Tuesday, December 11, 2012

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN!!! Bikin Musa Aman dan Nazri Aziz panas





Berikutan pendedahan sebuah akuan bersumpah yang dibuat bekas ahli majlis tertinggi (MT) Umno, Lajim Ukin, kelmarin, delegasi KEADILAN akan sekali lagi ke Hong Kong bagi memberikan maklumat terbaru skandal rasuah RM40 juta yang dinafikan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di Dewan Rakyat, Oktober lalu.

Rafizi dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi memaklumkan mereka semua kini dalam perjalanan ke negara itu dengan penerbangan Air Asia tetapi penerbangan terlewat tiga jam dari jadual asal yang sepatutnya bertolak kira-kira jam 3 petang tadi.

Delegasi tersebut yang diketuai Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan disertai empat lagi pemimpin KEADILAN termasuk dari Sabah dijangka membekalkan bukti baru kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah bekas tanah jajahan Brtitsih itu (ICAC) berhubung kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan taikun balak Michael Chia.
Ia bagi menggesa badan itu membuka semula siasatan ke atas sumbangan wang tersebut kepada Umno Sabah.
Beberapa bukti itu termasuk salinan pemindahan wang akaun Chia dan transaksi urusniaga beberapa syarikatnya.
“Disertakan salinan pengesahan pemindahan wang ke akaun Chia pada 7 Jun 2005, 16 Jun 2005, 22 Februari 2006 dan 16 Mac 2006 melalui akaun HSBC beliau di Singapura.
“Setiap pemindahan jutaan ringgit itu dimasuk ke akaun Chia oleh pengusaha balak melalui konsesi yang dianugerah kerajaan Sabah kepada mereka,” kata Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurut Rafizi, bukti itu mengesahkan Chia bertindak sebagai orang tengah kepada individu tertentu bagi mengutip wang hasil konsesi balak yang dikeluarkan kerajaan Sabah.
“Mengikut Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969, kelulusan permit dan kutipan hasil dari pembalakan dikendalikan sepenuhnya kerajaan negeri tanpa melibatkan pihak lain atau ejen.
“Kutipan itu berkemungkinan rasuah bagi mendapatkan konsesi. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat individu yang mewakilkan taikun ini mengutip wang dari konsesi yang disalur ke akaun HSBCnya di Singapura,” katanya.
Rafizi turut mendedahkan slip pengesahan urusniaga melibatkan Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd, yang diguna Chia menyalur wang rasuah seperti akaunnya di HSBC Singapura.
Jelas beliau lagi, pemindahan US$277,975 pada 13 Februari 2007 misalnya, dibuat Multilink Star Pte. Ltd kepada Zenique Investments bagi pembayaran deposit konsesi pembalakan.
Katanya, dari semasa ke semasa, wang dari kedua-dua syarikat ini dipindah ke BVI milik Chia iaitu CTF International Ltd. Manakala pada 25 Mei 2007, Zenique Investments turut memindah AU$2,350 ke akaun Mohammed Hayssam Musa, anak kandung Musa Aman.
“Helah diguna sama iaitu mengumpul wang rasuah hasil dari konsesi balak yang dianugerah kerajaan Sabah melalui akaun di luar negara yang didaftar atas nama BVI yang penuh kerahsiaan,” kata Rafizi.

Sila klik pautan di bawah untuk melihat setiap dokumen yang akan diserahkan kepada ICAC esok:



146 comments:

Anonymous said...

Mahai...bukti sumer dh siap ad dlm ni...xtau lagi kalo org2 umno buta hati cuba pertahankan pemimpim celaka mcm umno...hahahaha

Anonymous said...

Syabas!!!! Tahniah untuk Rafizi and Team, keep up a good work Bro

insafdoh67 said...

Org gini bru sedap dgr boleh Datuk.. Cis... Ni Pelakun air mata Pau boleh... Malaysia Boleh.. Semua Boleh.. Boleh.Boleh.Boleh.. Kih.kih.kih.

Anonymous said...

Pelakon air mata dpt Datuk la gilo!! Ak pun nk gak r.. p jmpa najib, nangis bagai nk gila..trus dpt datuk..koman2 tan sri pun ok..haha

eica said...

Lajim ni sudah berapa kali tukar parti..sama ada kejar jawatan atau pun tidak tetap pendirian.

eica said...

Lajim pun mahu jadi terkenal juga nampaknya..tiba2 muncul dalam isu ini.

eica said...

apa pun, tuduhan yang tiada bukti tidak membawa apa-apa.

Anonymous said...

