Monday, October 15, 2012

TERKINI!!! PRU 13 akan diadakan hujung tahun ini?

http://cj.my/wp-content/uploads/2012/05/Pilihanraya-Umum-13-PRU-13-General-Election-13.jpgPRU 13 sudah hampir pasti akan diadakan pada Disember ini. Najib sudah merancang lama untuk mengadakan pilihanraya sebelum tahun hadapan.  

Janji Ditepati tema Hari Kebangsaan dipilih ada kaitan dengan taktik Najib menggunakan bajet untuk menabur pelbagai umpan kepada rakyat walaupun tahu duit tiada untuk membiayai peruntukan bagi umpan-umpan tersebut 

Kini apa yang dirancang sudah makin nyata melalui ucapan Najib bahawa kerajaan akan menunaikan janji dalam setiap ucapannya sejak kebelakangan ini.  

Parlimen berkemungkinan besar  akan dibubar sebaik jamaah haji terakhir pulang ke tanah air. Pilihanraya sebelum perayaan Krismas.

Najib akan menggunakan musim tengkujuh mengadakan pilihanraya kerana mempunyai pengalaman menguntung dalam pilihanraya kecil di Tenang.

Najib juga mahu melekakan PR bahawa pilihanraya akan diadakan pada tahun hadapan selepas umpan bajet diterima rakyat.

DSAI juga sudah beberapa kali mengingatkan bahawa pilihanraya akan diadakan pada tahun ini bukan tahun hadapan.

Dua berita di bawah membuktikan , Najib sekarang sedang menyakinkan rakyat bahawa umpan bajet akan dilaksanakan walaupun pilihanraya diadakan sebelum bajet dilaksanakan.

Najib dan BN akan berkempen dalam pilihanraya, jika mahu RM 500, mahu RM 250 kena undi BN dahulu. 

Berita 1

PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa kerana rakyat sudah yakin janji yang dibuat akan dilaksanakan.

"Ini sebab bila kita umum BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) rakyat yakin kita akan bayar tahun depan. Kita boleh buat pilihan raya bila-bila masa sahaja kerana rakyat dah yakin janji kita tunai... kadang-kadang lambat sedikit tetapi lambat laun kita akan laksanakannya," jelasnya.


Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini.


Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan BR1M 2.0 ketika membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu.


Presiden Umno ini berkata, kunjungannya ke Sabah adalah untuk menepati janji dan memperkukuhkan komitmen bagi membela nasib rakyat dan negeri itu.


"Seorang pemimpin tahu merasai denyutan dan nadi rakyat dan kita mesti tahu apa aspriasi rakyat. Kita tidak boleh jadi pemimpin besar kalau hanya petah bercakap seperti orang jual ubat di tepi jalan," katanya.


Beliau turut menyarankan agar satu kajian komprehensif dibuat bagi menentukan masa depan sistem kehakiman anak negeri Sabah.


"Kita mahu sistem ini dibangunkan dan diolah dengan baik supaya system mahkamah anak negeri ini tidak dilihat sebagai 'ala kampung' sebaliknya kita mahu tingkatkan asas keilmuan dan kedudukan.


"Jadi saya minta yang pakar dalam bidang ini memberi pandangan dan cadangan agar sistem anak negeri terus relevan pada masa akan datang," katanya.


Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kivoupo, pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Pagansakan dan penubuhan Pusat Permata di Penampang. - Bernama



Berita 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Menurut Najib kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.


"Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut 'binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

"Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.

"Tuhan akan laknat kita, rakyat akan hukum kita, mereka (rakyat) akan hukum pemimpin yang tidak melakukan apa yang dia janjikan ataupun dia menipu rakyat," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat, hari ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman itu dibanjiri kira-kira 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Banggi.

Najib juga berkata sambutan rakyat di Sabah dalam beberapa siri lawatannya ke negeri ini seperti di Sandakan, Sipitang, Kota Belud, Penampang dan Kudat yang mendapat sambutan cukup menggalakkan, menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

Katanya kehadiran beramai-ramai rakyat juga menggambarkan keyakinan bahawa rakyat hanya boleh menyandarkan harapan masa depan mereka kepada kerajaan BN dan bukan kepada orang lain, sekaligus melambangkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan sekarang.

Najib juga memberi jaminan bahawa semua yang dijanjikan kerajaan BN akan ditunaikan tanpa mengambil kira bila pilihan raya umum akan diadakan.

