Friday, December 7, 2012

CEMAR NAMA BAIK!!! Penduduk Kampung Gombak Utara tuntut Pemuda UMNO minta maaf

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.

“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.


“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40847

26 comments:

Anonymous said...

kami dari perak akan turun dan akan berhadapan dengan pengkhianat umno ini.

Anonymous said...

Penduduk kampung Gombak ke ?..atau jawatankuasa PKR tu..

rakab said...

Jangan kata Gombak, walau dimana tempat pun Anwar berceramah pasti akan dapat tentangan dari penduduk setempat .

Sebab dia tu pendokong LGBT dan pluralisme agama. Bercanggah dengan syarak !...kerana itu jugalah perwakilan Pas menolak beliau jadi PM semasa muktamar yang lepas.

Anonymous said...

x payh mintak maaf, mintak dibubarkan jer. memalukan melayu jer

Anonymous said...

Nak kena periksa kad pengenalan ke, sama ada mereka tu penduduk kampung Gombak atau bukan? Tak kisah le sama ada mereka tu daripada parti apa pun. Masalahnya ialah samseng yang buat kacau tu bukannya dari Gombak.

insafdoh67 said...

Anuar sokong xpe r.. Woi.. Berapa Ramai Ank pemimpin Umno jd penganjur. LGBT. Jgn wat Buta mata je bro.. Kalau Jahil xpyh nk ckp psl Agama.. 55thn Umno jaga Melayu.. Ape jd...

Anonymous said...

Deepak malam ini ajak Rakab sama bapanya kita pergi ke Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S yang kawan kita baru buka tu aku belanja.

Anonymous said...

Saya sebagai salah seorang Pemuda Umno meminta rakan rakan supaya tidak melakukan lagi kerja kerja kurang ajar sebegini, kerana tidak menguntungkan malahan menambahkan lagi kebencian masyarakat terhadap Umno BN yang boleh menyebab kita KO PRU 13 nanti.

Anonymous said...

Biar kampung tergadai bro asalkan kita menang sabung.

Anonymous said...

Jika tidak buat kacau bagaimana kami nak dapat duit rokok bro.

Deepak said...

Aku tak mau pergi laaa...!!
itu tempat maksiat anjuran Pakatan !!

Haraaaaammmm..!!!

rakab said...

Berita tergempar yang akan membikin pemimpin Pakatan gundah gulana.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja,"

rakab said...

Monorel untuk mengurangkan kesesakan jalanraya. Wah! hebat tu...ini yang rakyat P.Pinang hendak !

20,000 unit rumah dijual bawah harga pasaran ??...nak, nak kami nak !!

Kami mahu BN, BN, BN !!!

Anonymous said...

Pakatan ada..???

hampeh...

insafdoh67 said...

Rakab memang bagus bg info.. Rakyat penang ada slip gaji ke nk buat loan.. Janji PM memang sedap dengar... Terlopong mulut makcik Balik Pulau dgr jnji... Rakab. .. 40thn doh dgr psl jnji Umno nk tlg Melayu.. Tak ada Ape pun... Janji Manis Ju..b...ur Masam... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

300,000.00??? berapa kerat org tempatan yang blh beli,, yang blh adalah toke2 besar, anak saudagar, org melayu yang sederhana?? kena cari setinggan kat tempat lain... itu ke nak memperjuangkan org melayu??? nak niaga aje lah tuu...

Anonymous said...

Jagalah maruah kita sebagai penyokong umno bila berkomentar, malu kita.

Hamba nak bantu umno ke atau bagi lingkup.

Anonymous said...

Nak berumah tangga pun dah tak mampu bagaimana nak beli rumah.

Nanti dah beli rumah tak sanggup bayar jadi peminta sedekah pada PR seperti di Selangor.

Anonymous said...

Yang tinggal dalam UMNO hanya yang hampas

cropduster_0210 said...

20,000 unit rumah? baru nk terhegeh2 bina rumah mampu milik? Selama 55thn ni UMNO buat apa? RM300,000 sebijik sapa yg mampu? Rumah mampu milik konon.

Anonymous said...

rakab oh rakab mana ko. oo beratur nak beli rumah harga RM 300 ribu. kah kah kah rumah murah tu. murah ala umno

Anonymous said...

Hahaha..
Komen yg paling bodoh drpd otak penipu..
Najib cakap semua boleh..
Berjanji mngalah kn tuhan..
Nk buah rumah la,nk jual rumah la..
Nk siap dlm sebiji rumah dlm masa 1 hari la..
puiikk la..
Kt slangor besepah2 rumah terbengkalai..jalan terbengkalai..tanah rakyat sapu kasi licin,jual kt talam,janji nk buat rumah..alih2 da dekat 10 tahun rumah masih xsiap..owner kene tanggung hutang..kerajaan paling bodoh skali adalah kerajaan bn..buat mrr2, retak, buat stadium, runtuh, buat jalan, mendap, buat tiang aes, senget..tu la janji yg bn tepati..alasan utk mngaut lebih byk duit rakyat..-abu-
Sory off topic..sbb melayan si setan ug dikenali(rakab)

insafdoh67 said...

Rakab. Deepak. .. Pirah.... Jawab.... Berape lame mau tunggu la.. Doh 55thn... Duk Cukup lg ke... Kih.kih.kih..

insafdoh67 said...

Rakab. Deepak. .. Pirah.... Jawab.... Berape lame mau tunggu la.. Doh 55thn... Duk Cukup lg ke... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

Rakab2...kau sendiripun x faham apa yg kau cakapkan, apatah lagi utk mngajak org supaya mmahami cakap kau...udah2lah mmalukan kita punya geng.

Anonymous said...

Rakab aktif mengomen..ak rasa sbb BN da bayar gaji dia bulan ni..haha