Sunday, December 2, 2012

SEMASA BERHIMPUN!!! Tuduh DAP anti Melayu, hakikatnya Pemimpin UMNO kaut untung jual tanah orang Melayu di P. Pinang

Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak.

Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai “jumlah yang kecil” malah tidak mencukupi, serta perwakilan Pemuda Umno yang menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia.

Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa?


Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Beliau juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya.

Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya.

Tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar Geoge Town.



Justeru, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung.

Datuk Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh Umno sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan Umno negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar.

Tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran Umno-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata.

Dasar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk menghapuskan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama yang akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri.


Zairil Khir Johari,

17 comments:

Anonymous said...

cina kongkek pas..pkr ketawa

Anonymous said...

kasi satu cina pompuan , saya mau kongkek.anuwargay

suahati said...

Depan melayu marah cina, belakang melayu pulak bukan main berkawan baik dengan cina minta komisen dan share niaga konon........

Melayu ka Cina ka India kaaa semua mahluk Allah, ada guna semuanya.

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

YANG AKU NAK TERGELAK BILA HUSAM KATA ADA ORANG DI BELAKANG DEEPAK.

NUAR KER..?

Anonymous said...

Luncai, abg nuar tu belakang blh, depan pun blh. He.. He..

Anonymous said...

Tlglah pas, jgn cakap pasal melayu. Kelakarlah.. Tok guru pun tak bangga jadi melayu. Cakap pasal kebajikan je dah lah..

Anonymous said...

Apa nak di herankan, bukan sekadar tanahnya, Melayu pun dijual Umno. Cuma dengan modal HIDUP MELAYU.

Sejak Tanah Melayu di jual Umno maka negara ini di sebut Malaysia,

Dulu ada banyak Malaysia tpi kini tinggal satu aje lagi.

Anonymous said...

Percayalah akhirnya nanti tak cukup tanah Umno di kejar Melayu.

Anonymous said...

Lepas PRU 13 banyak YB Umno BN terkubur, kita akan beri tanah kubur Melayu percuma kepada mereka jika perlu.

Tapi ta bolehlah luas sangat, berapa dalam tak kesah.

Dukun Asmara said...



Berikut adalah tanda tanda jarak jangkawaktu untuk menghadapi kematian

1. 100 hari, seluruh badan rasa bergetar

2. 60 hari, pusat rasa bergerak gerak

3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang runsing

4. 7 hari, mengidam makan

5. 5 hari, anak lidah bergerak gerak

6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak

7. 2 hari, seluruh dahi bergerak gerak

8. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar

9. Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di
bahagian belakang badan)

Seelok- eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.

Tanda No 1 di atas ada pada Umno, jadi bersedialah apa yang patut.

Sumber: http://sifuliterapi.wordpress.com/2012/12/03/tanda-tanda-jarak-jangka-waktu-menghadapi-kematian/

Anonymous said...

dukun asmara, tak payah lah menyebarkan kepercayaan khurafat dekat sini. tanda-tanda ni berdasarkan al-quran dan hadith ka? tak sanggup aku mengaku ko ahli pas sebab menyebarkan kepercayaan karut. orang pas pun tak nak mengaku ahlinya menyebarkan ajaran sesat..

Dukun Asmara said...

Memang banyak dikaangan kalian yang Islam tapi tak beriman.tu pasal perbuatan kalian macam orang munafik, cakap tak serupa bikin, sebagai contoh nak menurut ajaran Islam menutup aurat pun tak mampu. Cakap dekat pemimpin kalian jika membiar anak bini tak menutup aurat itu dayus.

Kau ni pun satu sah jenis tak berimannya kerana rukun Iman pun tak faham.

Perlu di ingatkan rukun iman itu bukan sekadar mempercayai Al Quran dan Nabi Muhammad saw, malah kitab Allah dan Rasulullah yang terdahulu.

Kamu dah fahamkah semua kitab kitab yang diwahyukan tuhan nak menyesatkan orang.

Berapa banyak bidang ilmu yang tidak terdapat dalam al Quran di pelajari di sekolah. Sebagai contoh al Quran ada mengajar tulisan rumi ke ?.

Anonymous said...

Hei Dukun Asmara nada bahasa mereka megeletar saja respon komen kamu tu tanda udah 100 hari lagi nak mampus ke ?.

Kamu jangan cuba nak tolong atau nasihat puak umno yang bodoh sombong ni pula. Jangan cuba melepaskan anjing tersepit.

Anonymous said...

mintak maaf para pembaca blog sekelian kerana dukun asmara cuba menyebarkan fahaman karut dan tahyul di sini. entah dari bomoh siam kot dia amek ajaran ni. sebagai orang pas, kami tidak mengaku fahaman tersebut daripada pas, tapi dari fahaman individu. diharap kesesatan dukun asmara tidak menyebabkan pengundi lari daripada pas

sekian

Anonymous said...

Dgn org umno ni xboleh bercerita psl islam..sbb tu mase umno memerintah selangor, jrg ade aktiviti kt masjid,ceramah agama apetah lg..sbb tok nenek org umno ni dah buat perjanjian dgn allah,jika lahir nya anak melayu di bumi maka dgn automatik nya anak itu islam..itu la dinamakn islam keturunan..itu yg diperjuangkan umno..melayu itu islam..melayu xde kebebasan agama..hanya ade islam..sbb tu la anak2 melayu kurang pgatahuan tentang ajaran islam,sbb nye dorg masuk islam pun secara paksa dan automatik..bukan nye dgn rela hati dan mengkaji..bg org umno,islam itu mudah dan bersederhana..xpyh bertudung pun xpe,xsalah apetah lg berdosa..so, kite amik jalan mudah, biar kn je si pejuang umno ni meroyan mcm org kafir..sbb dorg pun xbrape ade ilmu sgt..melayan org gila umpama kite pun gila..berbincang dgn org xde ilmu,umpama kita pun xde ilmu..tp kalau nk mgajar org yg xde ilmu itu bagus,tp bia la kete pada tempat nye..contoh nya di majlis2 ilmu atau di masjid..thx~ -abu-

Anonymous said...

tanda lidah bergerak dan mengidam makan betul menurutku yang mana ibuku ketika saat kematiannya menunjukkan tanda tersebut.al-fatihah.semoga ibuku mendapat kerahmatan drp Allah

insafdoh67 said...

Nk tau x bila umno akn ckp psl Islam. Bla dkt pru dia akn masuk kapung crite psl islam. Islam Umno hanya pada nama je. Bla spai kl crite psl projek. Org kapung baham bodo klau caya Umno nk jaga Melayu dan Islam. Berapa ramai Melayu Murtad dlm 55thn ni. Jangan nk bangga r. Ni semua Tipu Nawok blke. Insaflah anon.... Jgn tambah Dosa lg. Buka mata tngk apa jd dgn Melayu Islam. Pergi tngk kat pub brpe ramai Melayu jd Hamba Sex. Hina sama taraf dgn chinadoll. X rasa Malu ke ckp psl islam. Hidup Islam. Kta sokong islam x kira bangsa. Jom Ubah..