Saturday, December 29, 2012

TU DIA!!! RM160 juta dana pencen tentera diguna untuk tutup mulut Deepak

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).

 
Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.

Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah.

“Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas,” katanya.

Menegaskan Zahid Hamidi patut berhati-hati dalam membuat pelaburan terbaik untuk kepentingan anggota tentera, Rafizi menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

“Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar hingga Najib Razak.

“Saya akan mendedahkan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya,” kata beliau.

Untuk membaca kenyataan media secara penuh, klik ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41925

6 comments:

Anonymous said...

wahai askar askar bangun lah tangkaplah kesemua mereka ini dan gantung lah mereka ini didataran merdeka.selamat berjaya

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

DAH BERAPA BULAN ASKAR TAK DAPAT PENCEN?

OH YER..BILA PULAK MAT SABU NAK PULANGKAN DUIT JANDA DAN ANAK YATIM MEMALI?

Anonymous said...

Wahai askar ... bangunlah dan tangkaplah pengkhianat bangsa dan negara yg tiada kerja lain melainkan untuk meranapkan negara demi cita2 politik mereka!!!

Anonymous said...

La rafizi bg siap dgn fakta dan najib sampai hari ini tak kemukakan saman fitnah terhadap depaak d mahkamah malang cai2 umno tak bleh terima lg woi cai umnogok jng la karat umno dlm hati tu sampai tak bleh terima fakta

Anonymous said...

sepandai2 luncai akhirnya jatuh ke lubang jamban jua

Anonymous said...

Bantuan BR1M dicanang bagai menggegar 1Malaysia,wang saku rm200 setiap bulan utk askar 1Malaysia di war2kan TAPI pemansuhan skim gaji gred 1 ke gred 2 tidak diperjelaskan malah seluruh anggota tentera 1Malaysia terpaksa menanggung beban kerana anggota yg mendapat gaji anjakn terpaksa di debit kembali gajinya setiap bulan yg telah di beri bermula dari 2010 hingga sekarang.Gaji yg diberi diambil kembali malah terpaksa menanggung seksa akibatnya utk membayar hutang rumah,kereta,anak bini,mak yg uzur, hanya Allah sj yg tahu seksanya.Apakah pen'debit'an ini untuk menggantikan wang BR1M atau ada agenda tersembunyi. Zaid Hamidi, tolong Jawab!!!
SEKSA WOoooo