Monday, October 1, 2012

DATA YANG UMNO TAK MAHU TENGOK!!! FDI negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi



KUALA LUMPUR: Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini.

Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut.

Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion.

Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion.

Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta.

Berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi:

1- Sarawak (RM30.3b)
2- P.Pinang (RM25b)
3- Selangor (RM23.9b)
4- Johor (RM20.1b)
5- Kedah (RM11.1b)
6- Melaka (RM7.9b)
7- Negeri Sembilan (RM7.2b)
8- Sabah (RM6.3b)
9- Perak (RM5.8b)
10- Terengganu (RM4.2b)
11- Pahang (RM2.8b)
12- Kelantan (RM297 juta)
13- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM196 juta)
14- Perlis (RM109 juta)
15- Wilayah Persekutuan Labuan (RM22.9 juta)

11 comments:

Anonymous said...

Kena ingat walaupun Sarawak tertinggi, itu pun bukan negeri UMNO perintah

Anonymous said...

Ayoo..kelantan no 12 ke? apa kerajaan pas buat? Tak pandai takbir negeri ke? Meh acu bn sepenggal

Anonymous said...

Terima kasih paspb sbb buat pendedahan pelaburan kelantan antara yg terendah. Dah lbh 20 thn pun pas masih tak pandai tadbir kelantan. Jelaslah PRU nanti nak undi sapa

Anonymous said...

dah agak dah. paspb ni spy umno. yang ko buat pendedahan pas tak pandai tadbir kelantan ni buat apa? berapa dah umno bayar supaya ko khianat parti sendiri ni?

Anonymous said...

Sekurang2nya Kelantan bagus sikit dr Perlis, Mantan MB Sahidan Kassim ckp berdekah2 tapi bab ekonomi - elak pucik... hancai bocai..... negeri BN yg tercorot FDI... tu belum Isa Sabu....

Anonymous said...

Apa yang puak2 ni dok bangga sangat dengan FDI Selangor, P/Pinang dan Kedah bukan hasil kerajaan pemerintahan PR sebenarnya hasil pemeritahan kerajaan yang dahulu iaitu kerajaan BN LOLLLLL.

rakab said...

PAS Perut Buntal ni nak main isu FDI pulak dah...

Umno/BN yang menyediakan asas dan segala keperluan supaya pelaburan boleh mencurah masuk ke negara ini lama sebelum PR dapat peluang mentadbir pada 2008.

Jadi janganlah suka sangat !!

oh ya, Nasib baik pemimpin BN diperingkat pusat tu ikhlas dan bertanggungjawab, jadi dapatlah negeri bawah PR tu sedikit nikmat perlaburan...kalau ikut perangai pemimpin pakatan, dah lama kena sabotaj !!

Anonymous said...

Paspb kantoi sekali lg memperbodohkan diri sendiri. Aku harap paspb tukar blogger baru. Blogger sekarang ni takde pengalaman, tak berkualiti.

Anonymous said...

Paspb ni sebenarnya boneka umno. Tu yang selalu sangat buat silap. Sekarang dah terbongkar pas mmg tak mampu nak tadbir kelantan. Bodoh betul paspb ni!

Anonymous said...

Maafkan jelah blogger paspb ni. Dia ni memang budak baru. Kitaorg bayar dia murah je sbb kitaorg takde duit. Duit dah habis guna untuk bayar petrol jet peribadi anuwar. Nanti kitaorg ketuk sikit kepala dia supaya tak bengap sangat.

Anonymous said...

kelakar lembu umno sekor ni, syiok sendiri. dia komen dia balas. syaitan yg dikenali