Wednesday, September 26, 2012

SKANDAL PKFZ!!!Mahathir kena panggil


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menipu kabinet melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

"azlanKami akan panggil Dr Mahathir," kata peguam pembelaan Wong Kian Kheong ketika menyoal balas Ling pagi ini.

Wong bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci berhubung langkah itu.

Sumber yang dekat dengan pihak pendakwaan memberitahu pemberitan, sepina sudah dikeluarkan kepada Dr Mahathir untuk tampil ke mahkamah bulan depan.

Kemungkinan Dr Mahathir akan tampil di mahkamah dalam minggu kedua dalam bulan Oktober, tambah sumber itu lagi.

Dr Ling membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
    
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
    
Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.
Sementara itu, Bernama melaporkan Ling hari ini mendakwa tidak pernah menerima surat daripada Dr Mahathir bagi menyatakan terdapat kesilapan pada surat yang dihantarnya berhubung projek PKFZ.
    
Dr Ling turut memberitahu bahawa beliau juga tidak menerima balasan surat menyatakan perkara yang sama (terdapat kesilapan) daripada Kementerian Kewangan.
    
Katanya surat bertarikh 29 Jun 2002 yang mengandungi maklumat kadar nilaian pembelian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) dan kadar faedah 7.5 peratus setahun itu disediakan oleh bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk Zaharah Shaari, Timbalan KSU Datuk Abdul Rahman Mohd Noor dan bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim P. Chandrasekaran.
    
"Sehingga saya bersara pada 28 Mei 2003, tiada seorang pun yang memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada surat tersebut," katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Wong Kian Kheong.
    
Beliau turut menegaskan bahawa tiada pegawai yang memberitahu bahawa kadar RM25 skp dan faedah 7.5 peratus itu tidak mematuhi penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).     
 
Sementara itu, prosiding yang bermula pada 9 pagi ini terpaksa dihentikan lebih awal apabila Wong memohon penangguhan berikutan masalah kesihatan yang dialami Ling. 
    
Ling hanya memberi keterangan selama sejam setengah sebelum Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan Jumaat untuk menyambung perbicaraan.
    
Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan depan berhubung kes ini.

1 comment:

rakab said...

Sejak awal lagi Tun Mahathir sudah beritahu bahawa beliau sanggup menjadi saksi dalam kes ini bagi membantu perbicaraan dimahkamah.

Ini satu lagi bukti ketelusan Tun Mahathir,....bukan macam pemimpin agung Pakatan, masuk kandang saksi tapi tak benarkan pendakwa menyoal balas. Takut kerana salah !!