Wednesday, November 7, 2012

NAJIB MAKIN PANAS!!! BN tinggal 110 hari lagi sahaja untuk berkuasa

http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/c0.0.403.403/p403x403/46476_430556430340892_1441843075_n.jpgPastinya, khabar ini menggerunkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi inilah hakikat pahit yang mesti ditelan perdana menteri sekarang, Najib .

Jika mengikut tarikh pembubaran parlimen ke-11 dahulu, iaitu pada 24 Februari 2008, BN kini hanya ada 110 hari sahaja lagi untuk memerintah Malaysia.


Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tarikh tersebut sudah semestinya terkenangkan saat-saat bersejarah itu yang mengejutkan semua rakyat negara ini padahal sehari sebelumnya dia menafikan desas-desus bahawa parlimen akan dibubarkan.


Ternyata, Pak Lah bijak memperdaya rakyat Malaysia tetapi kurang bijak jika diukur dengan keputusannya.


Semuanya gara-gara kajian yang dilakukan Merdeka Center yang memberi rating 72 peratus kepada kepimpinan dan popularitinya yang membuatkan Pak Lah 'tersilau' dengan keyakinan palsu semata-mata.


Tanpa merujuk statistik sumber risikan polis dan tentera seperti kebiasaannya, Pak Lah dengan penuh yakin merasakan BN boleh terus mengekalkan majoriti dua pertiga yang dinikmatinya sejak merdeka 49 tahun lalu ketika itu.


Rupanya, semua ramalan tersebut palsu belaka.


BN tumbang di empat negeri selain gagal merampas Kelantan dari tangan PAS, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini lubuk Pakatan Rakyat.


Buat pertama kali dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dan menyapu 82 kerusi parlimen, meninggalkan BN cuma 140 dan hanya diselamatkan dari tsunami politik dengan kemenangan di Sabah dan Sarawak.


Sejak itu, lanskap politik Malaysia berubah 180 darjah.


Tiada lagi suara bingit ahli parlimen MCA, MIC dan Gerakan kerana lebih 90 peratus calonnya termasuk presiden MIC, Samy Vellu dan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik tumbang di kawasan masing-masing.


Pak Lah cemas, hinggakan sidang media yang biasanya berlangsung lebih setengah jam cuma berlangsung tak sampai lima minit di sisi Najib Altantuya yang ketika itu timbalannya yang menang besar di Pekan.


Umno panik, kerana banyak juga menteri dan timbalan menteri tumbang kebanyakkannya di Kedah dan Perak serta di Selangor hingga memaksa rombakan kabinet dibuat bagi mengisi portfolio yang sudah kosong.


Di Sabah pula, dua hari sebelum perayaan Hari Malaysia, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar BN dan dua ahli parlimennya di Tawau dan Sepanggar menjadi ahli parlimen bebas di dewan rakyat.


Daripada 140, kini BN tinggal 138 kerusi (tidak termasuk kerusi yang dimenangi di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil April 2009).


Pakatan Rakyat pula semakin mara dengan melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan apa sahaja maklumat hinggakan Pak Lah lemas dalam tekanan dan akhirnya terpaksa menyerah kalah pada 6 April 2009.


Walaupun Perak berjaya dirampas dengan taktik kotor Najib, ia sebenarnya menambah kemarahan rakyat negeri itu setelah tiga ADUN Pakatan Rakyat dibeli dan keluar lalu menjadi ADUN mesra-BN.


Setakat artikel ini ditulis, BN sudah mula gusar ekoran khabar bahawa beberapa lagi pemimpin BN di Sabah akan keluar dan menjadi ahli parlimen Bebas.


Najib sendiri sudah enam kali terbang ke negeri itu sejak awal tahun ini, petanda BN negeri kini cemas menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat setiap kali Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan lawatan menjelajah hampir seluruh pelusuk daerah di negeri termiskin di Malaysia itu.


Daripada 25 kerusi yang ditawarkan, Pakatan Rakyat kini berpeluang memenangi lebih daripada 12 kerusi sekaligus mencerahkan peluang untuk berkuasa di Putrajaya selepas pilihanraya umum kelak.


Najib kini menghitung hari memikirkan bagaimana BN boleh berkuasa semula di saat Pakatan Rakyat semakin menerobos ke kawasan luar bandar dan tanah rancangan FELDA memberi penerangan kepada rakyat bahawa BN sudah tidak lagi relevan memerintah Malaysia.


Justeru, 110 hari lagi yang berbaki pasti akan menjadi medan pertempuran paling sengit pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.


Pak Lah pula barangkai belum kebah dari 'demam tsunami' hingga pernah menyatakan hasrat berundur dari Kepala Batas tidak lama lagi!


110 hari, dan masa semakin mencemburui BN dan Najib !


JALAN PULANG

21 comments:

Anonymous said...

