Saturday, December 15, 2012

VIDEO JOM IKRAR BERSAMA BRAHIM ALI!!! Perkasa berikrar menangkan calon MCA dan MIC, Gerakan marah sebab tak disebut.....


KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memalukan diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.



“Orang seperti Ibrahim Ali adalah pihak yang bertanggungjawab menggagalkan usaha 1 Malaysia .... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha keras untuk menyatukan semua bangsa di Malaysia dan kita patut komited membantu usaha perdana menteri,” kata Mah.

Beliau menjelaskan ahli politik tidak seharusnya memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan politik yang mana akan menghancurkan negara.

“Masa depan negara lebih penting daripada mengejar undi,” kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu.

“Ada pihak menuntut pada sesuatu perkara yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau tuntutan yang bertentangan dengan dasar-dasar nasional,” kata beliau dalam wawancara eksklusifnya dipetik Sinar Harian Online.

Tambah Ibrahim, jika benar beliau adalah seorang rasis, mengapa sepanjang beliau menjadi pemimpin semenjak 1986 sehingga menjawat jawatan timbalan menteri, beliau tidak pernah dituduh rasis.

Ibrahim turut mempersoalkan mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut lebih rasis kerana membuat tuntutan bertentangan dengan perlembagaan.

“Tidak pernah dalam sejarah sejak saya tubuhkan Perkasa, pernahkah saya mengeluarkan kenyataan yang menyuruh jangan bantu orang India, jangan bantu orang Cina?,” tambah beliau.

Menurut Ibrahim, dalam mempertahankan Perlembagaan negara, mereka bukan sahaja mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedaulatan Raja Melayu, hak Melayu termasuk juga hak kerakyatan semua warganegara.

Ibrahim memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Beliau bagaimanapun mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO yang digelar Perkasa.

Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menggugat kepentingan Melayu dan bumiputera sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. -TMI

2 comments:

insafdoh67 said...

bodek mca. mic je. ni parti kaum mcm umno perkosa gok. sama je puok ni.. gerakan bukan parti kaum.. Berahiiiiiim katak x suka mcm dap gok.. kih.kih.kih... cai tdo ke....

Anonymous said...

hairan ye rakab tak mari komen pun bila ada berita tentang perkosa dan brahim ali