Perdana Menteri juga menyifatkan Sabah sebagai cerminan masa depan rakyat 1Malaysia kerana di samping kepelbagaian kaum dan kepercayaan, rakyat negeri ini masih mampu bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni sejak kemerdekaan Sabah 49 tahun lalu menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia.             

Mengenai pemilihan Kudat sebagai lokasi program Jelajah Janji Depati, Najib berkata ia bukan semata-mata disebabkan sentimen nostalgia Kudat sebagai bekas ibu negeri Sabah serta tempat kelahiran pemimpin agung Tun Datu Mustapha Datu Harun tetapi ia melambangkan iltizam kerajaan BN untuk terus membawa pembangunan kepada daerah itu.

Najib berkata sebagai seorang pemimpin, beliau perlu memahami keluh-kesah rakyat serta memahami denyut nadi mereka dan mesti mampu dan sanggup memenuhi aspirasi atau kehendak rakyat.

"Salah satu aspirasi rakyat, khususnya di Kudat ialah supaya bertitik tolak daripada pelancaran Jelajah Janji Ditepati ini, Kudat akan melalui zaman pemulihannya, Kudat dapat kembali kepada suatu ketika ianya merupakan ibu negeri Sabah dan kalau kita tidak boleh kembalikan ibu negeri Sabah kepada Kudat, sekurang-kurangnya kita dapat terus membangunkan Kudat ini seperti mana kehendak masyarakat di sini," katanya.

Selepas pelancaran Jelajah Janji Ditepati, Najib melawat kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Sebelum itu, Najib turut mengadakan tinjauan rakyat di sekitar Kampung Air dekat Kudat sejurus tiba dari Kundasang.

- Bernama 

10 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

BILA BILAPUN TAK PER. PAS BILA BILAPUN AKAN KALAH TERUK KALI NI..

ADA KUMPULAN DARI TITI SERONG AKAN BERKEMPEN DI MANONG. 50 DALIL KENAPA IDHAM LIM WAJIB DITOLAK..

HE! HE! HE! KECUALI BAGI YANG MINAT BANGKU SIMEN...

Anonymous said...

Yelah tuuu... angkut masuk pendatang asing dh dekat 3 juta boleh lah confiden menang.. SPR pun boleh kasi menang apa nak risau.. Menang nti boleh masuk paper, TV123 tunjuk lah muka tembok tampal tebal, bibir glossy tanpa mekap ko tu, rakyat sokong 101% BN tak berbelah bagi hahahaha...

Anonymous said...

apa kaitan adun tt serong di sini luncai oooi

bukan anonymous said...

alahai si luncai, kau teruskanlah jadi orang yang luncai

Anonymous said...

Jom acu sepenggal. Kita jatuhkan kerajaan pas kelantan yg tidak membela nasib rakyat tapi sibuk membela nasib dap

Ajib said...

kekalahan atau kemenangan bukan menjadi masalah pada PAS..selama mana nie pun PAS sentiasa dinafikan kemenangannya melalui asspr yg korup lg jijik..agenda PAS adalah utk memartabatkan agama Allah.menjaga tak kira apa agama, bangsa yg berada dibawahnya...PAS sanggup kalah dari menang menggunakan taktik kotor,wang rakyat,kezaliman,pemerasan,sogokan apa semua..lg 1..jgn bongkak..Allah tu Maha Kuasa...tiada yg kekal di bumi ini..sdgkan dl kerajaan Islam yg kuat pun tumbang..ni kan pula kerajaan BE END,UMNGOK dan syaitan2 yg dikenali..dh sememangnya penghuni tetap neraka Jahannam

Ajib said...

cuba p tanya ketua audit negara..negeri yg paling miskin dan kurang daya saing di dlm Msia...adakah negeri itu di bwh pentadbiran PR...klu bukan sememangya betul ckp mantan pm..rmi org2 umngok nie bodoh2 belaka

Anonymous said...

Karpal mengatakan tidak menjadi kesalahan amalan kronisme dlm pakatan. Dlm dap kita ada kroni lim dgn singh. Dlm pkr ada kroni anuwar anak beranak. Dlm pas ada kroni tok guru nik aziz dgn nik abduh.

Marilah kita menolak amalan kronisme pakatan yg sangat jijik, kotor dan hanya menindas rakyat.

Anonymous said...

Apa susah2 pasal tarikh PRU13, tanya je nik abduh. Dulukan dia cakap terima wahyu Allah menyuruh pas merampas putrajaya. Cuba tanya dia ada dpt wahyu baru tak?

Anonymous said...

Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (A'li Imran: 54)