LAJIM khayal membaca arus perjalanan politik

Anonymous said...

Bagi dia, keputusan yang dibuatnya melalui politik, dianggapnya senantiasa menyebelahinya

Anonymous said...

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Datu Amir Kahar serta Tan Sri Kasitah Gadam menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Anonymous said...

"Janji" Anwar memberi "dana" untuk mendapatkan para wakil rakyat BN serta para pemimpin BN ternyata hanya tipu muslihat.

Anonymous said...

Kini Lajim sudah terpernagkap, no way back lagi. Sepatutnya sebelum Lajim menyertai Anwar, kena Tanya Pengalaman Dr Jeffery, semasa dalam Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Musa pula, tidak pernah memecat sesiapa. Malah apabila tercetus spekulasi, bahawa para pemimpin BN yang telah keluar, Musa membuat kenyataan terbuka, pintu pejabatnya senantiasa terbuka untuk berbincang, jika ada masalah

Anonymous said...

Keluarnya para pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol Mahap, Ibrahim Menudian dan Yahaya Lampong, kerana mempunyai sebab peribadi masing-masing.

Anonymous said...

Lajim keluar kerana mendapat tantangan daripada ahli/penyokong serta beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri.

Anonymous said...

Oleh kerana tantangan itu, maka Lajim dilaporkan bukan lagi winnable candidate. Berasaskan kepada keadaan itu, Lajim tidak akan dicalonkan lagi pada PRU-13

Anonymous said...

Selain itu, masalah permintaan projek yang berterusan oleh Lajim demi kepentingan poketnya, merupakan salah satu penyebab beliau keluar

Anonymous said...

Isu sekolah agama yang bernilai RM50 juta, yang dijanjikan Lajim kepada penyumbang dana, tidak pernah terealisasikan, kerana projek seumpama itu tidak pernah wujud

PGDK said...

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini menegaskan bahawa dia optimis bahawa Pakatan Haram akan mendapat 14 kerusi di Sabah rentetan dari insiden perletakan jawatan dua Ahli Parlimen negeri itu.

PGDK said...

Kononnya, kedua Ahli Parlimen BN Sabah yang bertukar haluan menyokong Pakatan Haram itu akan membuktikan bahawa gabungan pembangkang itu telah berjaya membolosi “peti deposit BN” di negeri kepulauan Borneo tersebut.

PGDK said...

Pemimpin “agama Pas” yang kononnya “pakar strategi” itu turut mendakwa tindakan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing keluar BN kononnya kejutan bukan kepalang dan amat menyeksakan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

PGDK said...

Peliknya, dakwaan “pakar strategi” itu tidak disertakan dengan sebarang kajian, penilaian fakta atau penyelidikan secara ilmiah. Tiba-tiba saja dia kata BN akan hilang 5 kerusi di Sabah hanya disebabkan oleh dua orang pengkhianat itu?

PGDK said...

Atas dasar apakah Dzulkefly membuat kenyataan tersebut? Jika setakat “cakap-cakap” di kalangan orang Sabah yang gila jawatan dan mengampu Pakatan Haram untuk dicalonkan pada PRU ke-13 ini, rasanya tak payah sebutlah

PGDK said...

Tak malukah seorang “pakar strategi” mengeluarkan satu kenyataan yang tidak disertakan dengan penyelidikan secara terperinci dan “accurate”?

PGDK said...

Apatah lagi kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin “agama Pas” yang kononnya tidak menipu dan tidak memutar belit fakta. Tidak berdosakah berbuat demikian di dalam hukum “agama Pas”?

PGDK said...

Sebelum ini Majlis Profesor Negara yang membuat kajian secara ilmiah, berfakta, terperinci dan berhati-hati telah menyimpulkan bahawa Kedah bakal dirampas kembali oleh UMNO/BN ekoran sokongan rakyat yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas.

PGDK said...

Kajian tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk dikaji dan terpaksa diselidik secara terperinci sehingga di peringkat akar umbi tanpa sebarang unsur berat sebelah atau memikirkan kepentingan mana-mana pihak oleh MPN.

PGDK said...

Tapi, hasil kajian MPN itu diperlekeh dan dikatakan “tipu” oleh para pemimpin Pas seperti Mahfuz Omar, Azizan Razak dan ramai lagi.

PGDK said...

Pelik betul! Kenyataan Dzulkefly langsung tiada kajian, tiada fakta kukuh atau penyelidikan dijalankan, tapi kenyataannya dipercayai Pas, Pakatan Haram dan Harakahdaily.

