko main tulis je?

Anonymous said...

anon bongok 22:41..tak yah nak main psiko kat sini.ko tu anjing umngok ..

Anonymous said...

he.. he.. suaram terima dana george soros yahudi. marina orang kuat ambiga pun terima dana george soros yahudi jugak? terima kasih paspb sebab buat pendedahan ni. clear dah sudah PRU13 nanti nak pilih siapa.

Anonymous said...

best betul jadi orang pakatan ni. yahudi berebut2 nak sponsor. kalau macam ni, aku pun nak join pakatanlah. tapi aku tak nak join pas, sebab pas miskin. tulah sebab diaorang selalu cekau duit derma. aku nak join pkr. dapat direct xcess dekat dana yahudi + boleh naik jet peribadi! woohoo!!!

Anonymous said...

chai umngok x tahu ker soros ni besfren syaitun..

Anonymous said...

Paspb memang bodoh. Yang ko check mate diri sendiri tu buat apa? Penat jer kita pegi kursus cara nak sebar fitnah dlm blog dulu. Kenapalah ko tak amalkan ilmu yg kita belajar. Sekarang diaorg dah tau marina org kuat ambiga pun terima dana yahudi. Mmg bebal betul ko ni.

Anonymous said...

Nasib baik lah tiada gambo DSAI dgn Soros kalau tidak utusan Meloya hari2 keluarkan dimuka depan, mrk akan kata DSAI memangkamcing dgn soros x hairan lah Soros bagi dana nak jatuhkan Kerajaan... Kerajaan Kelantan mrk nk jatuhkan boleh pulak... pahriah betoi lh umporno...

Anonymous said...

kantoi! paspb kantoi memperbodohkan diri sendiri! ha! ha!

Anonymous said...

Kenapa Mahathir gagal memberi kesedaran kpd marina untuk tidak terima bantuan dari soros. Apalah Mahathir, kalau anak sendiri pun tak boleh nak tarbiah, macam mana nak jaga negara ni, mathir?

Anonymous said...

kenapa mak bapak anuwar gagal memberi kesedaran kpd anuwar untuk tidak terima bantuan dari soros. apalah mak bapak anuwar, kalau anuwar sendiri tak boleh ditarbiah, macam mana si anuwar nak jaga negara?

Anonymous said...

kenapa mak bapak nik ajis gagal memberi kesedaran kepada nik ajis untuk tidak menyokong anuwar menerima bantuan soros. apalah mak bapak nik ajis, kalau nik ajis sendiri tak boleh ditarbiah, macam mana nik ajis nak jaga negara?

Anonymous said...

Huihh, meroyan semacam je, cai. Baru togok arak Thai Song ke? Ke upah cai kena hold? Sejak bila Anwar terima tajaan Soros, apa buktinya. Yg ada, gmbr Mamakthir bermesra dgn george soros, adalah. Mamakthir bermesra dgn Soros, tapi tak ponah pulak ada gambar Anwar bermesra dgn Soros.

Anonymous said...

Takpelah Marina. Saudari mungkin tak tahu yg mengambil wang dari Soros boleh mengundang fitnah sampai kwn2 dlm PR pun terpalit sama walaupun tak makan duit Soros(Aku pun tak ambik duit Soros walau sesen). Takpelah, kali ni kami maafkan. Lepas ni, jgn buat lagi, Marina.

Anonymous said...

Kalau soros nak jatuhkan kerajaan bn...dah lama dia dah buat sejak zaman mahathir lagi...

Anonymous said...

Aku dah agak dah. Kalau paspb yg handle blog, mesti dia check mate diri sendiri. Aku rasa paspb ni virus trojan umno, menyeludup masuk dlm pas. Tulah sbb dia buat bende bodoh ni.

Anonymous said...

meroyan sungguh lembu umno