Tuesday, January 15, 2013

TU DIA!!! 73,000 warga Filipina jadi penduduk tetap di Sabah

http://3.bp.blogspot.com/-zq8si4CFCio/T8W_mw0GF4I/AAAAAAAAcXc/msiyrqiXcYE/s1600/shafie+copy.jpgKOTA KINABALU 14 Jan: Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah diberitahu hari ini bahawa seramai 73,000 pelarian daripada Filipina dibenarkan menjadi penduduk tetap di negeri itu oleh kerajaan negeri di antara 1970 hingga 1984.

Ketua Unit Penempatan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Abdul Jaafar Alip memberitahu RCI, bahawa salah satu daripada syarat untuk melayakkan individu terbabit adalah pelarian itu haruslah seorang Islam.

Syarat lain yang ditetapkan adalah pelarian itu mesti daripada kawasan Region Nine Filipina, yang juga dikenali sebagai Mindanao Barat atau Semenanjung Zamboanga, dan terjejas secara langsung daripada konflik berterusan wilayah itu dan berniat untuk tinggal di Sabah secara tetap.


Bagaimanapun, syarat untuk melayakkan diri bagi mendapatkan status orang tidak bertempat itu sama, namun mereka tidak seharusnya seorang Islam, kata Abdul Jaafar.

Tambahnya, kerajaan negeri menerima individu daripada semua agama sebagai orang tidak bertempat.

Beliau memberitahu inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu petang ini.

Abdul Jaafar berkata, lima penempatan pelarian ditubuhkan antara 1984 hingga 2008 – penempatan Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan penempatan Hidayah di Tawau.

Pendengaran inkuiri RCI mengenai imigran Sabah ditangguh pada jam 2.47 petang dan dipindahkan hari ini berikutan satu ancaman bom. – Malaysiakini


No comments: