Monday, December 10, 2012

BN TAMBAH GOYANG!!! Rakyat semakin ramai sertai PKR di Sabah


Setelah 68 penduduk Kampung Togop dalam DUN Kiulu di kawasan parlimen Tuaran beramai-ramai menyertai KEADILAN tiga hari lalu, kelmarin 36 lagi penduduk Kampung Guakon Baru di DUN Tamparuli, juga dalam parlimen yang sama menyertai komponen Pakatan Rakyat itu.

Kesemua borang permohonan itu diterima Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah semasa satu majlis penerangan dan penyerahan borang yang disampaikan wakil penduduk kepada Ansari sendiri.
Walaupun majis tersebut hanya bermula jam 4 petang tetapi penduduk kampung yang hadir sudah pun berada di kawasan tanah lapang perkarangan sebuah rumah di kampung itu sejak jam 1 tengah hari lagi, petanda penduduk kampung itu dahagakan perubahan terhadap nasib mereka yang diabaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih 40 tahun lalu.

Serentak dengan majlis itu, sebuah ranting KEADILAN kampung itu ditubuhkan di bawah pengawasan cabang Tuaran bagi memudahkan penyaluran bantuan serta maklumat berterusan diberikan kepada mereka.


Menurut Ansari dalam mesej di Facebook miliknya, pada pilihanraya umum lalu, kampung ini langsung tidak dapat ditembusi Pakatan Rakyat terutama KEADILAN sehinggalah pada awal tahun ini atas inisiatif jawatankuasa cabang Tuaran bersetuju untuk memberi perkhidmatan doktor dan pergigian percuma kepada penduduk kampung sehingga ke hari ini.

Dengan penerangan dan bantuan berterusan itulah maka penduduk kampung sendiri meminta Ansari memberikan borang keahlian menyertai KEADILAN hingga sanggup datang ke rumah beliau meminta supaya Ansari sendiri menunaikan hajat mereka.

Mereka juga meminta Ansari sendiri merasmikan penubuhan ranting KEADILAN baru di kampung mereka yang berjaya direalisasikan kelmarin sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung yang sudah percaya dengan perjuangan parti itu.

Buktinya, berikut catatan Ansari dari akaun Facebooknya di bawah:

Ansari Abdullah Semasa PRU 2008, kami tidak dapat masuk Kg Guakon. Awal tahun ini ada perkhidmatan untuk Khidmat Doktor Percuma dan Kami tunaikan. Selepas itu mereka datang kerumah saya meminta borang keahlian & mohon agar saya resmikan ranting mereka. Lebih 36 borang telah diserahkan pada 9.12.12. Jangan hina mereka sebagai golongan yang hanya datang untuk makan dan minum. Mustahil PBS biarkan penyokong mereka 'pook makan ' dengan pembangkang.

Difahamkan seorang bekas ahli Umno yang sudah tidak mendapat kepercayaan penduduk kampung juga turut menyertai KEADILAN kerana sudah tidak lagi diperlukan dalam parti reput itu yang kini saling berebut siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.


Perkembangan terbaru ini pastinya tambah meresahkan ketua menteri, Musa Aman kerana tugas untuk merampas semula parlimen Tuaran dan tiga DUN yang berada di dalamnya dijangka berdepan laluan sukar kerana Pakatan Rakyat semakin mendapat suntikan baru hasil daripada penyertaan beramai-ramai bekas ahli Umno, PBS, UPKO dan komponen BN yang memilih KEADILAN.

Ditambah lagi dengan keluarnya bekas timbalan presiden UPKO yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing awal Julai lalu tambah memeningkan kepala Musa selaku bos BN negeri.

Tahniah penduduk Kampung Guakon Baru, selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat!

JALAN PULANG

5 comments:

insafdoh67 said...

Bravo.. Hebat Rakyat sabah.. Doh mula sedar leni... Kih.kih.kih.

Anonymous said...

Ya!! Ubat pelali harga 500 je, tak cukup kuat. Ada yg lebih lagi tak nak bagi? Hihihihi

Deepak said...

Nik Razi khabarnya sedang bergelut dengan penyakitnya yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

Doanya yang memohon kehancuran sesama Islam dah mula memakan diri.

Nik Razi KO !!

KO Nik Razi !!

insafdoh67 said...

Ada lg Deepak.. Ingt nk insaf sikit... Tak payah tipu r.. Kalau sakit bkn psl doa... Klau nk tau mri nk anto umah dia... Tp depak.. Clas hj a jib gor baca Doa bahasa Melayu terusss.. Knal doh wei... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

Jika PAU 2012 orang Umno hanya sekadar menyanyi kemudian menaggis.

Lepas PRU 13 alamat menanggis tak berlagulah pula.