Tuesday, December 18, 2012

MALAYSIA PALING RASUAH!!!! Indonesia, US, China, Singapura pun kalah

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!

Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. 


Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….


Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..


Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia.

Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut dengan laporan berita The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI).
Sumber Laporan Berita + Video : http://www.abc.net.au

Jikalau tidak masakan, berbangkitnya skandal skandal komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima “individu yang ada hubungan rapat peringkat tertinggi dengan pihak kerajaan” daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia serta merupakan broker bagi program senjata nuklear Pakistan.

Skandal ini sedang hangat di Australia apabila dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Ini hanya beberapa contoh sahaja….

Jikalau sebelum ini, kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)! Satu angka dan bebanan yang cukup besar kepada negara. Sedang akhbar utama di India contohnya menyamakan ia dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….

Malangnya media arus perdana dilihat tidak begitu berminat untuk berkongsi laporan berita ini di media mereka. Mereka dilihat lebih suka menyiarkan iklan animasi dan iklan komersial yang mengatakan Malaysia akan memerangi rasuah.

Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk iklan sebegitu rupa. Persepsi rasuah & usaha untuk meyakinkan kalangan rakyat Malaysia di mana kerajaan “benar-benar” dilihat lebih berkesan jika janji yang dilontarkan disusuli dengan tindakan yang dilihat ada integriti, bukan setakat mencanang di seluruh pelusuk Malaysia semata.

Terbaru, badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) meletakkan Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012 berdasarkan laporan The Wall Street Journal. Ini kerana……

50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah.

Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah


8 comments:

insafdoh67 said...

Wa caya sama lu.. Hebaaaat. Hebaaat. Hebaaaat.. Malaysia Boleeeeeeeh... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

Mana rakab n luncai.buktikan bahawa fakta ini salah.kalau kau dpt buktikan ianya slah.aku delete blog paspb dr list aku.

Anonymous said...

Nak dapat no 1 didunia bukan senang beb.... Sukan tak leh, hiburan pun tak leh, agama pun tak leh sekurang- kurangnya Rasuah menempatkan nama Malaysia No 1 di dunia..... Syabas

Anonymous said...

sepatutnya malaysia menunjukkan contoh negara islam di dunia,tapi kenapa kita dilabel no 1 rasuah dunia,kenapa??

Anonymous said...

sepatutnya malaysia menunjukkan contoh negara islam di dunia,tapi kenapa kita dilabel no 1 rasuah dunia,kenapa??

Anonymous said...

sepatutnya malaysia menunjukkan contoh negara islam di dunia,tapi kenapa kita dilabel no 1 rasuah dunia,kenapa??

Anonymous said...

Asal dpt no1 sudah lah. Kan 1 Malaysia. Caya la Najib. 1 rasuah. Hihihi

Anonymous said...

Survey 2 dibuat among execs at companies in malaysia n bkn kpd kerajaan malaysia.. Sorry,bkn nk jd racist tp kte semua tau,chinese own lbh byk company than malay kt malaysia ni n kte tau diorg halalkn ape je cara utk mendpt keuntungan termsk rasuah.. A few chinese i know said it to me themselves.. Bos sy malay n bos sy sgt2 jaga psl rasuah ni.. A few of our clients,muslim or non-muslim, memperlekehkan company kami sbb kami xterima or xberi rasuah tp alhamdulillah,kami still survive..kesimpulannye,nk benteras rasuah ni terpulang pd individu bkn disebabkn kerajaan yg memerintah..klu 1 pihak je yg buat then 1 pihak lg xjoin n laporkn ke sprm,bribery xkn berlaku.. Kerajaan dh wujudkn pihak yg berkuasa halang bribery n thats good.. Skrg mmg tgl tgjwb individu utk bekerjasama benteras rasuah.. Nisbah anggota sprm dgn rakyat malaysia maybe 1 sprm per 20000 rakyat,so sprm mmg xblh nk pastikn semua 20000 org tu xterima rasuah..Semua rakyat secara individu patut act as a loyal n clean sprm member,then baru rasuah kt negara kte ni 0..