Monday, December 10, 2012

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Fakta Tanah Rizab Melayu jadi mangsa nafsu UMNO


KL: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.

“Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu,  sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain. Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah.

Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis  daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

“Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka,” ujarnya.
“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung menabur fitnah kononnya Pakatan Rakyat akan menjual tanah Melayu kepada orang bukan Melayu, meniupkan budaya takut, kononnya Umno kalah habis tanah Melayu akan tergadai kepada orang bukan Melayu sedangkan dari segi faktanya Umno yang mengkhianati Melayu,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Harakah pernah mendedahkan lot-lot tanah di Pantai Cherating, Pahang yang bernombor 5233, 7058 dan 7059 yang berstatus rizab Melayu telah bertukar tangan kepada bukan Melayu. Katanya, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali pernah mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa seluas 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.

Tambah beliau, Umno juga menggadaikan tanah rizab Melayu di bandar Kubang Kerian Kelantan sewaktu berkuasa di Kelantan. Begitu juga  tanah  Lot 305 Seksyen 1 Bandar  Tumpat yang diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di pemerintahan Siam telah bertukar kepada Datuk Foo Chow Yong (MCA).

“Bagaimana perkara ini berlaku, semuanya halal jika Umno yang berkuasa,” ujarnya.

Selain itu, ujarnya 105,000 hektar  tanah tizab Melayu dijadikan cagaran apabila Felda Global Venture disenaraikan di bursa saham. Pada 1 Julai 2011, ujarnya Datuk Seri Najib telah menyerahkan  217 hektar Tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  kepada  Singapura.

“Tanah yang berharga selama ini terlepas dengan mudah. Sebelumnya Singapura memperoleh Pulau Batu Putih, sedangkan Malaysia dapat pulau tenggelam timbul,” ujarnya.

Beliau berkata, fakta di atas menggambarkan daifnya Umno untuk mempertahankan tanah, terutama hak Melayu. Mereka, kata beliau hanya berlakon dan berdusta atas nama Melayu untuk memperkayakan pemimpin Umno walaupun terpaksa menggadai masa depan orang Melayu.

“Jika Umno BN diberi mandat lagi, maka banyak tanah Melayu akan musnah,” katanya. (IH?Hrkh)

10 comments:

Anonymous said...

Hidup Melayu !.

insafdoh67 said...

Hebat Melayu... Semua Sapu.. Wei... Geng Rakab tadok ke sikit syer..Cai kita apa crite.. Asik bos je kaut.tak meleleh ke kuah sikit... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Hidup melayu !

Baling batu, dapat RM 20.

Menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

Jika PAU 2012 orang Umno hanya sekadar menyanyi kemudian menaggis.

Lepas PRU 13 alamat menanggis tak berlagulah pula.

Deepak said...

Kalau tanah rezab tak dibangunkan maka penuhlah dengan belukar tebal dan hutan !

Rakyat hidup merempat di tempat sendiri.....macam Kelantan !!!

bahalol orang Pas ni !

Anonymous said...

Dulu bukan main lantang nak heret Dr M kepenjara selepas tamat perkhidmatan beliu tapi hingga kini apa pun tarak . Cakap aja

Anonymous said...

Mu tuh bahalol deepak.dasar bodo tak leh ajar.duk jilat sokmo walau dah tau tahik.klau hak molek tak po ah nak pertahan pun ni hak melayu jena pedajal pun nak sokong lg.boleh bangunkan tanah melayu tp biar tetap jd hak melayu ni dak mentang2 nak pembangunan rela bui ko bangsa lain.adakah ni d katakan cerdik memerintah.tu hak deepak ori duk bongkar apa cite.

insafdoh67 said...

Bodo depak... Org kelate x tolol mcm yu. Oreng luor soli r. .. Kita x jual... Ni tanah kelate sje wei... Kat mu blh sapu blke.. xkira betul salah. Halal haramjadah rembat semua...pui.pui.puuuiii. Piraaaah...

Anonymous said...

Depak tohlol dan bodoh...kini ku anugerahkan anugerah bodoh dan tohlol serantau asia serta satu bernua kpd depak...nak amek (fucckkk!!!!)

insafdoh67 said...

Molekkkkkk.. Bg Datuk kat Cai & Group . Pingat Pah Duka 1Asia. G.B.S.T. Gong Bodo Sombong Tolo... Kih.kih.kih...