Monday, December 24, 2012

BANTUAN SAR!!!! Agak-agak la TV3 ,kalau nak bohong

Oleh: Hafeez Azimi

Laporan Buletin Utama TV3 pada 22 Disember 2012 melaporkan kenyataan oleh seorang yang mendakwa pentadbir Sekolah Agama Rakyat (SAR) bawa sejak PAS memerintah Mac 2008, kerajaan negeri tidak pernah membantu SAR. 
 
Sumber itu memberi contoh Sekolah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak pernah menerima satu sen pun, ulang 1 sen pun, ulang sekali lagi 1 cent pun bantuan dari kerajaan negeri pimpinan PAS.

Untuk makluman seluruh rakyat 1Malaysia, Sekolah Agama Taufikiah Padang Lumat pada tahun ini sahaja menerima bantuan guru yang digaji oleh Majlis Agama Negeri Kedah berjumlah RM196,748.88 sen (seratus sembilan puluh enam ribu, tujuh ratus empat puluh lapan dan sen lapan puluh lapan) setahun.

Di Kedah, selain dari Maktab Mahmud (milik penuh kerajaan negeri) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) terdapat 62 institusi yang terdiri daripada sekolah menengah dan rendah Islam, Maahad Tahfiz dan pondok. 
 
Mereka ini bergabung dalam badan yang dinamakan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA). Di zaman BN memerintah Kedah dahulu, sebahagian besar dari institusi tersebut tidak pernah menerima walau satu sen pun dari kerajaan negeri. Hakni baru betul... 1 sen pun tak terima!

Namun di bawah pentadbiran PAS/Pakatan Rakyat, daripada 2008 hingga 2012; kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM3.58 juta kepada kesemua institusi yang bergabung di bawah SAR tersebut.

Jika ada pihak mendakwa SAR (sekolah rendah/menengah Islam, tahfiz, pondok) tidak pernah terima satu senpun dari kerajaan negeri maka itu PEMBOHONG BESAR namanya... adapun bohong/fitnah itu tidak layak dibuat oleh orang Islam. 


Ia menjadi Rukun Nombor 1 kepada sebuah pertubuhan politik yang mengambil syaitan dikenali sebagai rakan.

Ingat tak tahun lepas, PM Najib umum nak beri bantuan RM100 seorang kepada setiap pelajar sekolah. 


Tapi janji itu tak ditepati kerana seramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pusat BN (yang ni tak masuk TV3). 

Kerajaan negeri telah menghulurkan sebanyak RM504,800 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh BN Pusat itu.

Itu baru cerita SAR yang bukan milik kerajaan negeri, kerajaan negeri hanya membantu. Kalau yang menjadi milik penuh kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud yang terdapat di setiap daerah, kecuali Kubang Pasu, peruntukannya adalah seperti berikut:

2009 – RM26.5 juta


2010 – RM28.5 juta

2011 – RM30 juta

2012 – RM34.5 juta

19 comments:

Anonymous said...

Assalam

Lebih baik saman aje pasal kalau tak disamaan seolahx TV3 tu betul, kalau saman barulah semua orang tahu bahawa TV3 dan yang mendakwa tak dapat bantuan tu akan terkejut badak

Salman Ali said...

Aku setuju......pastu kita sama2 seronok tengok TV3 dan yang memberi kenyataan kecut teloq.

Anonymous said...

LU NAK SAMAN TV3 PASAI APA. LU SAMAN LAH USTAZ YANG CAKAP TU. TV3 HANYA SIAR SAJA APA YANG DIA CAKAP. LU PUN KALAU NAK BOHONG AGAK-AGAK LA. OSTAD AZIZAN DOK TUNGGU APA LAGI. SAMAN SAJALAH OSTAD TU. BIAQ OSTAD SAMA OSTAD BERPERANG. OSTAD TU BUKAN CAKAP DENGAN TV3 SAJA. MASA MAJLIS DENGAN TPM PUN DIA CAKAP JUGAK. SEMUA ORANG DENGAQ. AWAT TAK SAMAN. HANG PUN DOK BUAT APA. SAMAN LA OSTAD TU. JANGAN JADI MUNAFIK. KOT-KOT BOLEH KALEH SIKIT BAB BALAK DAN PUSAT-PUSAT HIBURAN YANG DOK MELATA KAT KEDAH.

