Tuesday, January 15, 2013

MELAYU PALING MISKIN DI MALAYSIA!!! Bukan di Kelantan, bukan di P.Pinang tapi di negeri UMNO paling kuat dalam dunia

Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir.


KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.
 
“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.  
“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.  
DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu 
“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.  
“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.  
Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.  
Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.  
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia. 
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini ~ The Malaysian Insider

Ishhhh.. macam mana boleh jadi macam tu pulak?..

Pemimpin UMNO kata mereka memperjuangkan nasib bangsa Malayu tapi apahal pulak dinegeri UMNO paling kuat dalam dunia Melayu boleh jadi paling miskin dalam Malaysia.


Kalau di Penang pencacai UMNO kata Melayu terpinggir angkara DAP, di Johor ni UMNO yang berkuasa.. apahal pulak Melayu di Johor boleh terpinggir?


Kesimpulan dari laporan di atas adalah ianya perlu bagi UMNO untuk menjadikan Melayu-melayu yang tinggal di negeri UMNO paling kuat dalam dunia itu kekal miskin dan semakin miskin.


Ini penting buat pemimpin UMNO untuk kekal berkuasa kerana kemiskinan akan menghalang Melayu-melayu yang miskin itu dari punya capaian terhadap internet bagi membolehkan mereka membaca berita selain dari yang disiarkan oleh TV3 dan Utusan..


Jadi.. urusan memperbodohkan Melayu di situ menjadi mudah bagi mereka..


Jadi tak salah jika dikatakan "Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat"


Jangan lupa.. saksikan juga bagaimana seorang pemimpin NGO mesra UMNO memperbodohkan Mahasiswa di (SINI)

ASD

2 comments:

Anonymous said...

Masa saya kecil di Johor, seorang keturunan Arab (Syed) tidak diterima sebagai Melayu. Sekarang tak tahulah, Cina di Sabah pun UMNO kan ..

Saya tidak perlu menjadi ahli ekonomi untuk menerima kenyataan bahawa di era globalaisasi ini konsep yang diperkenalkan di Iskandar adalah salah satu cara yang boleh memberi kita peluang menyiangi ekonomi dunia.

Soalnya adakah pihak yang berkuasa memberi peluang kepada orang Melayu menyertai pembangunan ini.

Anonymous said...

mampos...DPMM ni kalau tak silap geng bee end juga. Projek kerajaan banyak diberikan pada mereka. Macamana boleh buat kenyataan boleh bagi najib gor ni. Betul ke???? Dah tak tahan dengan realiti kot...Alamat punggahlah bee end tahun ni.