Tuesday, January 1, 2013

UMNO SAPU KELILING!!! Projek jalan termahal T’ganu dianugerah kepada syarikat milik Ketua Pemuda UMNO Negeri

Jingga 13 hari ini (semalam) tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi tujuan untuk membuat laporan rasmi bahawa wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.

Laporan SPRM ini dibuat berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.



Justeru, Laporan Ketua Audit Negara tersebut membuktikan bahawa pembinaan jalanraya ‘termahal’ tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan dari segi pelanggaran undang-undang dan pencabulan Perlembagaan Persekutuan, malahan ketelusan kerajaan negeri Terengganu sendiri di dalam meng’anugerah’kan projek berkenaan kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri Badaruddin sehingga melangkaui segala prosedur dan peraturan yang mesti dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Para penduduk telah berjuang bagi membantah kezaliman dan ketidakadilan pihak Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Negeri Terengganu yang langsung tidak mengendahkan memorandum dan suara para penduduk.

Dato’ Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan ADUN Teluk Pasu juga dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan jalanraya tersebut terus berjalan sehingga sanggup berbohong di dalam media bagi memenuhi kerakusan syarikat kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut sehingga melakukan pelbagai cara bagi tujuan merealitikan impian mereka secara licik sehingga melibatkan semua agensi seperti Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Banggol Donas.

Jingga 13 mendesak agar pihak SPRM menyiasat dengan terperinci, adil dan profesional serta bermaruah skandal pembinaan jalanraya tersebut kerana ianya adalah melibatkan dana awam dan turut melanggar Akta Pengambilan Tanah 1960 yang merupakan undang-undang Negara.

Sebagai rekod, laporan SPRM ini adalah merupakan laporan yang ketiga dibuat. Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang keberhasilan terhadap siasatan yang telah dibuat termasuk perjuangan para penduduk yang pernah menyuarakan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri JKR dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa moto “Rakyat Didahulukan” yang dilaungkan oleh pihak kerajaan hanyalah retorik semata-mata.

Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42188

8 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, ada jugak usaha kerajaan umno/bn untuk membina jalanraya bagi membaiki taraf hidup rakyat di terengganu. terima kasih kerajaan umno/bn, saya mesti pilih!

Anonymous said...

kalau kerajaan pas yang perintah terengganu skrg, mesti projek, tanah dan balak dianugerahkan kepada dap macam di kelantan. akhirnya, rakyat sendiri yang menderita

Anonymous said...

nak tumpang tanya, kenapa tok guru berdiam diri terhadap skandal dia memberi tanah pada nga dan ngeh? orang tua-tua cakap, diam maknanya setuju. ke tok guru jugak dilanda penyakit bisu seperti ustaz hadi berkenaan isu amanat songsang?

penganut umno said...

Bro...isu tanah Tok Guru dah jelas/setpol Tok Guru dah jelas tetapi tidak mendapat liputan media konkongan UMNO, biasalah politikkan!Isu yang mufti bising sana, bising sini, bising kecoh tu...bila diajak untuk berforum tu jadi takut, roti canai kosong bos! Ustaz Hadi minta satu jam taknak bagi...itulah bila dah jadi lembu kondo. isu Ustaz Hadi hanya jadi modal pelihanraya UMNO. Ambillah isu itu untuk setiap pilihanraya...
Bro hanya lembukondo dapat sekupangdua...lepas tu nyanyilah 'nenek moyang kaya raya...hangpa gomol lah rumput tu, he he he....

Anonymous said...

Apa yg jelas bos? Aku baca harakah takde ulas amende pun? Setakat ulas pemberian tanah atas alasan pajakan, tanpa mengulas nape beri tanah pada kroni dap. He.. He.. Kantoi.. Org skrg dah bijak bos..

Anonymous said...

Krjn kasi satu jam pada ust hadi, dgn syarat mesti disertai ulama dan mufti! terus ust hadi bisu, tak berani sahut cabaran. He.. He.. Ada berani ke ust hadi?

Anonymous said...

semua ni umno punya pasal.beruk umno banyak makan fitnah

insafdoh67 said...

Sapu....sapu...sapuuuuu.. Tui.tui.tuiiiii... Kih.kih.kih...