Wednesday, November 28, 2012

PENANGAN DEEPAK !!!! Projek mega cah keting dalam UMNO


KUALA LUMPUR: Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu"

"Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'.
"Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Deepak juga akan melakukan u-turn seperti yang berlaku dalam Akuan Bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam dahulu, Mohamad berkata kemungkinan itu tidak boleh ditolak kerana Najib mungkin akan menggunakan segalanya kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam keadaan terdesak ini.

"(Isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor) juga tak mungkin duduk sahaja dan berdiam diri dalam keadaan sekarang.

"Semua orang tahu dialah yang paling berkuasa sehingga didakwa di sana-sini bahawa (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pun takut kepadanya.

"Dengan kuasanya yang katanya begitu hebat itu, tentu Rosmah akan buat sesuatu," kata Mohamad (gambar).

Tetapi, kata Mohamad, sama seperti kes Balasubramaniam dahulu di mana orang hanya percaya kepada SDnya yang pertama sahaja.

Mengulas lanjut mengenai apa yang disifatkannya sebagai "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," beliau berkata, semua mata kini memandang ke arah Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Setakat itu sahaja saya diberitahu, semua mata memandang ke arah Dr Mahathir dan Muhyiddin bila Deepak membuat pendedahan demi pendedahan yang menyusahkan Najib," kata Mohamad.

Antara lain, Deepak mendedahkan bahawa SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

15 comments:

Anonymous said...

Bahalolnye la Mat Sabu ni..... Woi PAS buktikan la hubungan Deepak ngan Najib/Rosmah.

Anonymous said...

Paspb ni takde idea ke? 7 artikel dkt sini cerita pasal deepak je? Pemikiran kene kritis, ilmu kene luas. Mesti bnyk membaca. Ni asyik ulang citer yg sama je. Borrriiinnnggg... Rasa muak pulak.

rakab said...

Mana ada bukti bro,...cuma cakap merapu macam ceramah mat sabu jugak !!

muahahahaaa,....pakatan syok sendiri !!

Anonymous said...

Memalukan betul blogger paspb ni, asyik ulang2 cerita sama. Kalau tgh takde idea nak kutuk umno/bn, masa nilah nak bodek anwarinas dan dap. Nanti barulah nak naik pangkat senang sikit..

Anonymous said...

beruk umno sampah dah tak tahan , Najib dah berlemuih cirit kerana Deepak. Beruk ni tolong cuci kah kah kah

rakab said...

Ini semua isu jadi-jadian yang direka oleh puak Pakatan dengan harapan dapat mengalihkan perhatian umum daripada Perhimpunan Agong Umno yang sedang berlangsung.

Anonymous said...

Baik la Mat Maslan kata beruk ni sampah. dah la sekog dok meroyan kat sini

Anonymous said...

Deepak tak kan berani kalau bukan ada ORANG BESAR UMNO di belakangnya. memang UMNO suka sembelih kawan sendiri

Anonymous said...

Syok sendiri ke syok beramai ramai ke..yang pasti..UMNO BN bakal tungging. Korang tengok la nanti nasib Pak tiri hangpa si Haji Najib Monggol al Antantuya tu ! Tengok muka pak tiri hangpa tu dalam Perhimpunan Agung aprti syaitan dikenali tu..dah moyok..dah tampak resah..dah nampak tension...Mama Badak hangpa pun sama jer...dah hilang seri...dah terjengol rupa Mak tiri sebenar...ha ha ha. Kalau dah bergelumang dengan syaitan..dan berumah tangga dengan syaitan..itulah jadinya ! Ha ha ha...Dulu, Kini dan Selamanya...perangai syaitan dok melekat tak tanggal tanggal. Terima kasih Tun Kutty Madir Mandeliar atas pengakuan UMNO sebsgai parti syaitan... adakah PAU itu perhimpunan agung para syaitan ???.

Siti Adaniah Sarimin said...

Hairan dengan semua komen disini. Satu suka komen provokasi tapi anehnya suka baca. Blog lain tak komen ke? Satu lagi jenis telinga nipis, kena komen terus keluar ayat ayat maki... Dua-dua jenis taksub tak bertempat. Lebih bagus semua rasional. Jangan sokong melulu.

Anonymous said...

Jangan hairan siti..dorg ni bukan nye taksub, atau sokong melulu..tp fakta yg lebih tepat, dorg ni dibayar gaji untuk mengkomen dan memutar belit kan cerita..kalau memaki hamun xtentu pasal + cerita2 lucah, mereka akan dapat bonus pulak..jenis org mcm ni, yg ckp tanpa berfikir panjang, mmg xkenal erti dosa, hidup kt dunia ni lebih tenang n gembira lepas membuat dosa. Sekian~

Anonymous said...

Tgk si rakab tu, ternasuk anon2 yg same, kan dorg tu 24j kt sini..mmg keje dorg duk hentam melulu je..tanpa berfikir panjang dgn menggunakan otak dan akal..sia2 je allah kurnia kn, lebih baik bg kt lembu..

insafdoh67 said...

Memang betul bnyok komen bodo je. Hujah dan jawab. Bru sdap kta debat. Ni main kutuk je. Tngk fakta kta hujah. Hidup ABu

Anonymous said...

Syabas PASPB...teruskan menghasut biar geng-geng rakab terus jadi sewel.

Anonymous said...

Paspb ni takde idea ke?...kat sini asyik penuh ngan komen bodoh beruk2 UMNO/BN jer......boring betul....hihihihihi