PGDK said...

Manakala kajian MPN yang “accurate”, berkreadibiliti dan berfakta kukuh itu pula dikatakan tidak benar, berat sebelah, diperlekeh sewenang-wenangnya dan dianggap satu propaganda UMNO/BN untuk menipu rakyat.

PGDK said...

Akal siapa yang setuju dengan kenyataan “pakar strategi” Pas itu? Seperkara lagi, benarkah dakwaan Dzulkefly yang menyatakan bahawa Najib terkejut dan amat terseksa dengan tindakan Lajim dan Wilfred yang keluar dari parti?

PGDK said...

Tindakan dua individu yang khianat pada rakyat Sabah itu telah diketahui lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh mereka. Najib dan kepimpinan tertinggi sudah tahu mengenainya dan tiada apa yang nak diterkejutkan oleh mereka.

PGDK said...

Dalam ertikata lain, saya percaya mereka sudah sediakan payung lebih awal mengenainya. Silap-silap, kenyataan akhbar dari Najib atau Muhyiddin telah disiap lebih awal sebelum Lajim dan Wilfred mengumumkan keluar parti.

PGDK said...

Kecewa yang amat menyeksakan? Tolonglah! Saya berpendapat bahawa tindakan kedua Ahli Parlimen Sabah itu langsung tidak mengecewakan atau menyeksa sesiapa pun. Itu hak mereka untuk meletak jawatan atau nak beralih arah sekali pun.

PGDK said...

Cuma, tindakan mereka itu mendedahkan bahawa mereka memang tidak setia, khianat dan memiliki sikap “opportunis” yang tidak berpendirian. Misalnya, dulu mereka mendakwa Anwar pengkhianat, meliwat dan “raja” rasuah, tapi sekarang mereka “menjilat” Anwar pula

PGDK said...

Orang sebeginikah yang harus “disimpan” di dalam UMNO/BN? Rasanya, spesis-spesis ‘sesumpah” seperti ini sangat dialu-alukan untuk keluar dari UMNO/BN dari terus menjadi “virus” yang mampu membarah sepertimana yang dilakukan Anwar dahulu.

PGDK said...

Justeru itu, kenyataan “pakar strategi” Pas ini langsung tidak boleh dipakai. Saya hairan juga mengapa Dzulkefly dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas. Mungkin kerana gelaran “doktor”nya?

PGDK said...

Ini bukan pakar strategi. Ini namanya “pakar tohmah” atau “pakar putar alam” yang hanya bijak bermain dengan persepsi bodoh yang tidak berpijak pada fakta atau bukti kukuh. Pakai cakap ikut suka mak bapak dia saja. Itu pun Pas bangga dan lantik dengan dia?

Anonymous said...

RAMAI yang tidak lupa, bagaimana Lajim mengamok kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sebaliknya, Datuk Baharom AB Titingan, meskipun mantan ADUN Balung itu, tewas pada PRN Sabah semasa Sabah diperintah Parti Bersatu Sabah.

Anonymous said...

Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Anonymous said...

Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.

Anonymous said...

Lajim Ukin langsung tidak mampu menilai dirinya sendiri adakah dirinya mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir.

Anonymous said...

Lajim Ukin boleh mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut terhadap pemimpin tertinggi.

Anonymous said...

Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Anonymous said...

Kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku.

Anonymous said...

Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan.

Anonymous said...

Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim.

Anonymous said...

Oleh itu, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu.

Anonymous said...

Malah Perdana Menteri telah menegaskan bahawa Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

Anonymous said...

Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya.

Anonymous said...

Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi.

Anonymous said...

Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.

Anonymous said...

Lajim lupa, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang ALLAH reda. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini.

Anonymous said...

Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi Muhammad SAW: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Anonymous said...

Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah: “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).

Anonymous said...

Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Anonymous said...

Islam melihat kerakusan inginkan jawatan disebabkan perasaan sukakan kedudukan dan nama hanya akan penyesalan di akhirat dan melemahkan jawatan itu sendiri.

Anonymous said...

Namun dalam masa yang sama, seseorang boleh berusaha mendapatkan jawatan politik jika dia merasakan dia dapat memberikan khidmat yang lebih baik daripada orang lain.

Lysa said...

Tindakan Lajim keluar parti disambut riang gembira oleh ramai pemimpin Pakatan Haram, khususnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Tian Chua dan ramai lagi. Kononnya, Lajim Ukin merupakan “perintis” perubahan di Sabah.

Lysa said...

