Monday, December 3, 2012

TERKINI!!! Skandal keluarga bekas PM pula dibongkar

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.
Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.
“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM6.88 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor..
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani secara senyap peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik semasa mereka.
“Justeru, KEADILAN menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?” tanya Nik Nazmi.
“Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” kata Adun Seri Setia itu lagi.
Oktober lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.
“Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.
Beliau, bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.
JALAN PULANG

Pengguna Adu Bil Eletrik Naik Lepas Ganti Meter

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.

ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.


Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat.


Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.


“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” katanya.
freemalaysiakini

16 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

TULISLAH SIKIT TANAH LADANG RAKYAT YANG DIRAMPAS OLEH NIK AZIZ, TUAN SABARIAH DAN KONCO KONCO MEREKA. MESTI PEMBACA PASPB SUKA KAN...

Anonymous said...

Kesian org dkt kelantan.. Dianiaya dgn rakus. Sampai ladang rakyat pun kene bedal? Betul ke ni luncai?

Anonymous said...

Kalau bukan orang Kelate tak usah ler nak tabur cerita. Kat mana wei tanah tu...lot mana? Berapa ekar berapa hektar? Takda fact....stop rambling nonsense

Anonymous said...

Paspb, takde citer pasal deepak lagi ke? Kitaorg pas rindu citer deepak. Deepak tu idola baru pas. Dkt mana2 blog pas pun asyik siarkan pasal deepak. So, apa tunggu lg paspb? Permintaan org pas mesti dipenuhi

WE WANT DEEPAK! WE WANT DEEPAK!

Anonymous said...

Anon 2255, ko tak tau tanah tu dkt mana? Cuba ko tanya tok guru dgn bini dia.. Diaorg tau kot dkt mana

Anonymous said...

Pas dah ada nabi baru ??

Deepak alaihissalam !!

muaahahahahaaaa.....

Anonymous said...

Ramai jugak lembu ijat kat dalam nih rupanya ...

Anonymous said...

bukan lembu tapi beruk umno

Anonymous said...

Anon23.09 klau kau islam jgn main2 dgn perkataan tersebut.klau kau tak percaya pd ulama pas kau bleh tnya pd ulama umno apa hukumnya.inilah dkatakan fanatik.berhujah ah dgn fakta.luncai kau pasti ka tuan sabariah ada tanah ladang rakyat.tlg bg daerah sudah la kami Cari maklumat.

Anonymous said...

Bila Cybertrooper UMNO bersuara,nampak sgt kedangkalan beserta kebodohan.Rakyat yg kena menanggung segala bebanan dengan menyalurkan wang ringgit buat tembolok mereka yg hanya pandai mengira berapa banyak boleh di kaut.Bila kita berbicara focus hanya kepada topik bukan melalut tak tentu hala.Lagi banyak berbicara menyerlah kecetekan serta kenaifan dlm berhujah yg perlu disertakan dgn fakta bukanya laksana Tin Kosong! .

Anonymous said...

Rakab, hutang karpet kamu pada Deepak lagi RM 50 bila nak bayar ?.

Deepak said...

anon 0052,

Dey tambi,....engko punya nenek ada utang sama aku lagi 50 ringgit, apa pasal suruh lain worang bayar ?

citt, pooraaah !!

Anonymous said...

Saudara ni Islam ke kafir?

Anonymous said...

korang tengok lah kalau2 pencaci umno 'tak boleh makan' utk komen cepat2 spin dan korang PR pulak layan jer...tajuk lain patut bahas dah jadi cerita lain takde kaitan langsung...

Anonymous said...

Rakab ni macam kerakab diatas batu hidup segan mampus tak mau.

insafdoh67 said...

Sya rasa Luncai ni org penting Um No la.. Sya caya ape lu n cai kata. Lama doh dgr psl tanah.ladang rakyat dan bnyok r psl PAS kelatan. Tp spai arini x BUKTI lagi puok Um No Beri.. Klau luncai jd pencacai puok ni wat malu je skoloh tingi. Baik jaga L.E.M.B.U di Kondo Kak Jat lg Bagus. Wat Malu org Melayu je. Tuduh dan Fitnah je pandai.... INSAFLAH..