Tuesday, November 27, 2012

PANAS!!! Siapa dalang di belakang pendedahan Deepak Jaikishan?


Sebenarnya, kita tidak perlu memerah otak mencari maksud dan punca mengapa seorang penjual permaidani yang satu ketika dulu rapat dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, mengubah haluan 180 darjah mendedahkan apa yang terbuku di hatinya selama lebih enam tahun.

Deepak Jaikishan yang cuma berniaga diancam lebih 50 penguat kuasa atas arahan Umno hanya setelah tidak mahu lagi terlibat dalam konspirasi besar menyembunyikan misteri di sebalik pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 19 Oktober 2006.

Mungkin ada yang tertanya, mengapa sekarang?



Mengapa tidak berani hendak menyatakan kebenaran yang selama ini disimpan 'kemas' oleh rejim Umno dan Barisan Nasional (BN) pada ketika kematian Altantuya menjadi bahan bualan seluruh dunia disebabkan mendiang pernah menjadi penterjemah kepada pembelian kapal selam Scorpene yang kini disiasat pihak kehakiman Perancis?


Berlainan dengan seorang lagi iaitu P Balasubramaniam yang kini melarikan diri ke India bersama keluarganya, Deepak tidak sampai berbuat begitu lantaran perniagaan keluarga yang sudah diusahakan sejak lebih 12 tahun lalu tidak boleh ditutup begitu sahaja.


Tetapi ada persamaan di antara kedua-dua mereka, mendedahkan satu persatu skandal kematian Altantuya di saat seluruh negara tertumpu kepada perhimpunan agung Umno (PAU) yang kebetulan dirasmikan oleh manusia yang sama yang pernah ada hubungan dengan mereka sebelum ini.


Timbul pula satu lagi persoalan, siapakah yang berani memberi arahan kepada Deepak untuk menyatakan pendiriannya di tiga buah laman web yang condong kepada Pakatan Rakyat jika tidak datangnya dari pemimpin atasan Umno sendiri yang beriya-iya mahu menyingkirkan Najib secepat mungkin?


Apakah keadaan ini disengajakan atau sebaliknya, itu yang menjadi antara penyebab mengapa Deepak memberanikan diri keluar dari zon selesanya bagi menjelaskan perkara sebenar di sebalik kaitannya dengan Rosmah yang ketika itu dianggapnya sebagai 'kakak angkat' dan rakan karib perniagaannya.


Walaupun Deepak barangkali mahu membersihkan noda yang tersimpan sejak 2006 yang mengaitkan namanya dengan akuan bersumpah (Statutory Decleration - SD) yang dibuat Bala kali pertama dan kedua, namun ia tidak boleh mengubah hakikat bahawa dirinya turut bersekongkol dengan Rosmah yang dikatakan mengarahkan dua orang anggota polis supaya menghapuskan Altantuya di hutan berhampiran Puncak Alam, Selangor.


Tidak keterlaluan jika boleh disimpulkan bahawa kekuatan Deepak datangnya dari musuh-musuh Najib sendiri yang kini menunggu saat dan ketika paling sesuai untuk menamatkan karier politiknya dengan cara penuh terhina.


Dan kenyataan yang dibuat peguam Suaram, Apolline Cagnat semasa sesi taklimat berkaitan perkembangan terbaru skandal Scorpene di Singapura semalam yang mengatakan tiada kekebalan diberikan kepada Najib walaupun sebagai ketua negara, dan tidak boleh mengatasi kuasa mahkamah jenayah, seolah-olah pintu keluar kepada Najib berkuasa lebih tiga tahun setengah sebagai manusia paling berkuasa di Malaysia.


JALAN PULANG

7 comments:

Amuraria said...

HANG JAWAB MAI ! ABU !

wulfgar said...

Pakat jawab lekaih!!! Hahahahaha

Anonymous said...

Allah maha mengetahui segala2 nya allah mengatur sesiapa saja utk menyatakan samada perkara itu benar atau tidak sebagai hamba kita wajib beriman dgn perkara itu,

Anonymous said...

mana geng umnogok ni tk mau komen ka..jilat la lgi tok ketua hampa tu

insafdoh67 said...

Senak r tu. Xleh nk ckp. Jd bisu

Anonymous said...

Anwar suruh BEDAL saja. fitnah pun fitnah lah.. bila masa org melayu boleh caya ular ni pulak? deepak.. Melayu jgn jadi bodoh...

Anonymous said...

Tengok muka deepak dah tau dah..part of anwar conspiracy...LIAR LIAR..