Friday, December 21, 2012

GEBANG UTUSAN!!! Jika ikut berita bohong Utusan, tengelam seluruh Kedah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya telah membuat penjelasan berhubung isu pembalakan di Kedah yang kononnya telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, khususnya di Tasik Pedu. 


Perkara sangat penting yang diberitahu ialah setitik pun kesan air pembalakan tidak masuk ke mana-mana kawasan takungan air di negeri ini.

Malangnya selepas penjelasan yang dibuat itu, media-media BN terus memainkan isu tersebut secara besar-besaran, khususnya Utusan Malaysia dan TV3. 


Mereka memulakan tuduhan dengan mendakwa bahawa pembalakan di kawasan tadahan di Pedu menyebabkan Empangan Pedu dan Empangan Muda menerima kesan pencemaran yang teruk.


Akhbar penipu itu melaporkan, pencemaran kedua-dua kawasan itu dijangka bertambah kronik selepas ini memandangkan kerajaan merancang mewujudkan pusat agropelancongan dengan menanam pokok buah-buahan di situ.

Lagi akhbar itu (Utusan 20 Disember 2012 halaman 11) memetik satu sumber yang berkata, “Apabila pokok buah-buahan itu mula ditanam akan berlaku proses larut resap sisa baja dan racun setiap kali selepas hujan ke dalam Tasik Pedu yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya. 


Inilah cerita sebenar tetapi jika saudara sangsi sejahmana kebenaran, cabar pihak terbabit dengan syarikat berkenaan membuat sumpah laknat menafikan penyelewengan ini jika mereka berani.”

Saya ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan itu. Pertama, sumpah laknat itu bukan dari ajaran Islam tetapi sebuah amalan sesat yang dibawa oleh pihak tertentu dalam menentukan kebenaran. 


Kedua, takkanlah isu pencemaran air Tasik Pedu pun sampai nak kena bersumpah-sumpah laknat sedangkan fakta saintifik berasaskan geografi pun sudah cukup untuk menjelaskannya.

Pembohongan paling besar Utusan ialah pembalakan berlaku di kawasan hutan tadahan air Empangan Pedu dan Empangan Muda. 


Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia terletak di seberang Tasik Pedu yang dipisahkan dengan jalan TEKIH. 

Kawasan hutan terbabit tidak membekalkan walau setitik air pun ke Empangan Pedu dan Empangan Muda selama ini.

Selepas kawasan pembalakan itu menjadi projek agroteknologi nanti, tidak ada setitik air pun dari kawasan tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu. Kawasan berbukit yang dimaksudkan itu memang lebih tinggi dari aras Tasik Pedu tetapi air dari bukit tu tidak boleh melompat terus ke Tasik Pedu, ia mengalir di lereng bukit dan memasuki anak sungai. 


Itu hukum graviti. Dari anak sungai ia mengalir ke Sungai Pedu. Anak sungai dan Sungai Pedu tu letaknya jauh lebih rendah dari aras Tasik Pedu. 

Terdapat aliran sungai dan beberapa terowong membuang air Tasik Pedu ke Sungai Pedu bila air tasik berlebihan.

Andaikata ditakdirkan berlakulah limpahan air dari kawasan projek agroteknologi memasuki Tasik Pedu maka logiknya seluruh negeri Kedah akan karam dilanda banjir besar seperti zaman Nabi Noh.
 

Benteng atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan projek agroteknologi dipisahkan dengan laluan TEKIH sejauh 300 meter yang tidak memungkinkan untuk baja atau racun diserap. 

Jangan berani sumber Utusan itu mencabar sumpah laknat untuk mempertahankan perkara bohong, kelak hancur badan disambar petir, baru padan muka.

Kelulusan membalak di kompartment terbabit tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya. Kajian dibuat dengan mendalam oleh Jabatan Hutan sebelum beri kelulusan. 


Mustahil pembalakan diluluskan kalau ia membawa pencemaran terhadap Empangan Pedu dan Muda yang membekalkan air untuk 40 peratus penanam padi dalam negara.

Jabatan Hutan Negeri walaupun terletak di bawah negeri tetapi pelaksanaannya tertakluk dengan semua akta Pusat. Pegawai hutan semua Pusat bukan KCS, mereka dibayar gaji oleh Pusat yang diperintah BN. 


Kalau semua mereka menyeleweng dan 'mentekedarah' rasuah laporkan saja pada SPRM yang juga di bawah Pusat! Janganlah mudah sangat menuduh semua pegawai kerajaan jahil dan jahat belaka, seolah-olah mereka tidak tahu melaksanakan peraturan dalam pentadbiran.

