Saturday, December 1, 2012

MAI BACA!!! 10 perbezaan Muktamar PAS dengan Perhimpunan Agung UMNO


1) PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. 

UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan.

2) Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. 


UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti.

3) PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. 


UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata.


4) PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. 


UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis.

5) PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.


 UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek.

6) Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. 


Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat.

7) PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. 


Jika PAS berlapik dengan perkataan ‘insyaAllah’ maka UMNO tidak menyebutnya.

8) PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati.


UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya ‘pemanis kata’, nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara.

9) Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma. 


UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka.

10) Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. 


Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi ‘makanan lazat’ mereka.Kedah La

19 comments:

Anonymous said...

Ada lagi.. Tak cukup tu. Pemuda pas bangkit menolak perhimpunan bersih krn tidak sanggup lagi jadi anjing ambiga, tapi pemuda umno tetap patuh dan setia pd parti

Anonymous said...

Harakah dikritik teruk oleh perwakilan krn menjadi proksi dap dan anwarinas, tapi perwakilan umno mengucapkan terima kasih kpd blogger dan akhbar yg menyokong mereka.

Anonymous said...

Pas mendoakan kehancuran kpd umno saudara seIslam, tapi umno mendoakan pas mendapat petunjuk dan diberi hidayah.

pemerhati bebas said...

Perbezaan yg ke 13:-
Waktu maghrib pas gi solat TAPI ameno gi trus dengo najib cakap.
Hebat, hebatt, najib memang hebattt

Anonymous said...

cukup la umno tabur fitnah dlm perhimpunan. beruk umno tak payah la tambah. pulak tu nak kelentong konon banyak ekoq komen hakikatnya sekoq je buat 3 komen

Anonymous said...

anon 2204, lepas tu DS najib memberhentikan ucapannya dan mereka sembahyang maghrib secara berjemaah lah... apa punya cerita lah. next time ceritalah sampai habis.

Anonymous said...

najib sembahyang maghrib? bagusnya. tunjuk kan la gambarnya

Anonymous said...

anon 2240, sembahyang adalah ibadah antara hamba dengan Allah. buat apa nak menunjuk riak dengan mengambil gambar dan ditayangkan kepada orang ramai. DS najib tidak mahu mencontohi ada seorang pemimpin pas, yang sembahyang dalam hutan ada gambar, berdoa pun ada gambar, sampaikan minum air dalam piring pun ada gambar! dah tu, sampai ada pengikut yang taksub siap gantung gambar dia dalam rumah cakap nak amek berkat. apa citer tu?

Anonymous said...

anon 2240, nenek ko sembahyang maghrib kan... bagusnyer.. tunjukkanlah gambarnya.. kih! kih!

Anonymous said...

Kmentar puak Umno ni tak usah layanlah, buang karan aje.

Seperti kita bukan sekadar ditegah menurut syaitan malah melawan dan melayani juga sama seperti terpedaya dengan kejahatannya.

Persetakan saja.

Deepak said...

Perhimpunan Umno menyokong DS Najib sebagai PM, muktamar Pas menolak Anwar sebagai PM !!

Perhimpunan Umno ada wakil Hamas,..Pas ada ??

Anonymous said...

check la depa pny i.p..bole tau la sorang ka brapa org yg komen..
kamon la pembangkang..jangan dok percaya anuwar tu..

Anonymous said...

Check peti undi nanti lagi baik sikit ke atau banyak yang pankah PR, jika sikit tak kan pemimpin umno kata PRU 13 paling getir dan tertagak tagak nak bubar palimen.

Anonymous said...

Penyagak Umno ni pengunjung banyak bagi komentar pun dah takut, ceramah PR dapat sambutan pun dah takut, semua dah berjankit takut macam Najib aje.

Anonymous said...

Nak tau ramai tidaknya sila rujuk jumlah bilangan kunjungan setiap weblog blogger PR.

Anonymous said...

Utk tambah no.7..
Untuk berkuasa:
Pas cakap insyallah.
Umno cakap aku sanggup potong telinga dan terjun tirok kat sungai bersama buaya2 yg lain..
Ok x?

Najib mmg xsolat magrib pun..jam 7pm~9pm masih bercakap2 lagi?come on la pencacai..walaupun aku xpg pau tu, live kt semua stesen kot..igt org bangang kapew?
Bukan najib je, yg dok2 kt kerusi2 tu pun nmpak macam xberganjak je..tgh mengeram telur ke?
Kau bg tau sket,pukul brape najib solat mgrib?tu je aku nk tau..9:45pm ke?haha kalau bapak kencing bediri, anak kencing lari2 la jawab nye..

Anonymous said...

Ko salah tgk cerita kot. Ko tertgk cerita boboiboy tak? Selepas masuk maghrib, ds najib memberhentikan ucapannya dan mereka solat maghrib berjemaah. Apa da... Kalau nak spin cerita pun patut2lah.

Anonymous said...

Kalau najib tak solat pun tetap islam walau pun macam kapal selam, tak kesah.

Anonymous said...

Apa salahnya masuk maghrib baru berenti, jika masuknya cuma macam pergi ke maghribi cari barang.