Wednesday, January 9, 2013

TAK RETI BACA BAJET!!! Ketua Pemuda UMNO Kedah kena ikut Kursus Memahami Bajet

Oleh: Zulkifli Yahaya

Saya berbaik sangka untuk mengatakan Badrul Hisham Ketua Pemuda BN Kedah benar-benar tidak tahu membaca laporan Bajet 2013 bagi negeri Kedah. Dia tidak berniat untuk berbohong atau membuat fitnah kepada kerajaan negeri. 
 
Kesalahan peribadinya tentulah kerana tidak mempunyai penasihat isu yang baik lalu mengutip maklumat yang salah dari orang yang 'tidak betul'.

Sebagai pemimpin Pemuda kepada sebuah pertubuhan politik yang besar di negeri ini, beliau sangat wajar mempunyai penasihat isu semasa sepenuh masa kerana nilai kehebatan seseorang ahli politik diukur dari aspek penguasai terhadap isu.

Badrul sangat 'bernasib baik' kerana tidak ada langsung mana-mana media yang menyiarkan tindakan Pemuda BN Kedah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada MB kerana kononnya defisit Bajet 2013 bagi negeri Kedah ialah sebanyak RM460 juta. Jika tidak beliau serta seluruh pendokong BN Kedah akan malu besar.

Pelawaan saya untuk mengadakan Kursus Memahami Laporan Bajet terhadap Pemuda BN Kedah adalah ikhlas, namun jika pelawaan saya tidak diterima berilah peluang untuk saya menjawab perkara yang tidak benar yang diucapkan ketua pemuda itu di hadapan Wisma Darul Aman dua hari lalu.


1) Dakwaan defisit RM460 juta

Bajet Kedah 2013 ialahRM1.1 juta. Jangkaan hasil ialah RM640 juta. Ia tidak bermakna RM460 juta itu defisit kerana sumbernya tetap ada cuma tidak dilaporkan dalam laporan bajet kerana diperakaunkan di tempat yang lain. Begitulah format laporan bajet yang dibuat sejak zaman BN berpuluh tahun yang lalu pun.

2) Dakwaan tiada langsung pelaburan masuk sejak PR perintah Kedah

Sejak Mac 2008 hingga berakhir 2012 pelaburan masuk ke Kedah melalui KHTP sahaja ialah sebanyak RM10.583 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM2.12 billion. 
 
Ia lebih tinggi dari purata kemasukan tahunan di zaman BN iaitu cuma RM1.61 billion. Sila dapatkan fakta rasmi ini dari MIDA, jangan tanya blogger UMNO...

3) Dakwaan kerajaan naikkan cukai tanah untuk tambah hasil RM113 juta

Sejak PR ambilalih Mac 2008, cukai diturunkan 25-75%, sehingga kini TIDAK PERNAH dinaikkan. Anggaran hasil berkaitan tanah/air yang dicadangkan dalam laporan bajet itu adalah berdasarkan perkara berikut:

a) Tanah Tan Sri Ting Perk Kin di Langkawi yg dirampas zaman BN, dia sgt berminat nak beli balik. Nilai sebenar = RM42 juta
b) Tanah di Bandar Baharu, bekas Shapadu. Juga berminat nak tebus balik. Nilai sebenar + tunggakan = RM57 juta
c) Tanah lapangan terbang Kepala Batas. Pasti dibayar kerana pengambilan sudah dibuat. Nilai sebenar RM38 juta.
d) Jualan air mentah ke P.Pinang. RM20 juta.
e) Jualan air mentah SADA. RM13 juta.

Nilai sebenar keseluruhan ialah RM170 juta.
Anggaran hasil (untuk perkara di atas shj) ialah RM113 juta.
Perbezaan ialah RM57 juta.

Maknanya kalau lepas perundingan gedebuk gedebak... ada yang dapat penuh, ada yang kurang, ada yg tak dapat langsung maka sasaran RM113 juta atau yang hampir dengan itu masih munasabah untuk dipenuhi. Tak mungkin tak dapat langsung daripada semua yang disasarkan itu.

Dato' Mahdzir Khalid pernah tanya di DUN, kalau ada yang disasarkan tu tak dapat macam mana? Jawab Dato' Amiruddin Hamzah, macam biasa dibuat oleh mana-mana kerajaan pun.. kerajaan akan buat pengubahsuaian dari segi perbelanjaan. Kacang jee tu tak penin tang mana aihh.

Ada juga yang bertanya, macam mana anggaran hasil tu boleh dimasukkan sedangkan ia belum pasti boleh dapat? Jawapannya, sebab itulah ia dinamakan 'anggaran', kalau dah pasti tak nama anggaran. Ia dibuat berdasarkan ada kemungkinan besar untuk diperolehi.

Dalam laporan bajet zaman BN (diteruskan hingga kini) antara anggaran hasil ialah pembayaran proses nikah, cerai dan rujuk. 
 
Janganlah tanya soalan 'kurang cerdik'.... mana hangpa tau ada orang nak bercerai dan rujuk tahun depan, atau mana hangpa tau banyak mana orang nak menikah, kalau depa tak jadi bercerai macam mana?Kedah La

1 comment:

Anonymous said...

itu la kala
u naikkan pemimpin tahap low class.yg dia tau boo Dek.......kikiki.