Friday, January 25, 2013

PANAS PUNYA CERITA!!! Mai tengok rakaman CCTV lelaki digari dan dipukul oleh polis

SEMALAM kecoh tentang kejadian polis membelasah seorang lelaki India dalam keadaan bergari sehingga mati. Tindakan tersebut dikecam oleh ramai pihak melihatkan berulang kali kematian di dalam tahanan polis berlaku kebelakangan ini.

Sebelum kejadian semalam, ada satu lagi kes berlaku di Daerah Tuaran Sabah di mana seorang lelaki dibelasah dalam keadaan bergari di dalam sebuah cybercafe. CCTV turut merakamkan sebahagian daripada kejadian tersebut.

Lantaran kejadian itu, orang ramai diketuai oleh koordinator Jingga 13 Sabah, Alveana Ansari telah mengadakan satu bantahan aman di hadapan Balai Polis Tuaran, Sabah.



Bagaimanapun, pihak polis telah menutup pagar Balai Polis, Tuaran dan tidak membenarkan orang ramai memasuki kawasan Balai Polis.



ReJaM ada menerima satu rakaman CCTV tentang kejadian tersebut, malangnya rakaman agak kurang memuaskan kerana rakaman tersebut diambil terus melalui telefon bimbit dari screen rakaman CCTV.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan rakaman yang lebih jelas gagal kerana usaha mengambil semula rakaman CCTV tersebut dihalang oleh pemilik cybercafe yang bimbang tindakan akan diambil terhadapnya.

Berikut rakaman CCTV yang dimaksudkan. Rakaman menunjukkan kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2013, sekitar pukul 2:30 petang.



Kalau kita lihat kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Seseorang individu yang ditahan oleh polis dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Kejadian ini seolah-olah membayangkan polis menghukum sebelum terbukti seseorang itu melakukan kesalahan dan ini tidak mengikut SOP (standard operating procedure).

ReJaM© "Menghukum sebelum terbukti bersalah, ini namanya zalim... "

No comments: