Sunday, October 7, 2012

SAMAN RAKYAT 1MALAYSIA!!! ST1M nama baru bagi AES yang memeras duit rakyat

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

5 comments:

Anonymous said...

Saya bukan org BN malah saya amat benci dengan BN tetapi bila melihat komen begini dtg dari PR rasanya saya mula membenci PR. Nampak sangat PR pun tak ada apa kebaikannya. Menyokong penjenayah jalanraya yang menjadikan ramai mangsa dan korban. Berpuloh tahun penguatkuasaan undang2 dibuat tetapi oleh kerana rasuah semuanya tidak menghalang atau mengurang tetapi bila sesuatu yang baru mahu diusahakan datanglah parti pembangkang yang mahu menggagalkannya semata-mata kerana politik. Grow up lah....yang baik tetap baik walau siapa melaksanakanya. buka mata hati sikit!

Anonymous said...

Duit rakyat tidak digunakan untuk projek ini tetapi rakyat dapat duit dari pesalah jalanraya. apa tak baiknya projek ni? PR ni memang menyokong kemungkaran kot. Siapa yang tak langgar undang@ tak kena sama habis mengapa PR melalak kata peras duit rakyat. Ini menunjukkan PR cakap tak serupa bikin. Kemungkaran adalah pesalah yang melanggar undang2, mungkar juga mereka yang mempertahakannya.

Anonymous said...

konon mengaku bukan orang bn. tak payah nak kelentong la lembu umno. no ip tu sama ja dari lembu umno

bentarasetia said...

Pandan muka rakyat.. Sape suh bawak laju. .. Ikut la undang2... melainkan pemimpin boleh la ikut suka sebab dia cerdik.. dunia sekarang sape bijak dia diatas.. Agame no 2 hahaha

ceritaku said...

hidup kat dunia nie senang je.. if xbuat slah, xde kene hukum.. ye x???