Di sebalik insiden pengkhianatan Lajim Ukin itu,ramai yang merasa cukup bersyukur dan lega bila direnung tentang hikmah yang tersirat di mana akan berkuranglah seorang pemimpin yang boleh dikatakan tidak ikhlas di dalam perjuangan UMNO.

Lysa said...

Inilah masanya untuk menilai dan melihat tentang siapa kawan dan siapa lawan, siapa setia dan siapa pengkhianat, siapa ikhlas dan siapa berkepentingan, serta siapa yang benar-benar bersama UMNO/BN dan siapa yang benar-benar “musuh di dalam selimut”!

Lysa said...

Dalam ertikata lain, seseorang yang bersifat “oppoturnis”, khianat, tidak ikhlas, tidak tetap pendirian dan tidak setia pada perjuangan tidak layak untuk berada di dalam UMNO, apatah lagi berjawatan besar dan menjadi pemimpin UMNO Bahagian atau kabinet Kerajaan.

Lysa said...

Justeru itu, tindakan Lajim Ukin itu sekurang-kurangnya akan mengurangkan lagi bilangan pengkhianat yang sedang bersembunyi di dalam UMNO dan merosakkan parti keramat itu dari dalam.

Lysa said...

UMNO selama ini cuma dikotorkan oleh para pemimpinnya yang tidak berguna serta merosakkan seperti Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan ahli-ahli PKR yang dulu merupakan golongan yang kecewa dan opportunis selain mempunyai kepentingan agenda diri sendiri di dalam perjuangan mereka.

Lysa said...

Sekiranya dilihat dari sudut sejarah misalnya, Anwar Ibrahim dahulu dilihat cukup berwibawa, bersih dan mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam UMNO dan di kalangan anak-anak muda ketika itu.

Lysa said...

Namun setelah dilondehkan satu persatu bersama bukti-bukti yang sangat menyakinkan, maka jelaslah Anwar lebih molek jika dilihat sebagai “syaitan yang bertopengkan manusia”, berselindung di sebalik ayat-ayat Al-Quran yang dia sendiri tidak amalkan.

Lysa said...

Sangat bersyukur setelah Anwar dikeluarkan dari UMNO dan dia tidak lagi mampu merosakkan UMNO dari dalam. Begitu juga perihalnya dengan Lajim Ukin dalam pengkhianatan terbaru ini.

Lysa said...

Seorang yang tidak mampu lagi menyembunyikan pengkhianatannya untuk terus berada di dalam UMNO dan merosakkan imej parti keramat yang selama ini mentadbir negara dengan baik serta menjaga kebajikan rakyat mengikut garis norma yang terbaik memang patut keluar parti.

Lysa said...

Terima kasih Lajim Ukin di atas perletakan jawatannya itu dan sekurang-kurangnya para ahli UMNO serta kepimpinan parti di Beaufort tidak perlu bersusah payah untuk menendang pengkhianat parti itu keluar dari parti pada pemilihan agung UMNO yang akan datang.

Lysa said...

Mengenai jawatannya di dalam kabinet, rasanya lebih afdhal jika kita serahkan segalanya kepada Datuk Seri Najib untuk menguruskannya dan saya percaya bahawa beliau cukup bijak untuk menyelesaikan perkara sekecil itu.

Lysa said...

Kes “precedent”nya sudah ada. Anwar dahulu berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan dilucutkan jawatannya atas pengkhianatannya, inikan pula seorang yang hanya berjawatan Timbalan Menteri. Rasanya mudah sangat untuk “dibungkuskan”…

Lysa said...

Semua rakan orang UMNO tidak melatah dalam hal ini dan bertepuk tangan dengan pemergian pengkhianat parti yang tidak diperlukan ini.

Lysa said...

Lepas PRU ni kita lihat samada Lajim masih dapat survive dalam politik atau sebaliknya.

Anonymous said...

akuan Lajim ini belum boleh dipercayai sgt.

mantera said...

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat Akuan Bersumpah (SD) dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

mantera said...

sekaligus juga mengiyakan bahawa beliau juga salah seorang penerima hasil tersebut selama beliau memegang jawatan didalam kerajaan negeri Sabah, mana tidaknya, beliau baru sahaja keluar dari parti.

mantera said...

Beliau juga seperti tahu bahawa wang haram dari kegiatan rasuah ini disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak, jika beliau sendiri tidak terlibat.

mantera said...

masakan beliau boleh mengetahui segala kegiatan ini dan kenapa baru kini beliau membuka segala pekong yang ada?

mantera said...

