Monday, November 19, 2012

HUKUM TETAP HUKUM!!! Boleh murtad jika perlekeh Islam , yang UMNO dok terasa kenapa?


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

"Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.

Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Sumber :-
http://www.facebook.com/pas.selangor

15 comments:

Anonymous said...

Fatwa tok guru berlandaskan apa? Serta kan sekali dalil daru al-quran dan sunnah sekiranya tok guru berada di pihak yg benar.

Anonymous said...

Jikalau fatwa tok guru diguna pakai, presiden pas jugak jatuh murtad krn menolak Islam dan memilih kebajikan. Hudud pun dah gugur dari perjuangan. So.. Blh terima je fatwa ni?

Anonymous said...

Aku rasa bukannya umno terasa, tapi umno ingin menyelamatkan ahli pas dari terpengaruh dgn fatwa sesat. Mufti perak harussani juga mengatakan fatwa tok guru salah dan beliau menegur dgn bahasa yg lembut. hilangkanlah dendam di hati mu wahai tok guru dan ikutlah ajaran Rasulullah mengenai adab sesama saudara Islam. Semoga tok guru menerima kebenaran

Jkkk Utara said...

Isu murtad ni byk diceritakan dan dihuraikan scara terperinci dlm kitab2 agama.boleh cari di kdai2 sbg rujukan dan rujuk ustaz2 yg arif utk huraian lebih terperinci.kepada anon2 PAS,PAKATAN,UMNO,BERKECUALI,dan diri saya sendiri selaku penyokong PAS,tak perlulah kita bertikam lidah mengatakan si polan itu murtad,si polan itu murtad.kita fahami apa itu murtad,bagaimana boleh murtad.kita sendiri kadang2 tanpa sdar melakukan perkara yg boleh membawa kepada murtad.contohnya berpura-pura mengaku bukan org islam,bermain dgn hukum islam sbg jenaka,apatah lg meragui rukun2 islam.muhasabah diri kita,sebelum kita menghentam org lain hanya kerana perbezaan politik.

Anonymous said...

Islam=kita terima semua sekali yg diperintahkan Allah pd kita.

Murtad=kita x terima semua sekali yg diperintahkan Allah pd kita dengan menolak semua/beberapa/salah satu drp perintah itu.

Umno menolak hudud dan meraikan video lucah...ini semua termasuk menolak perintah Allah swt.Adakah masih Islam? Jgn letakkan matlamat menghalalkan cara utk terus kekal Umno.

Kalau bertuhankan Allah..bertuhankan Allah tp kalau bertuhankan matlamat utk dptkn habuan..sampai membuang perintah Allah..tggulah azab di akhirat kelak.

Anonymous said...

..Kalau dah jadi balaci dan kuli Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali ini payah nak berubah lagi dah..betul-betul mereka ini lembu...lepas itu nak orang lain, jadi lembu macam dia,payah-lah..Orang Melayu dan Rakyat Malaysia dah benci dan Menlakhanatkan Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali, kerana memlembu-kan Rakyat-nya se-diri ..ada paham-ka Lembu BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali..??

Anonymous said...

Respect betul aku dgn ko jkkk utara. Kalau ramai org pas mcm ko, insyallah perpaduan umno dan pas dpt menjadi kenyataan.

Anonymous said...

..Kalau dah jadi balaci dan kuli Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali ini, payah-lah kalau nak berubah lagi..betul-betul mereka ini suka jadi lembu...lepas itu nak orang lain, jadi lembu macam dia juga,tak payah-lah kawan !..Orang Melayu dan Rakyat Malaysia ini dah benci dan Menlakhanatkan Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali, kerana memlembu-kan Rakyat-nya se-diri ..ada paham-ka Lembu-Lembu BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali..??

Anonymous said...

Rasugam, Islam tidak mengajar melemparkan bahasa kesat. Agama Islam adalah agama kedamaian dan keharmonian. Buanglah buruk sangka dan dendam. Sekiranya ada pemimpin pas yg mengajarkan caci maki, maka perbuatan mrk jauh menyimpang dari Islam dan hendaklah kamu jauhi. Bertaubatlah dan kembalilah kpd akhlak Islam.

Anonymous said...

org yg takut jer...yg bising nie...kalu awak tak termasuk...wat aper takut.....pecacai UMNO/BN nie....kalu aku panggil kau beruk...sedangkan kau lembu....wat aper kau menyahut......hihihihi

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

NIK AZIZ SAJER JER. NAMA DIA TENGGELAM MASA MUKTAMAR, KENA BUAT SESUATULAH UNTUK HIDUPKAN NAMA DIA BALIK..

BIASALAH ORANG TUA, NAK PERHATIAN...

Anonymous said...

..ada-kan menlembu-kan Rakyat sediri oleh Ketua-Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali itu mendamaikan dan menhamoniankan Rakyat Malaysia yg di-ajar oleh Islam BN/Umno itu ke..kesihan balaci dan kuli ,lembu-lembu Pemimpin-Pemimpin Bn/UMNO al-Syaitan yg di-kenali..sunggu-sunggu kesihan..nak mengata mereka -pun kena berkata baik-baik belaka..yg selama ini dia lembu-kan rakyat Malaysia tak apa..kerana dia Pemimpin-pemimpin BN/Umno al-Syaitan yg di-kenali ada hak..Rakyat Malaysia yg kena di-Lembu-kan tiada hak ,ini-lah ajaran agama Islam Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali..Penipu,Penyamun,Perbunuh,dengki,busuh hati,khianat,Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali dan Pemimpin zonis yahudi di-Israel sama sahaja peragai-nya..ko balaci dan kuli Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali sama juga peragai-nya dengan Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan juga ke../??

Anonymous said...

..Pemimpin-Pemimpin zionist yahudi Israel dan Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-syaitan yg di-kenali sama sahaja Peragai-nya,sama-sama suka menlembu-kan sesama manusia..dan juga sama peragai-nya Menipu,Penipu,Perompak,Penyamun,Penbunuh di-Memali,busuh hati,Khianat,...Jahanam -lah Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali dan Pemimpin-Pemimpin zionist yahudi Israel handan-nya..Amiiiiin

Anonymous said...

Nama Nik Aziz tidak pernah tenggelam..dia xperlukan perhatian..nama beliau dh sememangnya dikenali di dalam dunia Islam..Harunsani..ulama belaan umgok sendiri pun xpernah diiktiraf di dalam dunia Islam...Fatwa tok guru berlandaskan apa..beliau sudah pasti ada nas dan dalilnya..yg pasti pemimpin2 umno lngsng tidak merujuk Al-Quran apabila mengatakan dan berbuat sesuatu..sdgkan najis mughallazah pun xkenal...jgn pula nk berbicara ttg perkara lain

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

DIKENALI DALAM DUNIA ISLAM ?

YER..YER..DUNIA ISLAM MALAYSIA...