Kesian paspb. Blog pas, tapi dkt gambar satu bendera pas pun takde. Yg ada hanya bendera pkr? Jadi kuli lagi.

Anonymous said...

Paspb Heeheeeeeee

lijitra said...

bendera apa pun tak pa janji PR.

Anonymous said...

Bendera apa pun takpa, janji pas ialah kuli dan paspb ialah khadam pakatan

Anonymous said...

kesian pencacai umngok..terasa sangat dgn artikel PASPB...Sampaikan takde hujah lain nak kondem..kah3x....kami paham peel penyokong parti nyawa2 ikan umno ni..heh heh heh..

Anonymous said...

dah beruk, camtu la komen. dapat la upah sikit dari umno. satu komen seringit. setiap post kena sekurang2nya 3 komen

Anonymous said...

Umngok..psl bendera pon nk jd hal..x de modal la tu

Anonymous said...

Heran jugak. Pas kibarkan bendera dap dan pkr, tapi pkr dan dap jgn haraplah nak kibarkan bendera pas. Malu takde standard parti pas ni

Anonymous said...

Beruk amno lagi teruk, Islam kena hina depan2 pun boleh buat semyum lembu. Lepas tu siap bagi duit..Haram jadah...

Unknown said...

pas ke....PKR ke...dap ke....oklah tu...abu.....asal bukan umno

rakab said...

Degupan jantung pemimpin Pas semakin kencang menjelang PRU13. Penguasaan mereka sebagai kerajaan negeri di Kelantan dan kedah bakal berakhir. Kerusi-kerusi parlimen dan dun milik mereka bakal bertukar tangan kepada Umno.

Sokongan melayu kepada Pas semakin merudum !! Pas yang dikuasai puak Anwarinas tidak lagi menjadikan Islam sebagai perjuangan utama mereka.

Golongan ulamak Pas sendiri diperlekehkan apatah lagi ulamak yang tidak bersama mereka. Pas tidak boleh diharapkan lagi untuk membela kesucian agama Islam.

Apabila Nurul Izzah menyatakan tentang kesamarataan dalam beragama dalam majlis anjuran kristian, Mujahid Yusuf yang turut menjadi panelis langsung tidak mampu memperbetulkan kesalahan Nurul Izzah itu. Beliau hanya tunduk dan mendiamkan diri sahaja.

Orang melayu sudah hilang kepercayaan kepada Pas !!

rakab said...

Pas dan PKR hanya tinggal 110 hari saja lagi lagi berkuasa di Kelantan, Kedah dan Selangor.

Keresahan mereka tidak mampu lagi disembunyikan..

Anonymous said...

ko syiok sendiri la rakab, beruk umno.

rakab said...

Nik Abduh membidas keceluparan Nurul Izzah tetapi Khalid Samad mempertahankannya.

Kecelaruan Pas berterusan...



Anonymous said...

rakab merangkap anak setan peliharaan dato setan yg bernama mahadir yg berotakkan lembu peliharaan ijat..ko p tgk balik keseluruhan video yg nurul izzah cite tu..betul per dia ckp..tiada paksaan dalam agama..dia pun dh ckp.kita sebagai org Islam mesti patuh pada syariat dan hukum Islam seperti warganegara yg perlu patuh pada Undang2 negara tersebut...bukan seperti menteri agama korg yg meluluskan begitu byk permohonan murtad..kami tidak perlu kepercayaan dari org melayu..sbb melayu tidak akan bw kita kemana2...biar berpegang kpd agama...xkesah bangsa&agama yg duk dibawahnya pasti aman dan sejahtera...bg komen lain kali jgn guna nafsu setan korg yg berotakkan lembu itu..bg lar komen yg berilmu skit..p belajar agama dulu br dtg cita kt sini

Anonymous said...

Keh.. Keh.. Org pas lutut sudah ketar.. Kesian..

Anonymous said...

Org pas ni kalau komen mesti beremosi. Tarik nafas dlm2.. Lps tu selawat banyak2. Then barulah komen. Jangan lupa baca bismillah.

Anonymous said...


BN..ibaratkan jasad tanpa roh..hanya menunggu saat untuk ditalqin kan..

Anonymous said...

Paspb HeHeeeeeee

rakab said...

anon 00.41,

Kenyataan Nurul Izzah 'tiada paksaan dalam beragama' di gereja tempoh hari telah ditafsirkan secara salah olehnya. Petikan ayat 256 dari surah Al Baqarah itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam sahaja.

Kenyataan tentang 'orang Islam mesti patuh pada syariat' hanyalah merupakan pembetulan yang dibuat oleh Nurul Izzah setelah teruk dibelasah oleh segenap lapisan umat Islam.

Yang dipertikaikan adalah ucapannya ketika forum itu !

Anonymous said...

ko spin je rakab mcm utusan