Anonymous said...

tak ada apa yg boleh diharapkan dgn kerajaan PAS.. masuk angin keluar asap.. ternyata BN seribu kali lebih baik berbanding PAS!

rakab said...

DAP secretary-general Lim Guan Eng has urged the BN-led federal government to allow Christians to use the word ‘Allah’ in their Bahasa Malaysia version of the Bible.
Malaysiakini.
=================================

Hah, Apamacam ustaz dan ulamak Pas ?? Guan Eng terus terang mendesak kalimah Allah di gunakan untuk bible versi melayu !

Yang pasti kumpulan Anwarinas akan menyokong tuntutan Guan Eng ,....ulamak Pas pulak macammana ?...Nak sanggah atau nak tambah pajakan tanah sampai 100,000 ekar pulak ??

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

PASPB NI MAKIN LAMA MAKIN NAMPAK BODO DIA !

GAJI BUKAN ' BANTUAN '. GAJI GURU ADALAH UPAH YANG WAJIB DIBAYAQ. MACAM GAJI GURU PASTI YANG PAS BAYAQ RM 70 TUH ..

HE! HE! HE! NAK PERINTAH NEGARA MACAM MANA, BANTUAN DENGAN KEWAJIPANPUN TAK BOLEH BEZA...

MOBYDICK said...

Hentikanlah buat fitnah kalau dah tak ada benda nak di jadikan isu duduk diam2,yang berkerja kat dalam tu cari la kerja lain yg lebih barakat dari terus menjadi tali balut pemfitnah...

Anonymous said...

Luncai ni memang bongok...tak paham ujung pangkai tapi nak komen. Sebenaknya Majlis Agama Negeri Kedah hantak "guru2" ni mengajak di Pondok Pak Ya..."Guru2" ni Orang Majlis Agama bukan pekerja Pondok Pak Ya jadi Majlis Agama bayak gaji depa, paham ka? Sebab tu orang kata "bantuan guru". Hampa kenai ka Ustad yang buat komen tu?

Anonymous said...

kepala otak umno memang camtu, eh dulu sape yang mula hentikan bantuan kpd sar lepas tu konon nak prihatin la pulak...cehh

Anonymous said...

-pirahhh rakab..konon nak pertahan kalimah Allah tapi hukum Allah hina semacam.

Anonymous said...

dunia nk kiamat,insaflah rakab.jgn tabur fitnah kalu xdak bukti

Anonymous said...

rakab@luncai ni takde dosa sebab dah diampunkan oleh ayah pin..rukun iman mereka tu sama mcm rukun negara jadi fitnah2 ni apa ada hal..

insafdoh67 said...

Kah.kah.kah...lucu r cai komen... Brase nok masok um.no.no.no. Je.. Kih.kih.kih...

rakab said...

Dah terang kenyataan Guan Eng itu disiarkan oleh Malaysiakini,....

fitnah apa pulak ?...bacalah sendiri...

Sindrom bisu ulamak Pas dah berjangkit pada ahli. Pihak yang menghina Allah di biarkan semata-mata kerana mereka sekutu politik.

Anonymous said...

kpd rakab @ taik..cuba ko crita sikit sindrom bisu@pekak badak ahli2 umno bila CSL Terang2 hina hukum Allah dulu tu...tuhan ko CSL ke apa..

Anonymous said...

Fitnah adalah makanan puak-puak UMNO setiap hari.....

Anonymous said...

Chua soi lek tu tolak hudud Pas,...
memang patut puuuunnn....

Anonymous said...

apa akibat tolak hukum Allah.neraka

Anonymous said...

si bodo yg tak tahu pasal hudud lebih baik diam dari berkata2..Yg aku pasti org yg menolak hudud akan terbatal imannya..Dah 55 tahun umno@TAIK memerintah tapi tunggu punya tunggu.. habuk pun tarak...Mursidul am umno ialah CSL so engkorang bleh bayang tak agak2 bila hudud umno ni akan digazetkan..