Isu pembalakan juga dikaitkan dengan cerita banjir lumpur yang melanda enam buah kampung di Sik pada 2010, untuk disalahkan kepada kerajaan Pakatan Kedah. Kalau ‘Amanat Haji Hadi’ tahun 1981 pun dibangkitkan tidak peliklah kalau peristiwa 2010 juga dibangkitkan semula. Isu tersebut juga telah dijelaskan dua tahun lalu. 


Kompartment 73 Hutan Simpan Rimba Teloi (yang dikaitkan dengan banjir lumpur yang kononnya berpunca dari pembalakan itu) telah diluluskan untuk pembalakan pada 25 Ogos dan 9 November 2005, dan ia dibahagikan kepada tujuh blok. Tiga blok telah dikeluarkan lesen menebang pada masa itu.

Khabarnya, salah satu blok dianugerahkan kepada ADUN BN yang menggunakan syarikat proksi. Semua tauke balak tahu siapa orang kuat Umno Kedah itu. 


Bila berlaku banjir lumpur, dialah jura pembela rakyat. Orang BN senang lenang makan hasil balak, kerajaan negeri pulak kena tibai.

Laporan Utusan itu menuduh berlaku penyelewengan dalam kontrak balak. Orang jahat selalu berpandangan jahat terhadap orang lain. Mereka anggap orang lain semua macam mereka. 


Memang menjadi amalan di zaman BN, ahli politik tidak akan menggunakan nama sendiri dalam perebutan balak. Di atas kertas hanya nama proksi yang digunakan sebagai pemilik lesen tapi pihak yang terbabit tahu, ini kawasan si anu si anu.

Setiausaha Politik Menteri Besar dalam blognya pernah mendedahkan, biasanya apabila surat tawaran kelulusan balak dikeluarkan, pemilik sebenar ataupun ‘politikus balak’ akan menerima bayaran untuk bahagiannya, dan dia tak akan muncul lagi dalam apa-apa urusan di kawasan itu. 


Pemilik atau penama lesen akan dapat bayaran duit lesen RM50 ribu (biasanya) untuk satu kawasan.

Pengusaha itu patut mendapat apa yang diusahakan, dan pemilik lesen pun patut dapat habuan dia kerana dia membayar duit lesen setiap tahun di samping cukai syarikat. Yang untung ialah 'pemilik sebenar' yang bersembunyi di sebalik lesen dan pengusaha tersebut.

Di zaman balak dianugerahkan secara besar-besaran dengan hanya premium RM1000 bagi hutan dara dan RM500 bagi hutan sudah kerja, para ‘politikus balak’ di zaman BN mengaut keuntungan berjuta ringgit. Hutan digondolkan lebih parah dari yang berlaku hari ini. 


Mujur sebahagian besar yang digondolkan itu telah ditumbuhi hutan semula atau menjadi ladang pertanian, jika tidak rakyat berpeluang lihat perbandingan antara zaman BN dan kini.

Pernah sekitar tahun 90an berpuluh ekar kawasan getah dan pertanian di kaki Gunung Jerai musnah kerana banjir lumpur yang turun bersama sisa balak. 


Kerugian yang ditanggung rakyat tidak ternilai namun ia tidak menjadi isu besar pada masa itu kerana yang memerintah ialah BN.

6 comments:

Lanvin Clichy said...

Dh lama x baca utusan meloya ya la kalau baca rasa mcm merelakan fitnah mereka dh la amal sunah pun kurang tambah dgn merelakan dosa besar utusan plk hmmmm baca paper lain lh kalau nak dpt maklumat

Anonymous said...

Klu tak menipu tak mefitnah tak putar belit...bukan utusanlah namanya....

insafdoh67 said...

Dosa pahala belakang kira.. Ni puok setan di kenali.. Kerja Hasut Laga... Kecik kenal doh puok ni.. Utusan..Btn.Kemas.K10. Ni semua Anjing Umno.. Kerja salak je.. Tak kira masa.. Melalak tak kira tempat.. Insaflah... Dok lama doh wei...... Puas doh kena Tipu.....

Anonymous said...

Sama je

Anonymous said...

Inilah tanda2 akhir zaman fitnah akan berleluasa dng fb website etc

Anonymous said...

Utusan ....pemegang rekod kena saman & bayar saman fitnah 1 malaysia....tahniah utusan....teruskan usahamu......