Dalam perkara ketiga Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Lajim (seperti dibawah) ada mengatakan bahawa beliau meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia.

mantera said...

Persoalannya ialah, berapa lama Lajim menjadi wakil rakyat di Sabah? kenapa kini baru beliau berkata begitu? Ada sebab agaknya ni.

mantera said...

Dalam perkara sebelas pula beliau berkata bahawa sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber
untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman beliau sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah.

mantera said...

Ini juga berkemungkinan besar bahawa beliau ada terlibat sama dalam isu pembalakan dan mungkin setelah kerajaan negeri Sabah menghentikan penganugerahan kawasan balak kepada beliau dan beliau bertindak untuk keluar parti dan seterusnya melontarkan pelbagai fitnah terhadap kepimpinan negeri.

mantera said...

Akuan sumpah yang dilakukan oleh Lajim ini nampaknya akan memakan diri beliau sendiri, mungkin beliau menyangkakan dengan bertindak keluar dari parti dan membuat tuduhan tuduhan palsu ini maka beliau akan terlepas dari segala kegiatan semasa beliau menjadi wakil rakyat dulu.

mantera said...

kita tunggu dan lihat nanti siapa yang akan terkena.

Scarlett Newton said...

Semuanya sudah kemaruk dengan kemenangan d PRU nant.

Walaubgmanapun, rakyat takkan suka dengan pemimpin yang xda pendirian. Kalupun menang dalm PRU tp hanya sekadar utk merasa shj. ini kerana, benda yg busuk tidak akan than lama.

Scarlett Newton said...

Salah satu ciri pemimpin yang Malaysia perlukan adalah:

Tidak banyak beretorik (seperti Anwar Ibrahim), sebaliknya idea yang di sampaikan lebih bersifat pragmatisme. Tiada banyak protokol dan mudah bergaul dengan semua peringkat masyarakat.

Scarlett Newton said...

Memang sudah menjadi perangai dan sikap Anwar Ibrahim suka mencetuskan provokasi jahat sehingga mengakibatkan keadaan huru-hara supaya mudah dia mengambil kesempatan di atas situasi tegang yang ditimbulkannya. Oleh itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh meminta agar semua ahli UMNO khususnya Pemuda UMNO jangan cepat melatah dan terjerat dalam perangkap Anwar.

** ada beberapa orang BN yang telah melompat parti kerna telah mendapat habuan dpd Anwar. Ternyata mereka begitu mudah terjerat dengan janji2 manis Anwar. dari sini jelas sekali bahawa mereka cuba untuk membela kepentingan dan kehormatan diri sendiri.

Scarlett Newton said...

Menurut Ali Mazat, tindakan Penasihat PKR ini memaki hamun Pemuda UMNO dalam satu sesi ceramahnya di Pantai Dalam baru-baru ini sebenarnya adalah salah satu strategi Anwar dalam mencetus provokasi.

**macaman Anwar akan disukai oleh rakyat kalau buat perkara yang ganas-ganas mcm ni. sanggup buat ap shj (yg baik & buruk) yg pnting berjaya.

Scarlett Newton said...

“Anwar dah semakin terdesak untuk mendapat sokongan. Sebab itu dia suka guna provokasi. Saya lihat, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Anwar akan terus menggunakan cara ini malah akan bertindak ganas dan liar demi memperlihatkan bahawa politik di Malaysia ini penuh keganasan. Dengan ini, UMNO dan BN yang akan dipersalahkan dan mereka pula mendapat kebaikannya,” ujar Ali Mazat kepada UMNO-Online.

*BE CAREFUL PEOPLE! wait and see!

Scarlett Newton said...

Anwar telah melihat bahawa kekecohan yang dicetusnnya dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini telah memberi impak yang buruk tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain selain terus-terusan menggunakan taktik mencetus keganasan demi memburukkan imej UMNO dan BN.

Scarlett Newton said...

Setiap kesilapan langkah di pihak kita, akan dipergunakan sebaik mungkin oleh Anwar. Oleh itu, kita tidak perlu memberi ruang kepadanya untuk memanfaatkan keadaan. Anwar juga saya lihat semakin terhimpit dan terdesak kerana dia mula melihat bahawa dirinya kini tidak lagi menjadi sanjungan dalam pakatan rakyat.

Scarlett Newton said...

KUALA LUMPUR, 17 Dis- Gagal mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) jelas menunjukkan sememangnya DAP, PAS, PKR ini tidak sehaluan

Scarlett Newton said...

