Tuesday, January 1, 2013

LAPOR KE SPRM!!! Hampir PRU 13, Deepak buat Najib makin tertekan

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian dijangka akan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dalam minggu ini.

Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.

"Oleh itu dia telah meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.


"Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu," katanya.

Ditanya mengenai identiti pegawai yang telah memanggilnya, Deepak memberitahu beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan bahawa beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.

Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai punca kehadiran beliau dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM. 

Bagaimanapun, dipercayai antara isu yang menjadi perhatian SPRM termasuk skandal pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu selain isu rasuah RM5 juta yang dibayar kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang diarah membuat akuan bersumpah (SD) kedua bagi menutup akuan pertama yang mengaitkan perdana menteri, Najib dengan misteri pembunuhan model itu.

Arahan dikatakan sudah dikeluarkan bagi meneruskan penyiasatan termasuk mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat Peguam Negara dan keputusannya bergantung kepada keterangan yang bakal diberikan Deepak dalam masa terdekat.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendesak SPRM dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan Deepak yang terus mencalarkan imej Najib dan negara kerana sehingga kini tiada sebarang penafian atau penjelasan diberikan mana-mana pihak.


PANAS! Deepak Tepati Janji!

Perdana menteri, Najib terus dihimpit resah gelisah lagi!
Seperti dijanjikan, buku berkaitan pengelibatan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dalam penukaran akuan bersumpah pertama kepada yang kedua P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala mula diedarkan kepada media.
Buku setebal 26 muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantunya” sebagai penulisnya.
Buku itu bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan banyak lagi.
Deepak sebelum ini berjanji akan menerbitkan sebuah buku bagi menceritakan pelbagai pengalamannya dalam penarikkan akuan bersumpah Bala mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak baru-baru ini mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau ditipu Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Raja Ropiaah Abdullah berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.
Beliau juga turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam akaun bersumpah kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuya pada tahun 2006.
KEADILAN melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli ketika sidang medianya mendakwa pembelian syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd oleh kerajaan adalah untuk menutup Deepak daripada terus melakukan pendedahan.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Boustead Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiaah.
Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli Astacanggih pada harga RM30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai “rasuah” dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan.
Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja.
Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya.
Astacanggih bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan.
Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam “kerjasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik.
Sehubungan itu, kerajaan Pakatan RakyatSelangor yang diterajui KEADILAN, melalui satu kenyataan berjanji akan menghalang urusan pertukaran nama tanah tersebut.
Buku yang diedarkan hari turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.”
 JALAN PULANG

12 comments:

Anonymous said...

Wah... Gempak! Tajuk buku 'the black rose' dan 'black magic women'. Pas tgh nak mempromosi sihir hitam ke?

Anonymous said...

Paspb, ko tak nak buat ulasan pasal abg nuar buat bantahan shamsidar antara saksi dipanggil dimahkamah berhubung kes saman nallakarupan ke? Abg nuar ni mcm takut je. Org tua2 cakap, berani kerana benar, takut krn salah..

Anonymous said...

Paspb, ulaslah sikit pasal tajuk buku tu. Kenapa menggunakan tajuk yg berasaskan sihir gelap? Tak salah dan menyukutukan Allah ke bila pas mempromosikan sihir ni?

Anonymous said...

puak umporno ni dah sawan gila babi

Anonymous said...

beruk umno sekor ni memamg la ada mental sikit. kasihan kat dia

Anonymous said...

umno bn dah lama promosi dosa di tv dan media massa

Anonymous said...

umno bn dah lama promosi dosa di tv dan media massa

Anonymous said...

Lps pas promote syiah dgn kristian, skrg nak promote sihir hitam pulak? Kenapa teruk sgt pas skrg ni? Tlg lah berubah, sbb rakyat skrg sudah semakin bijak!

Anonymous said...

Woo... Dah tertulis ajal Deepak di sana..

Anonymous said...

rakyat sedar sihir dajal umno bn sangat bahaya

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

USAH MARAH PASPB. BILA DIA TULIS ' DEKAT PRU 13, NAJIB TERTEKAN MAKA' MAKA SEMUA RAKYAT TAHU INI ' CERITA' PILIHANRAYA...

TERIMA KASIH PASPB. KALAU NAK TULIS JUGA TULISLAH PULAK KES KU IS NAK JATUHKAN TANTAWI, ADA ORANG PAS KUALA NAK SABOTAJ KU IS...SERONOK NI...

Anonymous said...

luncai tertekan mental dah.he3.jangan marah