Sunday, December 9, 2012

BILA UMNO PERINTAH!!! Dah la rugi kena saman lagi, lapor saja kepada SPRM


ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna kuasa dalam Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) ketika zaman BN dahulu.


(Pemuda PAS Kedah menunjukkan salinan laporan SPRM yang mereka buat)

Ianya berkait kegagalan YIKed di bawah BN menyelesaikan masalah tanah sehingga disaman RM11 juta dan terpaksa ditanggung oleh pentadbiran Kerjaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang ini.


Penyerahan dokumen dan laporan itu diketuai Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya di pejabat SPRM negeri di sini pagi ini.

Turut serta Naib Ketua Ahmad I'zat Mohamad Shauki, Ketua Penerangan Nasir Zakarian dan beberapa exco yang lain.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco Datuk Ir Amiruddin Hamzah turut mendedahkan perkara tersebut ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.


Ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah baru-baru ini, Azizan turut membangkitkan hal ini.

"Masa kita bukan sahaja habis untuk mentadbir negeri tetapi juga membersihkan najis-najis yang ditinggalkan kerajaan dahulu," kata Ustaz Azizan.

Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd.

Ianya ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.

Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.

Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar Southern finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga Ogos 2013.

2 comments:

Anonymous said...

Pandainyee be end umporno perintah...kan diaorg menyalak satu malaysia satu dunia yg diaorg pandai merintah org lain tak pndai merintah...sbb pandai sngatlh tu yg rugi sana sini rasuah sana sini seleweng sana sini salah guna kuasa,tak amanah, ambik tanah rakyat dll .....klu dia org tak pandai takkan diaorg boleh buat semua tu.

insafdoh67 said...

Lepas Pr perintah sprm bru bertindak.. Harap penyokong terus buat laporan.. Sabooor x lameee doh...wei.. Kih.kih.kih.