BN yang di anggotai oleh 13 parti jelas sepakat dan satu nada iaitu hanya mahukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sedangkan mereka baru dalam kumpulan yang kecil tidak sepakat jadi bagaimana mereka mahu mentadbir negara… Kemudian mereka ini hanyalah kumpulan yang beretorik, kononnya mengamalkan Malaysian Malaysia, sama rata tapi sama rata apa… kesemua calon Melayu gagal untuk terpilih dalam jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Scarlett Newton said...

Ini menunjukkan pembangkang hanya beretorik tentang demokrasi, beretorik tentang kesaksamaan, beretorik tentang Malaysia ini untuk semua… Mereka hanya beretorik. Sepatutnya mereka laksanakan, bagi arahan untuk menunjukkan mereka adalah parti pelbagai kaum tetapi sekarang jelas bahawa tembelang DAP pecah dengan bauan politik yang cukup-cukup busuk. Hanya bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka katakan.

Scarlett Newton said...

penambahan kerusi yang diminta oleh DAP dalam PRU akan datang membuktikan pula bahawa DAP adalah sebuah parti yang tamak dan tidak percaya sama sekali kepada rakan sekutu mereka.

Mereka hanya menjadikan PKR dan PAS sebagai batu loncatan untuk mendapat kepercayaan rakyat dari berbilang kaum.

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin

Bukti sumbangan politik (RASUAH) Lajim Ukin


PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Datuk Lajim Ukin yang mana popularitinya semakin menurun sejak keluar daripada umno, hari ini cuba menggunakan sebaik-baiknya akuan bersumpah beliau untuk menghentam kepimpinan kerajaan negeri Sabah sekaligus untuk mempromosikan diri beliau sebagai pemimpin yang bersih, telus dan berintegriti.

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Namun berdasarkan pendedahan Raja Petra Kamarudin melalui artikel Tales From the East, Lajim Ukin sebenarnya sudah lama menjadi beban kepada umno Sabah ekoran skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti. Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Namun Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Bukan sahaja RPK, malah Datuk Musa Aman juga tahu skandal rasuah Lajim Ukin. Atas sebab itu Lajim Ukin tidak disenaraikan sebagai "winnable candidate" oleh Datuk Musa Aman bagi membolehkan beliau dicalonkan pada PRU13 nanti. Menyedari masa depannya semakin gelap, maka terpaksalah Lajim keluar meninggalkan umno dan menyokong pembangkang bagi melepaskan dendam kesumat beliau terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman, sekaligus untuk mencapai hasrat beliau untuk menduduki jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Ketua Menteri.

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Amat pelik apabila politikus seperti Lajim Ukin yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan mahupun parti tiba-tiba timbul kesedaran untuk melakukan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang selama ini banyak menyumbang kepada kemewahan beliau. Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika 5 atau 10 tahun lepas? Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika Lajim Ukin dengan rakus membolot projek-projek kerajaan?

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Berikut adalah ringkasan pendedahan RPK berkenaan dengan skandal rasuah Lajim Ukin;

- Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”.

- Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan ke Tabung Pilihanraya PRU 12.

- Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.

- Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek melainkan 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Namun semua cek itu tidak bernilai.

- Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.

- Projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Sebab itu Lajim terpaksa mencari seorang penaja baru)


PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan kemudiannya menyertai pembangkang untuk membuat perubahan yang kononnya berpaksikan keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi. Sedangkan dialah yang rasuah!

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

APA PANDANGAN RAFIZI DAN PENYOKONG2 PR YANG LAIN BERKENAAN DENGAN BUKTI SKANDAL RASUAH LAJIM UKIN INI?

Sekiranya dakwaan ini tidak benar, alangkah baiknya jika Lajim Ukin dapat membuat satu lagi akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan ini. Berbanding dengan akuan bersumpah beliau berkenaan dengan skandal RM40 juta, pendedahan RPK ini lebih sarat dengan fakta dan nilai rasuah, cuma nama sebenar penaja Lajim Ukin tidak disebutkan. Jesteru, jika benar Lajim ikhlas berjuang untuk membanteras rasuah, beliau wajar tampil menafikan tuduhan ini, atau ambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

