Friday, November 23, 2012

ADUN UMNO SAH MUFLIS!!! Jabatan Insolvensi sahkan, juak-juak UMNO kantoi.....

Cubaan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010. untuk masuk Ke Dewan  telah disekat oleh pegawai Dewan Undangan Negeri Kedah.



Maaf Dato'...saya tak dapat benarkan Dato' masuk...kata mr big guy...Zaidi MMK




Kunjungan bekas MB dan bekas Adun Kuala Nerang sehari sebelum DUN bersidang ke Pejabat YAB MB untuk ber bincang kedudukan Adun itu dalam sidang kali ini. MB berkata  "saya serah kepada YB Dato' Speaker utk teliti sudut undang-undang yang  tentukan, saya hany boleh membantu setakat kuasa yg diperuntukkan kepada saya oleh undang-undang ".




Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya.


Kedahkini

5 comments:

Anonymous said...

Sekoq tuang keja, malas datang mesyuarat. Bila diisytihar hilang kelayakan BARUA SPR tolong pula......

Sekoq ni pulak bankrup......Awat la hangpa tak tulung dia bayaq hutang. Yang hangpa rembat banyak-banyak masa hangpa perintah dulu tu mana....tulung la kawan.

Sekoq lagi pula dah ada China pi mengaku dekat SPRM dia bawa duit dalam tong ikan pi hantaq rumah MB. Aku nak tengok hawaq SPRM ni nak bertindak ke tidak....

Banyak betui penyakit depa ni lepas sekoq, sekoq......

Anonymous said...

Mana syed ni dapat duit 8juta utk selesaikan kes dia ah.terfikir sejenak. Ish3x banyak sungguh duit depa noh.

Anonymous said...

Alahai.. Ada ustaz yg minum nescafe dlm cawan mcD naik keta ferrari + superbike takde kesah pun. Yg penting dpt rezeki halal.

Anonymous said...

itu je beruk. tak da hujah

Anonymous said...

Beruk akhir zaman itu ju yg mampu diluahkn...