Tuesday, November 6, 2012

TERKINI!!! Polis Malaysia lanyak tahan sampai koma





Pagi ini penulis membaca portal berita dari myMETRO kisah seorang tahanan polis IPD kuching,koma akibat dibelasah pegawai penyiasat.Ia membuatkan Penulis terfikir sejenak apa rasionalnya pembuatan polis itu???kenapa polis bertindak sedemikian atau adakah pegawai polis ini menghadapi tekanan perasan dan jiwa ketika bertugas.


myMetro melaporkan Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching,direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.



Apakah Standard of prosendur(SOP) yang diguna pakai oleh pegawai polis ini hingga tidak dipantau oleh pihak atasan??Ia amat memalukan dan jatuh integriti pasukan polis.Dalam Isu salahlaku pegawai polis telah banyak dilaporkan didalam media..Buat onar sana-sini sudah menjadi kebiasan mendengarnya.Baru Beberapa bulan lepas disebuah hotel,dibelasahnya budak hotel dengan pistol,yang melakukannya berpangkat inspector kerana marah dengan harga ais krim yang nak beliau beli...Berapa rendahnya mentaliti pegawai polis kalau benar apa yang didakwa.


UMUM mengetahui artika kerja pegawai polis amat buruk dan teruk,ada sebahagiannya langsung tidak ada toleransi dan tidak boleh ditegur kononya apa yang mereka lakukan betul belaka.Motto yang tertera kat setiap balai ...'ADIL,TEGAS DAN BERHEMAH"hanya semata-mata lebih sebagai hiasan dan Retorik.Masalah juga timbul sekiranya tiada teguran maka perangai naik toncang dan lemak...Mesti ada check and balance!!


Sahabat penulis seorang pegawai polis pernah memberitahu penulis,katanya kerja polis tension teramat sangat taraf gaban,jadi memang ler mcm itu!!!!jawapan penulis pada beliau,kalau tak nak tension cari kerja lain lah...tension macam mana pun bukan kerajaan tak beri gaji,lagipun polis lah yang banyak mendapat perlarasan dan kenaikkan gaji sekarang ini dan juga banyak mendapat pengiktirafan....itu jawapan penulis pada beliau tetapi ia hanyalah dalam kotak pemikiran penulis sahaja kerana penulis faham bahawa penulis hanya nampak diluar perkerjaan mereka dan tidak  merasainya dalam perkhidmatan seperti mereka.


Itu bukan alasannya...sebenarnya niat nak kerja dengan ikhlas itu tak ada???niat sejak awal-awal lagi dah menyimpang...maka hasilnya beginilah???


Berbalik kepada kes tadi,Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.


“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Diharap pihak polis segera mengambil tindakan atas pembuatan yang dilakukan untuk mengembalikan maruah dan integriti pasukan.Cadangan kepada pihak pengurusan PDRM sekiranya merekrut pegawai baru,salah satu daripada kritirianya adalah wajib melalui pemeriksaan mental....


Ingat polis adalah milik rakyat dan duit rakyat digunakkan untuk membayar gaji pasukan polis.Rakyat juga berhak untuk dilayan sama rata dan mahu keadilan dilaksanakan dan Janganlah kes ini disapu bawah carpet...


abusiraj almuner

6 comments:

Unknown said...

tanya depa. mesti kata ini kes terpencil.. wakaka.

Unknown said...

A'kum

Dulu saya pernah menyuarakan kepada ayah angkat saya nak mohon jawatan Inspektor. Beliau juga adalah seorang Cif Inspektor ketika itu.

Jawapan dia " Ko jangan minta polis, biar abah sorang yang jadi polis. Ko tak tengok macam mana abah kerja?"

"Abah tak izinkan mana-mana anak abah jadi polis!" Itulah jawapan beliau

Anonymous said...

Sebelum ini aku memang hormat pada anggota polis tak kiralah masih bertugas atau sudah pencen. Tapi selepas tragedi perhimpunan Bersih 3.0 hormat aku pada polis langsung hilang malah timbul rasa benci dan dendam pulak.

Aku tak tuduh semua anggota polis bersikap biadap dan ganas tapi kerana dia polis maka perasaan negatif itu tetap meliputi semua termasuk Hishamuddin menteri KDN.

Membelasah orang yang disyaki terlibat dengan jenayah adalah tugas anggota polis mendapatkan maklumat. Tapi ada diantara anggota itu membelasah mangsa hanya kerana melepaskan geram kerana tekanan jiwa dalam tugas, masaalah rumahtangga dan dihantui pula dengan amaran tuntutan hutang.

Kalau kerajaan BN ini telus, pasti kita akan dapat siasat orang yang mendera simangsa itu adalah anggota polis yang sudah dikategori sebagai gila.



Anonymous said...

Polis dh didik dgn syaitan yg dikenali so.....x heran la kalo polis jd mcm tu...heeeheh

Anonymous said...

Respect aku dgn polis kita makin bertambah lps bersih hari tu. Ada ke patut, peserta bersih menjerit mcm org giler, belasah org awam + rosakkam kemudahan. Nasib baiklah ada polis tolong kawal org giler dkt situ

Anonymous said...

Aku da lame bengng ngn polis.asyik nk rasuah ja.ssh tul la