PENDEDAHAN INI LEBIH SARAT DENGAN FAKTA BERBANDING DENGAN AKUAN BERSUMPAH LAJIM YANG HANYA BERSANDARKAN PERSEPSI SEMATA2

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Jika begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Lajim, bermakna hasil siasatan ICAC dan SPRM juga tidak benar? Sudah berkali-kali dijelaskan bahawa kenyataan Nazri adalah berdasarkan siasatan kedua-dua badan pencegahan rasuah. Beliau hanya membaca jawapan yang diberikan kepadanya di Parlimen. Sebaliknya, yang menyiasat dan menutup kes itu adalah BADAN PENCEGAHAN RASUAH, bukannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Jika Lajim yakin bahawa kenyataan itu menyeleweng dan tidak benar, kenapa bukan beliau saja yang terbang ke Hong Kong dan jadi saksi dihadapan pegawai-pegawai ICAC bahawa wujud keraguan dalam kes tersebut? Malah Lajim mendakwa wujud salahguna kuasa dalam penganugerahan lesen pembalakan di Sabah yang menguntungkan beberapa orang, tapi kenapa dia tidak sebut nama orang itu?

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Jika kita bandingkan akuan bersumpah Lajim Ukin dan akuan bersumpah Abdul Murad berkenaan dengan akaun RM3 bilion yang dikawal oleh Anwar Ibrahim, akuan bersumpah Abdul Murad bersifat lebih "berani" dan meyakinkan kerana turut disertakan butiran terperinci seperti nama penyumbang serta nilai dana.

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Apa peranan Lajim sebagai Timbalan Ketua Menteri? Adakah beliau hanya menjadi pemerhati kepada penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri Sabah? atau Lajim juga telah mendapat tempias hasil balak-balak ini memandangkan beliau adalah "Timbalan" kepada Ketua Menteri?

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Memandangkan Lajim tahu mengenai "proses" mengkayakan kroni di Sabah melalui hasil balak, saya juga boleh simpulkan bahawa Lajim juga turut mendapat manfaat hasil dari balak-balak ini sepanjang beliau berada dalam umno.

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Sebagai politician yang berpengalaman, malah duduk bersama-sama pemimpin BN yang hari ini dituduhnya sebagai menyeleweng, tidak mustahil Lajim Ukin juga terpalit sama dalam skandal ini. Sebab itu Lajim enggan dedahkan nama atau membuat laporan polis atau SPRM berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin BN negeri Sabah.

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Seperkara lagi yang amat menjengkelkan saya ialah, apabila Lajim menggunakan istilah "mengesyaki" dalam akuan bersumpah beliau. Apa pula pandangan Lajim jika ada pemimpin BN yang membuat akuan bersumpah dengan "mengesyaki" bahawa Lajim menyeleweng peruntukkan kerajaan Pusat yang sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur di Beaufort??

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Dalam akuan bersumpah ini, Lajim turut menyatakan bahawa beliau tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah. Tapi bagaimana pula Lajim tahu dari mana datangnya sumber dana ini sehingga kepada proses "penyucian" wang tersebut di luar negara yang kemudiannya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik Sabah?

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Lengkap sangat skrip Lajim Ukin kononnya balak-balak itu dijual pada harga yang rendah, kemudian disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke akaun-akaun di luar negara. Tapi bila ditanya mengenai dana itu, boleh pula dia jawab "saya tidak pernah tahu mengenai derma politik RM40 juta kepada umno Sabah".

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Sebenarnya, Lajim sudah lama menyimpan dendam kesumat terhadap Ketua Menteri Sabah, malah tanda-tanda itu sudah wujud ketika PRU 2008 apabila Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dibenarkan melawan beliau (Lajim). Namun, Lajim terpaksa bertahan dalam umno untuk beberapa tahun kerana masih banyak projek-projek kerajaan yang belum "dikebas" oleh beliau.

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

headhunter said...

SD Lajim Ukin: Akuan Bersumpah atau Akuan Merepek?

AKUAN BERSUMPAH LAJIM UKIN LAYAK DIGELAR AKUAN MEREPEK.. BANYAK PERSEPSI DARI FAKTA

Sifat "gunting dalam lipatan" Lajim Ukin sebenarnya sudah dihidu awal oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang lain. Sebab itu Lajim tidak dicalonkan pada PRU13 kali ini kerana khuatir beliau akan menjadi liabiliti kepada BN Sabah. Dan mungkin sebab itu juga Lajim disisihkan dari mengetahui apa sahaja hal ehwal parti kerana dikhuatiri "kain" umno akan diselak seluas-luasnya menggunakan "gunting" berkarat Lajim Ukin untuk tatapan pembangkang.

AKAUN BERSUMPAH LAJIM UKIN MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DALAM MEROMPAK SUMBER ALAM SABAH DAN BAGAIMANA MEMBERSIHKAN WANG HARAM

Anonymous said...

