Tuesday, September 25, 2012

TU DIA!!! Mahathir pernah minta bantuan Soros dalam projek keamanan

EKSKLUSIF "Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.
NONEEmpat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman 
kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.

11 comments:

rakab said...

Mahathir menunjukkan arah yang betul kepada Soros,...kalau dah banyak duit salurkan saja kepada projek-projek keamanan, dan jangan salur kepada puak bangsat yang bertujuan nak menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah !!

rakab said...

Wah! Anwar bila bercakap sentiasa menggambarkan dirinya seorang zuhud yang telus, ikhlas, yang sanggup susah bersama rakyat. Gaji sebagai penasihat ekonomi Selangor satu ringgit pun tak apa. Sanggup makan lempeng hari-hari demi rakyat.

Malangnya dia tak mampu nak menyembunyikan nafsu serakahnya yang lebih besar daripada gunung Kinabalu itu selama-lamanya.

Bukti dah semakin jelas didepan mata. Pembelian bas mewah, kereta mewah, lori mewah,.untuk perjalanannya ke sana sini. Yang terbaru, naik jet mewah pergi berkempen !!...walaupun sebenarnya sejak dulu lagi Anwar dah gunakan jet mewah.

Anwar kata jet ditaja seorang kenalan, Nurul Izzah kata kawan pinjamkan, Tian Chua pulak cakap jet itu disewa,...

Pokoknya, pengerusi syarikat jet tersebut menjelaskan jet itu telah disewa pada kadar RM 96,000 untuk dua hari !!

Waduh-waduh, mana ambik duit tu bang nuar ?? dari tabung George Soros ke ??

Penyokong PR jugak yang kelabu asap, masih tak sedar diri lagi..

Belumpun jadi perdana menteri gaya hidup Anwar dah macam raja Swaziland, apatah lagi kalau dah jadi PM !!!

Anonymous said...

hoi pencacai bodoh umno, baca la dulu sebelum komen. bila komen nampak jelas syaitan dikenali

rakab said...

Monyet pakatan kat atas ni terloncat-loncat kepanasan dengan komen aku..

muaahahamuahahahaa..

Anonymous said...

rakab,
komen kau tak realisik langsung dan hanya sesuai utk yg bodoh & bangang dlm umnogok saja..

rakab said...

Terimalah kebenaran walaupun pahit dik non oooiii..

Puak pakatan memang telah menerima wang dari ejen yahudi seperti Soros dengan tujuan supaya dapat menjahanamkan negara ini.

Malang sungguh nasib ahli Pas. Bersungguh-sungguh mereka mengutuk zionis dan yahudi selama ini tapi rupa-rupanya kempen politik mereka sendiri disokong dan ditaja oleh yahudi melalui Suaram, Malaysiakini dan boneka yahudi terulung,..Anwar Berahim.

rakab said...

Anwar Berahim dalam satu kenyataannya kepada akhbar Britain telah menyifatkan bantahan dan tunjuk perasaan umat Islam terhadap filem menghina nabi sebagai satu "masalah jiwa" umat Islam.

Macam biasa laaa...Anwar Berahim sanggup memperlekehkan usaha umat Islam sendiri demi menjaga hati puak zionis/yahudi. Bukankah Anwar dah berjanji akan menyokong segala usaha asalkan dapat menjamin keselamatan negara Israel.

Tahniah puak Pakatan !!

Anonymous said...

si rakap bercakap x guna otak yg allah bg. kesian. semoga satu hti nanti akan sedar jga akhirnya si rkap ni. sokong umno dpt apa? kalau x dpt apa2 lbh baik sokong PR. Insyallah ada kebaikannya yg blm kita rasakan.

Anonymous said...

Ko jgn ckp mcm tu… si rakab ni dapat rm20 upah dr umngok tau! Byk tu…

orang muda said...

Puak Pakatan dapat upah berjuta ringgit dari tajaan yahudi, kau tak kisah ke ??

Anonymous said...

Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

Respected throughout the Malaysian;
That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

整个马来西亚的尊重;
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

-主办单位: MCA Selayang..