Tuesday, November 13, 2012

PECAH BERITA!!! Dr. Juanda letak jawatan?



Kenyataan Media
14 November 2012
 
Penyelewengan Baitulmal: Dr Juanda Letak Jawatan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis telah mendapat berita dari sumber yang dipercayai bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal.
SAMM Perlis juga difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.

Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan. 

Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi?SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah.

Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan mengikut hukum Islam. 

Bagi anak muda SAMM Perlis, menyalah-guna wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat keterlaluan dan wajib disiasat.

Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti sendiri pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk berkompromi sehingga meletakkan jawatan.  
 
SAMM Perlis memuji tindakkan Dr Juanda Jaya yang mengelak untuk bersubahat, namun menggesa Mufti Perlis membuat aduan agar wang zakat negeri Perlis selamat diagih kepada yang sepatutnya.
  Baitulmal sebagai agensi di bawah MAIPs, justeru Kerajaan Negeri Perlis tidak dapat lari dari menjawab dakwaan penyelewengan wang zakat ini. 

Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis
0194342244
Abunasrullah@gmail.com

11 comments:

Anonymous said...

sampai mufti pun korang nak fitnah? bertaubatlah blogger paspb, dikhuatiri fitnah kamu terhadap mufti menjadi sebab kamu diseksa diakhirat kelak.

Anonymous said...

kenapa paspb fitnah mufti, tapi tak pernah memfitnah paderi? mari kita fikir-fikirkan.

Anonymous said...

bila masa paspb ftnah mufti.isu lani sbb penyelewengan duit zakat.buat apa nak fitnah2.paderi mana pulak yg hang nk suruh fitnah?hang dgn fitnah memang sinonim sungguh la.tak dak isu,nk cari isu.jgn smpai sbb fitnah hang,neraka jahanam tempatnya nanti

Anonymous said...

entah apa-apa isu yg paspb ketengahkan ni pun..dari tajuk saja dah tau cerita ni cuma khabar2 angin jer..pasal tu siap letak tanda soal (?) kat tajuk tu..maknanya penulis skrip posting ni pun tak confident dengan kebenaran cerita ni..tapi bagi orang gila politik yg nak kuasa, cerita was-was macam ni pun depa published..depa was2 takpa, janji samdol-samdol penyokong depa percaya abih..

Sudah2 lah pas..bila hangpa bersekutu dengan parti anwar ibrahim & dap, hilang agenda asli pas..kalau la tok guru-tok guru pelopor pas tengok cara hangpa ni, mau menitik air mata depa..manakan tak, nilai2 pas yg berkiblatkan kesucian ajaran agama puak2 pas baru ni rosakkan..

Nak membebel panjang pun rasanya hangpa dah faham..kat ceramah pas bab menghindar dari benda was2 ni mesti penceramah yg bergelar ulama dlm pas sebut perkara ni..
Masalah dalam pas la ni, hawa nafsu politik 'cara baru' ni telah menguasai bukan saja pemimpin atas (lebih spesifik lagi, yg bukan bergelar ulama) malah pengikut peringkat kasta paria di bawah pun larut sama dalam nafsu politik tak dak peraturan ni..
Pada moderator ..pilih-pilih la sama tajuk yang ada kualiti untuk tujuan published kat blog ni..

DDBT

Anonymous said...

panjangnya huraian DDBT.tima kasih la dgn huraian tu.yg baik,jadikan tauladan.tp ksimpulannya nk bgtau tjuk dlm paspb tak dak kualiti.oleh itu,dgn rs rendah dirinya,sbgai slh sorang penyokong PAS dan aktif membaca dan komen dlm blog nk psan la,DAH TAU TAK DAK KUALITI,TAK PAYAH LA MASUK BLOQ NI.sekian,tima kasih

Anonymous said...

Standard lah tu ddbt. Paspb ni taraf khadam je, paria kasta plg rendah.. He.. He.. I like!

matta merah said...

Ape la bodoh tahap maharaja ko ni..ko faham ke kenyataan media tu ape?bila masa plak paspb yg buat..aduhai.....x abes2 dgb bdoh ko..cuba la sekali or dua kali tu jd cerdik pandai skit....sekurang2 bangga ckit ibu yg mengandung tu....

Anonymous said...

Matta Merah,
Kenapalah sampai mak-bapak hang nak kait dik..sebagai renungan, tu tandanya hang dah hilang rasional atau bahasa mudahnya, hilang akal..

Memang bukan paspb yang buat tapi paspb yang tolong sebarkan cerita2 Solidari Anak Muda hilang akal tu..puak belaan anwar ibrahim ni..hangpa tak payah nafikan la..depa ni jugaklah yg buat cerita cincin berlian puluh2 juta Rosmah dulu..ermm..juta-juta rupiah kot SAMM?.

Saudara matta merahdol,
Hang nak kata aku 'bodoh' ke apa pun aku tak kisah..Mat Sabu pun gelar anwar 'al-juburi'..tapi takdak lah sampai dia kait dengan mak bapak anwar..tu dulu laaa..tak tau kot2 ajaran 'pas baru' ni boleh umpat keji sampai mak bapak tok nenek la pulak..janji puashati..ermm..memang haru

DDBT

Anonymous said...

Alahai encik ddbt ni...pandai sangat letew nk bg huraian..skolah x habis dah lagak mcm dewasa..baru hbis baca utusan sehelai dah rasa dri mcm ilmuan..haha..aptb!

Anonymous said...

DDBT tu Dog Donkey Bahlol Tolol

Anonymous said...

longchamp pas cher dtcvts gnmwda sac longchamp rusyox ivjomd sac longchamp pas cher lmvvcd http://www.coachoutlet-2013.net
louis vuitton sac jyaeau sac louis vuitton iowqcc louis vuitton lrcgkt http://www.coachoutlet-2013.net