Thursday, February 7, 2013

MENYAMAR JADI AHLI PAS!!! Taktik terdesak UMNO , buruk imej PAS di mata orang bukan Melayu

LAGI berita bodoh di TV3 Al-Musyrikin untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...


Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di atas.


Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". 


Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".

ReJaM© "Mampos kena gelak dengan orang kah kah kah... "


Baru dapat maklumat, bahawa akan ada satu group yang akan buat khianat pada PAS, khabarnya semalam mereka diKemaman, mereka akan bawa bendera PAS dan seolah-olah mereka ahli PAS, mereka seakan-akan demonstrasi dengan memijak-mijak gambar pemimpin dan bendera DAP dan isu yang dibawa ialah isu kalimah Allah.

Tujuannya ialah untuk menaikan sentimen orang Melayu agar membenci gabungan PR ,terutama antara PAS dan DAP. Menurut maklumat mereka akan beroperasi diMasjid Negeri, Kuantan, kemungkinan lepas solat asar. Harap semua sahabat tidak turut serta, kerana PAS Negeri ataupun PAS Kuantan tiada menganjurkan program tersebut dan diminta juga agar siapa yang disana agar membuat rakaman.

3 comments:

Anonymous said...

kahkahkah...syaitan dikenali(UMNO/BN) dah terdesak sgt.....ini semua perbuatan syaitan yg cuba nak membodohkan dan mengelirukan umat manusia....jom mohon perlindungan dgn Allah dari perangai syaitan yg direjam ini....

Anonymous said...

PAS Negeri, PAS Kawasan dan PAS Cawangan terbabit wajar memburu dan menyerahkan saman kepada individu-individu yang menyamar sebagai ahli PAS... dakwa mereka di mahkamah. Supaya masyarakat tahu bahawa jangan sesekali menyamar sebagai ahli PAS jika anda bukan ahlinya.

Anonymous said...

huhuu...desperado betui dorg nih...aku yg menyokong PAS pun, aku xrase aku layak jd ahli PAS..