Tuesday, October 16, 2012

KASIHAN HASAN ALI!!! UMNO tak terima, meroyan kepada PAS

http://1.bp.blogspot.com/-R3d-qjkGafI/TyjOl_pe1xI/AAAAAAAACUM/cF34t9DNEmM/s1600/hassan+ali.jpgBESUT: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.
 
"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.


"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. - BERNAMA

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih paspb. setelah membaca isi hati hasan ali, jelaslah yang pas hanya menggadaikan prinsip Islam utuk mengejar kuasa. pas dahulu yang berjuang kerana Allah sudah pupus. pas yang ada sekarang berjuang kerana putrajaya semata-mata.

Anonymous said...

jelas dah PRU13 nanti nak pilih siapa

Anonymous said...

beruk umno ni komen sama je, tak ada idea ka

Anonymous said...

unmo dulu dan sekarang jauh berbeza. umno sekarang tidak reliven lagi untuk memperjuangkan nasib orang melayu. Mereka lebih kepada memperkayakan individu dan kroni...by..by..umno.!!

Anonymous said...

...wallah.. wallah.. wallah...

kok berok uwwwnooo kata pas dah tak islamic...macam dulu... tapi berok2 ni tak pernah pun sokong PAS dari dulu kini dan selama2nya... kok jika dibanding awwwnooo dangan pas mana yang lebih islamic...takkan lah awwwnooo...tapi kenapa dia jadi beruk awwwnoooo...tak minat pun jadi berok PAS... ala kan Oeang Yahudi dah disumpah jadi berok... tu yang jadi berok APCOOOO ...kalau cakap banya nanti kena sumpah jadi chipanzieee...

Ajib said...

ko kata PAS tidak lg berjuang kerana Allah..celah mana dan masa bila yg UMNGOK penah berjuang utk ALLAH..ISLAM..dh nama pun syaitan..kompom2 lar xpenah..menentang lg byk lar..ingat2 lar...tiada melayu yg akan bwk korg ke syurga..ehh lupa plak syaitan mmg xkan masuk syurga..sorriii