Friday, November 30, 2012

DEEPAK DEDAH LAGI!!! Kali ini Ketua Wanita UMNO Selangor yang terselak kain......


Deepak gesa Ropiaah letak jawatan senator untuk selamatkan Umno

Peniaga kontroversi Deepak Jaikishan menggesa Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Umno daripada malu dengan kes penipuannya.

“Untuk selamatkan Umno, saya gesa beliau untuk meletak jawatan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Beliau (gambar) menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja, dimana kesnya didengar semalam.
 
Beliau menamakan Awan Megah bersama dengan Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Developement Sdn Bhd dalam dakwaan beliau mengenai tuduhan menipunya berjuta ringgit dalam perjanjian pembelian tanah itu.

Deepak, 40, menjalankan perniagaan penjualan permaidani, berkata bahawa beliau bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah pada 2007 dengan harga RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah dari Raja Ropiaah, yang menerima kontrak penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Tetapi ketua wanita Umno Selangor itu dituduh menjual sebidang tanah dengan harga RM2 juta dalam bentuk wang tunai dan RM16 juta dalam bentuk overdraf untuk mempunyai “usahasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat membuat plastik, menyebabkan peniaga permaidani itu membuat laporan polis Julai lalu.

7 comments:

Amuraria said...

SAMA-SAMA MAHU KELENTONG KAA ?,SAPA MAIN SAPA BILA KES JADI HARU ? ABU !

Anonymous said...

Yes.. Artikel ke 8 pasal deepak dkt paspb. Mmg paspb dah kering isu. Lps ni ko cerita pulak pasal hobi deepak, waktu lapang dia suka buat apa. Then cerita pulak pasal makanan kegemaran dia. Mungkin dgn cars ni blh cecah 20 artikel pasal deepak

Anonymous said...

Wanita Umno yang dipilih pun cuma kaki sapu ke ?.

Anonymous said...

Patutlah segala persoalan yang diajukan kepada pemimpin Umno semuanya tidak dijawab, rupanya jantan betina mereka semuanya jenis tak bertanggung jawab.

Anonymous said...

ada sekor beruk umno dok pertahan pemimpin rasuah umno. tak sedar pemimpin umno juga yang hantar deepak buat orang kepada najib.

kalau tak ada pemimpin umno dibelakang deepak, mana deepak nak berani.

jika tak ada cover dah ke dalam deepak dengan pelbagai tuduhan ciptaan umno. beruk umno apa tau

Dukun Asmara said...

Ini kes berat !, bagaimana pun jangan lupa tuhan.

Jika ianya di anggap musibah baca doa orang yang ditimpa musibah seperti di bawah ini.

Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan kifarat (balasan) Allah SWT atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah tersebut adalah sebagai penghapus dosa-dosa selama ia tidak melakukan perbuatan syirik dan dosa besar lainnya sehingga ia akan menghadap Allah SWT dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan syurga oleh Allah SWT.

Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupa kesyirikan, kezaliman terhadap sesamanya, atau kezaliman terhadap dirinya, maka ia akan mendapatkan rasa aman pada hari kiamat dan petunjuk di dunia dan akhirat. (Fathul Majid, tanpa tahqiq.

Lalu bagaimana agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik? Pertanyaan ini telah dijawab oleh Allah SWT dalam al-Quran:

"Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan:"inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan salawat (pujian) dan rahmah. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS Al-Baqarah 156-157)

Sumber: http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/12/01/doa-ditimpa-musibah/

Anonymous said...

Peluru makan tuan