Sunday, December 16, 2012

SIAPA DIA?!!! Peguam bergelar " Tan Sri " terlibat merangka Akuan Bersumpah 2 Balasubramaniam



Aktivis politik, Haris Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik alasan bahawa peguam kanan melakukan “dosa besar” kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.



“Terdapat bukti mencukupi membolehkan Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini. Jika majlis melihat ini sebagai serius seperti yang saya llihat, dan ramai peguam kanan lain, mereka akan dapat ke akar kemelut ini sekali dan untuk semua,” Haris(gambar)memberitahu The Malaysian Insiderketika dihubungi di sini.

Beliau menegaskan perkembangan terkini sekitar perkara itu, terutamanya dengan kemunculan semula ahli perniagaan Deepak, memberikan alasan yang cukup untuk majlis mengambil tindakan.

Haris menjelaskan pada masa lalu identiti peguam di sebalik SD kedua Balasubramaniam kekal “misteri”, baru-baru ini secara terbuka dinyatakan oleh Deepak sendiri, semasa pendedahan dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah.

Dalam temubual itu, yang dirakam dan dimuat naik oleh “TVPAS” di saluran Youtube, peniaga karpet itu terlepas cakap nama peguam tersebut apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.

Akan tetapi pada minit ke 14:39 dalam klip itu, nama peguam tersebut disenyapkan.

“Namun, ini bermakna terdapat individu yang tahu identiti peguam ini — Deepak, TVPAS dan pastinya, pasukan pengarang. Kita boleh memulakan penyiasatan dan mendedahkan orang ini,” kata Haris.

Di dalam blog aktivis tersebut Jumaat lalu, Haris menyatakan hasratnya untuk menulis kepada Majlis Peguam dan mengugut untuk mendedahkan nama peguam tersebut jika permohonannya tidak dilayan selepas 14 hari.

Beliau menyatakan beliau mengetahui identiti peguam bergelar “Tan Sri” itu daripada tiga sumber bebas dan boleh dipercayai dan tidak keberatan untuk mendedahkannya jika diperlukan.

“Saya akan menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bertanya jika mereka akan melancarkan satu penyiasatan ke atas urusan kotor ini,” katanya dalam tulisan tersebut.

Perakuan bersumpah kedua Balasubramaniam muncul sehari selepas SD pertama beliau pada 3 Julai 2008, tentang pembunuhan Altantuya 2006, di mana dua komando elit polis disabitkan bersalah dan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu sidang akhbar tergesa-gesa itu, Balasubramaniam, diiringi oleh peguam M. Arulampalam, keluar untuk menarik balik SD pertama beliau, dengan mendakwa ia ditandatangani kerana menerima ugutan. 


Beliau kemudian mengeluarkan SD kedua, yang beliau dakwa kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh peguam lain tanpa perundingan terlebih dahulu dengannya.

Deepak menjadi tajuk berita apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranan beliau dalam membantu SD kedua detektif swasta itu untuk menyangkal akuan bersumpah pertama.

Peniaga itu kini berada dalam berita kerana menyaman Awan Megah (M) Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah dibawah jenayah pecah amanah dalam penjualan 223.33 ekar tanah di Bukit Raja.

8 comments:

Anonymous said...

"Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik... Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada...

"Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah... di mana ada orang yang liberalis dan pluralis..," kata ustaz Haji Ismail Mina yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.

Anonymous said...

ismail mina tu penacacai hasan ali, hasan ali tu penjilat umno. tahu sajalah

fitnah tanpa bukti itulah perangai umno. ismail mina itu perangai umno

insafdoh67 said...

dalam umno tadok syirik..... Murtad ramai r.. ustaz mina ni berat nanang.. 2juta sapu..... Cai boleh berapa... kih.kih.kih...

rakab said...

Hasan Ali dengan Ismail Mina tu orang PAS laa....bukan ketua ranting tapi naib presiden!

Dia tak menentang Pas tetapi menentang kumpulan yang menyelewengkan Pas daripada perjuangan asal parti.

Kumpulan Anwarinas yang menguasai Pas sekarang ni lebih patuh kepada kehendak nafsu Anwar dan DAP....syariat Allah dah jatuh nombor dua!

Bukti terbaru,...isu saloon !!



Anonymous said...

Wahai Rakab! Kalau kamu kata Hasan Ali betul, nape tak ikut dia? Borang Jati masih byk lg yg kosong. Biar org tau siapa yg bongok atau org yg dibongokkan

Anonymous said...

Ust.mata duitan memfitnah hari ni dalam seminggu dapat 2juta.

insafdoh67 said...

aku tak kira apa jawatan. 2 katak ni sape x kenal.. belagak Alim.. ramai org kena tipu wei... ingat napok muka baik.. cis. . hati busuk.. gila jawatan. gila pangkat.gila Duit.. macam macam lg. .. pergilah pergilah penjual agama... buat malu je...kami penyokong tak kisah psl katak ni lg.. poraaah ckp je sedap.. piiiiiiiraaaaaaah.. Dunia.Duit.Datuk. kih.kih.kih.

Anonymous said...

tan seri cecil abraham