Duh, what a joke.

Anonymous said...

Saya rasa diorang ni dipermainkan Lajim.

Anonymous said...

Hujah Lajim tidak menyakinkan.

Anonymous said...

Bilang telus tidak pun tu si Lajim.

Anonymous said...

Observant in the sense of failure.

Anonymous said...

Judging is not the way to success

Anonymous said...

Sabah Chief Minsiter Datuk Seri Musa Aman has called on the people to reflect on the peace and harmony enjoyed by the country that has enabled the people to come together in festive celebrations.

Anonymous said...

Betul ba bikin panas?

Anonymous said...

I think Lajim is intentionally want to publicize himself as the savior of all.

Anonymous said...

Asshole.

Anonymous said...

This thing should just take lightly.

Anonymous said...

Nazri also said that since the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had been vetting the potential candidates all along, there is a possibility some of the candidate would be eliminated after failing to meet the assessment.

Anonymous said...

Datuk Seri Najib Tun Razak says he is open to hearing hopes, concerns and ideas that members of the Christian community may have.

Anonymous said...

Although Malaysia is a Muslim-majority country, Christians do play a full and welcome role in society, especially in Sabah and Sarawak.

Anonymous said...

Some people may not realize that around one in 10 Malaysians count themselves as Christian.

Anonymous said...

Najib said Malaysia was very fortunate as it could continue to enjoy peaceful relations between different faiths and races and this could not happen without continued efforts to keep it that way.

Anonymous said...

Najib said another step forward came last week as the government announced that it would ensure that any Malaysian Christian who wished to travel to Jerusalem for a pilgrimage would be able to do so.

Anonymous said...

He said the nation could lose out on opportunities that could spur success if there was no sense of unity that had been put in place by Malaysia’s forefathers.

Anonymous said...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan 'pelakon politik' lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

Anonymous said...

Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini

Anonymous said...

Kaedah rasuah DAP di Selangor sederhana dan bodoh. Kawasan yang Masing-masing DUN (seperti Kajang, Teratai, Balakong) adalah diberi RM500,000 supaya ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dapat memanafaatkan kepada orang ramai melalui kegiatan dan program. DAP telah mencuri wang ini - sedikit demi sedikit.

Anonymous said...

Beberapa ribu ringgit pada satu masa. Tetapi terdapat lebih daripada 300 projek-projek kecil - Teoh menyerahkan satu senarai panjang.

Anonymous said...

Menurut Kerajaan Selangor mereka yang menerima dana ini hanya sekali sahaja, tetapi mereka berbohong.

Anonymous said...

Dalam senarai yang disediakan oleh Teoh, hanya beberapa orang dan beberapa syarikat yang menyapu bersih kebanyakkan daripada projek-projek itu.

Anonymous said...

Antara pemain-pemain besar yang terlibat dengan jenayah ini adalah itu adalah WONG CHUAN HOW (dalam Kawasan DUN Sungai Pelek) di bawah penyeliaan YB Ronnie Liu yang diberi 84 buah projek berjumlahkan lebih RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Buddha, Persatuan Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Menggunakan nama-nama syarikat termasuk Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan banyak lagi.

Anonymous said...

Teoh memberi satu senarai penuh. SPRM telah meneliti beberapa dokumen (daripada kira-kira 100 muka surat dokumen)

Anonymous said...

Timbul persoalan besar apabila seorang individu mendapat 84 kontrak berbeza?

Anonymous said...

Amaun-amaun itu kecil tetapi tetapi jika dijumlahkan keseluruhannya amat besar sekali. Ini hanya ada dalam setahun. Bayangkan jika DAP mengambil alih kerajaan persekutuan?

Anonymous said...

UMNO mesti berubah sekarang dan pemimpin-pemimpin UMNO juga mesti mendekati rakyat tanpa mengira kaum. Orang cina dan india termasuk Melayu semakin jauh dari BN, kita kena memenangi hati mereka semula!

Anonymous said...

memang sejak kebelakangan ini sudah ada tanda-tanda positif masyarakat melayu kembali menyokong UMNO namun kita tidak boleh ambil mudah, kita harus buktikan yang UMNO sudah berubah, kita tidak boleh lagi menyokong pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rasuah!

oska dahoya said...

Cerita yang Paparazzi paparkan ini sebagai permulaan sahaja iaitu yang berlaku di zaman UMNO kerana Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan mempunyai rahsia besar yang bakal didedahkan menjelang PRU-13 bagi memastikan Lajim kempunan menjadi Ketua Menteri Sabah.